Cuti-cuti Sekolah
Cuti Pertengahan penggal pertama 2012 pun bermula. Walau pun sudah bersara ambil tahu tentang jadual persekolahan adalah penting atas beberapa sebab. Pertama, bila sekolah cuti kena rancang buat program di Masjid. Insya Allah hari Rabu 14 Mac 2012, akan ada program khas untuk remaja di kampung. Kedua, bila sekolah cuti ertinya tiada kelas tambahan yang perlu aku laksanakan di SMA Padang Tengku. Sekolah cuti aku pun cuti juga. Ketiga, akan ada pelawaan dari IPGM, TAA Kuala Lipis untuk mengajar KDC. Keempat, jalan raya akan sibuk kerana orang Kelantan akan balik kampung untuk cuti sekolah.
Hanya awal cuti ini ramai anak-anak ku balik kampung hujung minggu. Rindu kepada anak dan cucu akan terubat juga.. Kalau musim tak cuti tinggallah kami berdua di rumah.. Nasib dan begitu,macam mana nak buat.. Tapi masa ni masih berempat sebab keputusan ke IPT belum keluar lagi malah keputusan SPM juga tiada bayangan.
Biasanya awal tahun ni sekolah belum pulun buat kelas tambahan.. Peperiksaan jauh lagi. Jadi sepanjang cuti ni tak banyak cerita kelas tambahan. Kini cerita buat sukan banyaklah. Bila sukan tahunan sekolah dah tamat, kiranya kerja besar sekolah sudah hampir tamat. Lepas sukan cikgu relex lah sedikit. Jadi boleh tumpu kepada akademik. Tapi jangan lupa kepada permainan. Bagi permainan tak ramai murid yang terlibat. Kalau sukan seluruh sekolah terlibat, itu bezanya.
Cukup dulu kot.. Sekian TK.