Skip to content

TAWARAN HAPUS PTPTN , NAJIB CACING KEPANASAN

April 2, 2012

Aku rembat artikel ini daripada blog Ustaz Idris haji Ahmad
2/4/12
Apabila Pakatan Rakyat bersetuju untuk hapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada 11 Mac 2012, menyebabkan Datuk Seri Najib Tun Razak seperti cacing kepanasan. Perdana Menteri juga menuduh ini adalah resepi kehancuran negara. Manakala Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khalid Nordin kata ini tidak relevan.
Sebenarnya ini adalah jawapan skima pemimpin BN dalam setiap perubahan yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Sedangkan kerajaan pimpinan Najib sanggup hapus hutang kepada seorang individu Tan Sri Tajudin Ramli sebanyak RM589 juta. Oh, untuk seorang kroni tidak hancur, untuk 1.87 juta pelajar hancur negara. Amat zalim kepada setiap pelajar yang berumur 22 tahun sudah menanggung hutang tidak kurang RM25,000 hingga RM80,000. Sedangkan peluang kerja semakin sempit, perbelanjaan semakin tinggi.

Pada tahun 2011 sahaja sudah 1.87 juta penuntut membuat pinjaman PTPTN membabitkan peruntukan RM41.6 bilion.
Seramai 69,573 daripada 104,083 peminjam yang disaman oleh mahkamah sehingga oktober 2011, kerana gagal menjelaskan pinjaman mereka.

Sehingga September 2011, PTPTN hanya berjaya memungut RM2.74 bilion iaitu 48.34 peratus berbanding RM6.2 bilion, jumlah yang sepatutnya diperoleh.

Seramai 132,801 pelajar yang disenarai hitam dan tidak boleh keluar negara kerana tidak menjelaskan pinjaman. 

Sebelum ini kerajaan Kelantan bersetuju untuk menghapuskan pinjaman PTPTN untuk pelajar Kelantan jika PR memerintah kerajaan pusat melalui wang royalti minyak yang akan dikembalikan kepada Kelantan.

Bukan mustahil apabila laporan sampai kepada Najib bahawa BN akan kalah di dalam PRU 13, kerana anak muda marah isu PTPTN maka Najib juga akan menghapus kira hutang PTPTN

2 Komen leave one →
  1. pak yahu permalink
    April 27, 2012 10:30 pm

    dah nama pinjam….bayaq la. Agama mana kata tak payah bayaq. nak selamat dunia akhirat..bayaq laaa

  2. peter permalink
    Mei 4, 2012 6:43 pm

    banyak chantek…pinjam pandai…bayaq tak mau. nak lari dari tanggungjawab la tu…semua nak free.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: