Skip to content

Esok Hari Guru

Mei 15, 2012

Esok 16 Mei 2012. Hari Guru. 

Selamat menyambut Hari Guru, kepada semua yang bergelar guru sama ada yang masih berkhidmat atau yang sudah berhenti berkhidmat.

Aku, walaupun sudah bersara dari perkhidmatan perguruan tetapi masih tetap seorang guru. Sekali guru selamanya guru. Apatah lagi aku masih aktif mengajar di sebuah Sekolah Menengah Agama, mengajar mata pelajaran Sains SPM dan Biologi. OK, aku masih tetap seorang guru.

Hanya esok agaknya terkhusus buat aku, kerana aku akan dinobatkan sebagai tokoh guru oleh sebuah sekolah dimana aku pernah menjadi Pengetua. Aku menjadi pengetua di sekolah berkenaan hanya sekadar dua bulan sahaja. Agaknya apalah sumbangan besar aku kepada sekolah berkenaan sehingga aku diiktiraf sebagai  seorang tokoh.

Aku diberi peluang berucap seperti mana aturcara dalam surat makluman berkenaan program berkenaan yang dihantar sendiri oleh dua orang guru sekolah berkenaan ke rumah aku pada petang sabtu yang lalu.

Oleh itu aku bercadang untuk bercakap tentang empat sub tajuk yang aku fikir sesuai. (1) Sejarah aku dan sekolah berkenaan. (2) Kemahiran yang diperlukan oleh seorang murid sekolah menengah. (3) Kemahiran asas mengajar yang dituntut dari seorang guru dan (4) Kemahiran ekstra yang dituntut dari seorang guru untuk memberi khidmat gemilang sepanjang menjadi guru dalam bilik darjah.

Aku kira cukuplah dengan empat sub tajuk itu bagi merangsang semua pihak bagi menjayakan tanggungjawab sebagai insan yang penting di sesebuah sekolah.

Sekian. TK

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: