Skip to content

Aku dan SM Agama Padang Tengku

Mac 5, 2012

SM Agama Padang Tengku (SMAPT), merupakan sebuah sekolah menengah agama kelolaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang tunggal di Daerah Lipis. Terdapat juga dua buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) iaitu di Kampung Chat dan Tanjung Besar. Kedua-duanya hidup segan mati pun tidak. Kemudian terdapat juga sebuah sekolah Tahfiz Al Quran yang di bina di Kampung Relai, Kerambit yang kini sudah menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Nama lain bagi SMAPT ialah Sekolah Menengah Agama Al Maidah Ad Dinniah (hidangan ad din).

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1957 sebagi sebuah SAR dan kemudian diambil alih oleh JAIP pada tahun 1967. Orang yeng bertanggungjawab dan berusaha mendirikan sekolah ini ialah Ustaz Hussain Ibrahim. Beliau bertindak sebagai Mudir sekolah ini selama sebelas tahun (1957 -1967)

Aku mula mengenal sekolah ini sejak dari kecil lagi melalui bicara ayah aku yang pada masa itu terlibat mendirikan sebuah SAR di Kampung Relong sekitar tahun 1960. Ayah selalu membincangkan dengan rakan-rakannya di Relong tentang sekolah SMAPT ini. Aku juga tahu terdapat beberapa orang anak Relong bersekolah di SMAPT ketika itu.

Pengetahuan aku tentang SMAPT ini lebih mendalam lagi apabila abang sepupu aku menjadi guru di SMAPT. Semasa aku bersekolah menengah di Lipis, adik aku bersekolah di SMAPT dan aku pernah mewakili SM Clifford untuk menghadiri majlis keraian di SMAPT. Mungkin kalau aku terima cadangan ayah aku untuk aku belajar di sekolah menengah agama, mungkin aku akan dihantar ke sekolah ini, tetapi aku tidak mahu sebaliknya aku ke sekolah menengah Inggeris di Kuala Lipis.

Aku terlibat secara peribadi dengan SMAPT bermula tahun 1978. Ketika itu Ustaz Hussain menjadi Penolong Kanan. Beliau meminta aku mengajar mata pelajaran Sains di peringkat menengah rendah melalui kelas tambahan. Seminggu satu kali. Waktu mengajar adalah waktu petang. Aku mengajar sains secara mass. Jadi aku buatlah persediaan mengajar tajuk-tajuk yang tidak sempat diajar dalam kelas bagi memfokuskan pembelajaran yang berkaitan dengan peperiksan SRP ketika itu.

Pada masa itu Sains adalah mata pelajaran pilihan di peringkat SPM. SMAPT mempunyai sejumlah murid tingkatan empat dan lima yang ingin mengambil Sains sebagi mata pelajaran SPM mereka. Maka sekali lagi aku diminta mengajar kelas tambahan bagi tingkatan empat dan lima. Bertambahlah waktu mengajar aku dari satu petang menjadi dua petang seminggu. Begitulah rutin aku dari 1978 hingga 1983 dan disambung lagi dari 1986 hingga 1990.

Dalam tahun 1995, ketika aku mengajar di SMK Sungai Koyan, SMAPT tidak mempunyai guru Sains untuk peringkat SPM. Mudir ketika itu meminta aku membantu menyedikan calon-calon SPMnya. Ketika itu aku gagahkan diri mengajar satu petang seminggu. Tahun itulah aku membuat inovasi pengajaran bagi membantu calon-calon SPM bagi mata pelajaran Sains. Inovasi itu aku uji di SMAPT. Alhamdulillah aku berjaya!! Mata pelajaran Sains dalam SPM mencapai 100% lulus. Pertama kali dalam sejarah SMAPT dapat Sainsnya 100% peringkat SPM. Aku perbaiki inovasi itu dan tahun 1998 inovasi itu mendapat hadiah runners up dari Malaysian Torey Science Foundation.

Hubungan aku dengan SMAPT bertambah erat apabila tahun 1993, anak sulung aku memasuki SMAPT dalam darjah peralihan (kumpulan terakhir sebelum sistem bu’uth dilaksanakan). Seramai tiga orang anak aku bersekolah di SMAPT. Anak sulung (lelaki), anak ke lima (perempuan) dan anak ke tujuh (lelaki). Anak lelaki bungsu aku merupakan anak ketiga bersekolah di SMAPT dan merupakan kumpulan pertama pelajar STAM di SMAPT. Manakala isteri aku pula pernah mengajar di SMAPT dari tahun 1994 sehingga 2005, selama sebelas tahun.

Selain mengajar Sains, aku juga terlibat memberi motivasi kepada murid-murid SMAPT, pada peringkat awal program-program motivasi di adakan di sekolah-sekolah di Malaysia. Oleh itu semenjak 1995 hingga kini hubungan aku dengan SMAPT tidak putus, walau pun aku sudah bersara. Aku juga terlibat dengan PIBG sebagai AJK dan pernah memegang jawatan Timbalan YDP. Aku juga antara orang yang berusaha menghidupkan semula PIBG SMAPT ketika pendaftarannya dibatalkan oleh Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Jadi apabila perjalanan PIBG sudah baik aku pun mengundurkan diri apatah lagi aku sudah tiada anak belajar di situ.

Buat masa kini aku terlibat mengajar dikelas tambahan mata pelajaran Sains (SPM) dan juga Biologi. Aku memberi sumbangan bagi Biologi semenjak tahun kedua aliran Sains Tulen dibuka di SMAPT. Apa yang membanggakan setiap tahun akan ada dua atau tiga orang pelajar yang dapat menyambung pengajian dalam bidang Perubatan atau Pergigian di Mesir dari SMAPT. 

Semoga SMAPT menjadi ikon kepada sekolah-sekolah agama di Pahang. Semoga lepasan SMAPT tidak segan silu untuk menabur bakti kepada sekolah mereka. Smoga SMAPT menjadi sekolah tersohor.. Insya Allah. Sekian TK.

One Comment leave one →
  1. nasreen permalink
    Jun 16, 2012 1:14 pm

    saya bekas pelajar SMAPT SPM tahun 2005… saya sngat2 bersyukur sbb dengan bantuan dr cikgu sy boleh dpt A dlm sains, sedangkan sains la subjek yang paling sy sush nk phm… hehe tp berkat doa n kesabaran guru2 SMAPT ramai peljar tahun saya yang dapat A. tq cikgu… jasa cikgu amat kami hargai…

    Terima kasih atas komen dan ziarah anda. Jangan lupa ziarah-ziarahlah sekolah anda itu SMAPT..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: