Skip to content

Mac 2012 hampir berlalu

Mac 31, 2012

Salam kepada semua pembaca. Sebentar lagi Mac 2012 akan berlalu. Aku masih terlopong mencari idea untuk dinukilkan di alam maya ini. Seawal tahun 2012 ini, sebuk diperkatakan bahawa PRU 13 akan berlangsung bulan Mac 2012, walau pun edah pemerintahan BN selepas PRU 12 masih ada setahun lagi. Hebatnya negara yang tercinta ini, tarikh pilihanraya adalah tarikh mistri yang hanya diketahui oleh PM dan tentunya Allah SWT sahaja.

Para pemimpin parti politik dah buat banyak persediaan baik yang memerintah atau juga pembangkang. Banyak sudah duit disembur keluar dari perbendaharaan negara juga dari poket rakyat terutama dari PR. Semenjak dari Januari 2012 hingga hujung Mac 2012, PM dan TPM dah sembur duit negara dari perbendaharan lebih dari 600 juta.  Bagi seorang guru, 600 juta tu dah boleh buat 60 buah sekolah baru yang hebat.

Mac juga menjadi bulan bagi aku dan rakan-rakan menilai kebolehan untuk merancang dan melaksanakan sebuah Maahad Tahfiz di Kampung Relong. Maahad mula beroperasi semenjak pertengahan Januari 2012. Maahad yang kami rancang ini mempunyai satu konsep operasi yang unik, melibatkan semua lapisan penduduk di Kampung Relong, yang dilaksanakan melalui enam Program.

Pada asasnya kita hendak melaksanakan Program Pengajian Tahfiz Sepenuh Masa bagi murid berumur dari 13 tahun hingga 20 tahun. Setakat ini kami belum mendapat muridnya lagi. Kami sudah mempunyai seorang guru Hafiz Al Quran tetapi kami belum ada murid. Walau bagaimana pun untuk permulaan kami memulakan Program Pengajian Tahfiz Separuh Masa yang ditawarkan kepada murid tahun 2 hingga tahun 6 sekolah rendah, alhamdulillah kami mempunyai lapan orang murid yang belajar dari jam 2.30 petang sehingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat. Dua peringkat umur kita beri tumpuan dalam program Maahad Tahfiz ini.

Bagi mereka yang pandai mengaji, sudah khatam berkali-kali Al Quran, kami tawarkan mereka untuk mengambil sanad membaca Al Quran dari dua orang Ustaz. Program Pengajian Al Quran Bersanad ini disertai oleh penduduk Kampung Relong yang berumur 16 tahun sehingga 75 tahun.  Kalau sekiranya ada anak kampung yang sudah dewasa atau lanjut dewasanya tetapi masih berkeinginan untuk belajar mengaji Al Quran kami juga bersedia membimbing mereka dalam Program Cakna Al Quran.

Bagi memberi kesedaran kepada anak-anak kecil dan remaja tentang pentingnya belajar fardhu ain dan mempelajari Al Quran kami sediakan dua program lain iaitu Program Kelas Fardhu Ain pagi Sabtu dan Ahad yang dikelolakan oleh Siswa dan Siswi IPGM Kampus TAA, Kuala Lipis dan Program Motivasi Musim Cuti Sekolah. Semoga dengan program-program ini pengajian Al Quran dan kesedaran Islam dapat disemarakkan di Kampung Relong.

Dalam rangka mengalakkan penyertaan ke Maahad Tahfiz sepenuh masa, kami memerlukan bangunan asrama yang lengkap. Insya Allah sebuah bangunan asrama Maahad Tahfiz akan dibina dalam masa yang terdekat dan dijangka siap menjelang bulan Disember 2012 nanti. Sesiapa yang ingin membuat amal jariah bolehlah memberi respon kepada tulisan ini.

Dari tulisan yang diterakan di atas bolehlah saya simpulkan bahawa Maahad Tahfiz Kampung Relong ini akan mendatangkan manfaat khusus kepada seluruh masyarakat anak kariah Masjid Relong, dan insya Allah akan dilebarkan juga kepada kampung yang berjiran seperti Bercang, Bapong, Ulu Teris, Berang, Gua, Berembang, Padang Tengku, Kuala Telang, Bukit Betong, Lubuk Kulit, Keledek, Sungai Ular dan seluruh Daerah Lipis.

Ini adalah maklumat awal berkaitan dengan Maahad Tahfiz Al Quran wa Al Tarbiyah Al Diniah, Kampung Relong, Kuala Lipis. Insya Allah tulisan lanjut tentangnya akan menyusul nanti. Sekian TK.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: