Sangat Tidak Adil
JUMAAT, 27 APRIL 2012
TUKAR TIUB MEMECAH BERITA SEDUNIA – WORLD BREAKING NEWS

PENGERUSI DAN TIMBALAN PENGERUSI SPR DISARAN SEGERA LETAK JAWATAN
Parti Keadilan Rakyat memandang serius perkara keterlibatan Pengerusi SPR Tan Sri Abd Aziz Yusof dan Timbalan Pengerusi SPR Dato Wan Ahmad Wan Omar yang sah menjadi ahli Umno sementara masih memegang jawatan di dalam SPR.
Parti Keadilan Rakyat berpegang kepada prinsip bahawa kepercayaan awam adalah syarat tonggak dalam kriteria perlantikan seseorang sebagai anggota di dalam SPR. Seorang yang diamanahkan menduduki jawatan sebagai anggota SPR hendaklah diyakini bebas, tidak berpihak dan ‘non-partisan’. Ternyata Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR gagal dalam ujian asas ini apakala terbukti mereka berdua sah menjadi ahli UMNO sepertimana maklumat berikut:
Nama ABDUL AZIZ BIN MOHD YUSOF
No KP 500124105279
No KP Lama 2698922
No Keahlian UMNO 113804
Kod Cawangan 09920036=SRI AMPANG BARU
Kod DUN 09920=LEMBAH JAYA
Kod Bahagian 099 = AMPANG
Negeri SELANGOR
Nama WAN AHMAD BIN WAN OMAR
No KP 490101035179
No KP Lama 2756290
No Keahlian UMNO 2374564
Kod Cawangan 02213049=KUBANG BUNGGOR
Kod DUN 02213= CHETOK
Kod Bahagian 022 = PASIR MAS
Negeri KELANTAN
Kita berpendapat jalan terbaik untuk kedua-dua mereka membantu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan institusi SPR lebih-lebih lagi pada ketika Malaysia akan menghadapi pilihanraya umum ke 13 akan datang ialah segera meletak jawatan.
Sekian, terima kasih.
SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT
yang kita kerja dgn kerajaan umno…tu….resign awal2 kalau dah xsetuju.rezeki kan luas
kerja dengan Kerajaan Malaysia kerana Allah Taala, bukannya kerja dengan kerajaan umno. kalau PR menerajui Kerajaan Malaysia, kita masih kerja dengan Kerajaan Malaysia. saudara pak yahu silap kerana gagal membezakan Kerajaan Malaysia dengan peneraju Kerajaan Malaysia. 🙂