Skip to content

Tak Sedar dan Tak Ingat

April 29, 2012
APR272012

Adakah SPR Tidak Sedar Telah Khianati Negara?

KUALA LUMPUR: Jika pemimpin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak ingat dan tidak tahu mereka menjadi ahli Umno, tentu mereka juga tidak tahu sama ada mereka terlibat atau tidak dalam konspirasi mengkhianati negara.

Demikian kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mengulas laporan pemimpin kanan SPR adalah ahli Umno.

“(Pengerusi SPR), Tan Sri Abdul Aziz (Mohd Yusof) dan (timbalannya) Datuk Wan Ahmad (Wan Omar) kata mereka tidak ingat dan tidak tahu mereka menjadi ahli Umno.

“Jika hal yang sangat mudah seperti itu pun tidak tahu dan tidak ingat, tentulah mereka tidak ingat dan tidak tahu sama ada mereka terlibat atau tidak di dalam konspirasi sulit mengkhianati negara dan Yang di-Pertuan Agong dengan membawa warga asing menjadi pengundi haram di negara ini,” kata beliau.

Mahfuz juga menuntut kedua-duanya meletak jawatan dengan serta merta kerana pengakuan mereka itu menyebabkan mereka hilang kelayakan untuk memegang jawatan mereka kini.

“Mereka tidak sedar mereka menjadi ahli Umno. Kalau hal diri sendiri pun tak sedar, keupayaan mereka untuk menyedari benda yang besar-besar langsung tidak boleh diharapkan sama sekali.

“Tidak sedar bermakna tidak layak sama sekali. Mereka mesti letak jawatan serta merta kerana jika tidak, negara ini menanggung risiko yang mengerikan kerana orang-orang yang tidak sedar serta tidak ada keupayaan untuk ingat dan tahu itu memegang jawatan yang penting,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz tidak yakin Pengerusi SPR dan timbalannya itu tahu, ingat dan sedar mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang memutuskan terdapat pengundi hantu dalam daftar pemilih ketika membuat keputusan mengenai pilihan raya kerusi Dewan Undangan Negeri Likas.

“Dan ketika pelbagai bukti dikemukakan, termasuk yang bertulis dan terang-terangan, tidak boleh dipercayai sama sekali bahawa mereka tahu, ingat dan sedar bahawa di dalam daftar pemilih sekarang masih terdapat pengundi hantu atau warga asing yang menjadi pengundi setelah mendapat mendapat kad pengenalan melalui konspirasi mengkhianati negara.

“Oleh kerana mereka memegang jawatan yang sangat berkait rapat dengan masa depan dan pemerintahan negara, mereka boleh dilihat sangat berbahaya disebabkan sifat tidak sedar, tidak ingat dan tidak tahu itu.

“Sekali lagi saya nyatakan bahawa mereka mesti meletak jawatan,” tegasnya.

Ketika ditanya mengenai keahliannya di dalam Umno, Abdul Aziz berkata beliau “tidak ingat langsung bila dan di mana saya pernah menjadi ahli Umno”.

“Memang saya tidak tahu di mana,” katanya lagi.

Wan Ahmad juga berkata beliau tidak ingat bila dan cawangan mana beliau menjadi ahli Umno.

Keahlian mereka di dalam Umno didedahkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.

Ahli Parlimen Machang itu juga menuntut Abdul Aziz dan Wan Ahmad meletakkan jawatan mereka di dalam SPR ekoran pengakuan bahawa mereka adalah ahli Umno. – Harakahdaily

——————————————————————–

Komen…

Orang yang kurang sedar dan kurang ingat apatah lagi kalau tak sedar dan tak ingat sepatutnya tidak layak memegang jawatan penting.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: