Tokoh Guru SMK OKH
Jam 9.40 pagi, sebentar tadi, aku dinobatkan sebagai Tokoh Guru 2012 Sekolah Menengah Orang Kaya Haji, Kuala Lipis. Aku mengucapkan terima kasih sebanyak-banyaknya kepada pihak SMK Orang Kaya Haji kerana mengiktiraf aku sebagai Tokoh Guru 2012. Aku bersyukur kepada Allah SWT kerana mentakdirkan aku menerima anugerah itu. Aku teruja dengan sanjungan itu.
Berikut aku paparkan ucapan yang aku buat sempena majlis itu.
Bismillah hir Rohman nir Rahim
Assalam mu alaikum wr wbt
Yang di hormati saudari Pengacara Majlis
Yang berusaha Puan Pengetua SMK Orang Kaya Haji, Puan Hajjah Rosidah binti Kamaluddin (Pengetua Cemerlang SMKOKH)
Guru-guru Penolong Kanan
Guru-guru Kanan Mata Pelajaran
Yang di Pertua PIBG SMK OKH, Tuan Haji Hamdan Dilu,
Rakan-rakan guru, Staf sokongan dan para hadirin serta
Murid-murid yang dikasihi sekelian
Bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana hingga ke saat ini kita masih dipanjangkan usia dan dapat berkumpul di Kafeteria Seri Semarak ini untuk menyambut Perayaan Hari Guru 2012
Sesungguhnya saya mengucapkan berbanyak terima kasih yang tidak terhingga di atas jemputan oleh pihak sekolah kepada saya sempena menyambut Hari Guru 2012 disamping menobatkan saya sebagai Tokoh Guru SMK OKH bagi tahun ini. Terharu saya atas anugerah ini!!
Saya dan SMK OKH
Saya pernah menjadi Pengetua sekolah ini. Mungkin sayalah Pengetua yang paling singkat masa perkhidmatan di sekolah ini. Saya menjadi pengetua di SMK OKH ini bermula pada 16 Mac 2001 sehingga 15 Mei 2001, iaitu selama dua bulan sahaja. Seorang lagi pengetua yang singkat perkhidmatan di sekolah ini ialah Tuan Haji Farid Yaakob.
Isteri saya (Cikgu Jonaidah Ahmad) pernah berkhidmat di sekolah ini selama lima tahun, bermula tahun 1976 sehingga tahun 1980 serta menjadi warden Asrama Puteri selama empat tahun. Kira-kiranya saya bertemu jodoh dengan isteri saya adalah ketika dia bertugas sebagai guru di SMKOKH.
Sepanjang dua bulan saya menjadi Pengetua di SMK OKH ini, saya sempat bermesyuarat sekali dengan AJK PIBG serta mengajak PIBG mengadakan gotong royong menebas kawasan semak yang bersempadan dengan Zoo Kuala Lipis. Kawasan semak itu merupakan kawasan strategik tempat murid-murid memonteng. Selepas kawasan itu di tebas maka aktiviti memonteng pun menjadi kurang. Ketika saya berkhidmat sebagai Pengetua di sekolah ini saya sempat dua kali datang ke asrama menyampaikan tazkirah selepas solat maghrib. Saya juga sempat memberikan motivasi kepada murid di asrama murid Orang Asli di Sungai Kerpan.
Keperluan asas seorang Murid
Seorang murid sekolah menengah sewajarnya sudah mahir dalam 3M. Menulis, Mengira dan Membaca. Oleh itu kembangkanlah kemahiran ini sebagai asas belajar. Selanjutnya setiap orang murid perlu menguasai beberapa kemahiran yang lain seperti membaca cepat, mengira cepat serta menulis cepat. Setiap murid sekolah menengah perlu mempunyai kemahiran membuat nota, mencari maklumat dan mengolah maklumat. Sekadar bergelumang dengan maklumat belum cukup lagi, perlu pula ada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif serta kebolehan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Satu lagi kemahiran penting ialah kemahiran mengurus diri dan mengurus masa.
Murid juga perlu mengamalkan pembelajaran berpusatkan murid, dimana setiap orang murid.
- Bertanggung jawab sepenuhnya tentang pembelajarannya.
- Menyedari bahawa bahan yang dipelajarinya adalah releven dan bermakna kepada dirinya.
- Terlibatan dan menyertai proses pembelajaran
- Mempunyai hubungan interpersonal antara satu dengan lain
- Sedar bahawa guru sebagai fasilitator dan manusia sumber
- Melihat dirinya berbeza atau berubah sebagai hasil dari pengalaman pembelajaran
- Mempunyai pengalaman bersemuka dalam pembelajaran
Keperluan asas seorang Guru
Seorang guru pula perlu mempunyai pengetahuan asas, pengetahuan yang memudahkannya beraksi sebagai guru yang berkesan dalam bilik darjah. Sekurang-kurangnya ada tiga keperluan asas yang wajar dikemaskini sepanjang masa.
Pertama: Menguasai Pedagogi, ini bermaksud mengamalkan pendekatan dan kaedah mengajar yang pelbagai, tahu memotivasikan murid-murid, menggunaan buku teks yang berkesan, peka dengan teknik-teknik baru terutama yang berkait dengan ICT dan mengurusan bilik mengajar yang cekap.
Kedua: Menguasai Kurikulum: ini bermaksud menguasai maklumat yang dikeluarkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum, menguasai sukatan pelajaran, menguasai matlamat mata pelajaran, menguasai huraian sukatan pelajaran dan peka dengan perubahan kurikulum yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar.
Ketiga: Menguasai Pentaksiran, ini bermaksud; menguasai ilmu pentaksiran seperti yang diajar oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, mampu merealisasikan item yang piawai, mempu menilai item menggunakan sistem sembilan poin, memahami Format Pentaksiran LPM, boleh mengurus dan melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah [PeKA, ULBS, Kerja Kursus], boleh mengurus proses pentaksiran yang berkesan diperingkat sekolah dan mampu menganalisis hasil pentaksiran untuk tujuan membuat pembaikan keatas proses pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu seorang guru yang dinamik sentiasa akan memperkembangkan perkara-perkara di atas setiap masa sepanjang kerjayanya.
Setiap guru biasa mestilah mampu menguasai tiga perkara asas keguruan yang disebut di atas, iaitu menguasai kurikulum, menguasai pedagogi dan menguasai pentaksiran. Disini saya guna perkataan menguasai bukan mengetahui atau memahami. Menguasai ertinya seseorang guru itu tahu, faham dan boleh mengaplikasi setiap bidang asas iaitu kurikulum, pedagogi dan pentaksiran. Guru mesti mempunyai maklumat yang cukup, mempunyai kemahiran serta pengalaman dalam semua tiga perkara asas di atas. Itu yang pertama
Kedua: Mendalami beberapa kaedah mengajar yang pernah dicuba semasa P & P agar dapat memahami selok belok cara mengajar yang baik menggunakan kaedah pengajaran yang telah diamalkan itu.
Ketiga: Sentiasa mengemaskini maklumat kurikulum, terutama sukatan dan huraian sukatan pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar. Supaya kalau timbul persoalan tentang perubahan kandungan mata pelajaran guru dapat memberikan penerangan. Guru juga sewajarnya menguasai segala aspek yang berkaitan dengan kurikulum mata pelajarannya dan sentiasa peka tentang apa-apa perubahan yang berlaku.
Kempat: Berkemampuan untuk menerangkan perkara-perkara yang berkait tentang konstruk yang menjadi asas kepada pembinaan soalan peperiksaan, menguasai format soalan disemua peringkat peperiksaan, tahu bagaimana menanda jawapan calon mengikut kehendak Lembaga Peperiksaan. Tidak ketinggalan juga guru mesti tahu teknik menjawab soalan dan dapat disampaikan kepada guru-guru lain serta para calon yang bakal mengambil peperiksaan.
Kelima: Guru sentiasa dari masa ke masa membuat Kajian Tindakan berkaitan dengan semua aspek yang berkaitan dengan mata pelajaran opsyennya. Aspek-aspek yang dikira wajar dibuat kajian ialah berkaitan dengan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, pemahaman sesuatu konsep dalam mata pelajaran, kemahiran belajar yang diperlukan berkaitan dengan mata pelajaran.
Keenam: Guru hendaklah sentiasa menanti peluang dan mencari ruang untuk berkongsi pengalaman dengan para guru lain sama ada guru senior atau guru-guru yang baru keluar dari IPT yang sangat memerlukan bimbingan. Guru tidak boleh kedekut pengetahuan dan pengalaman.
Ketujuh: Guru mesti pakar dalam kemahiran belajar dan kemahiran mengajar. Kemahiran belajar perlu diberikan kepada murid-murid. Kemahiran mengajar diguna pakai semasa mengajar atau dikongsi dengan rakan-rakan guru.
Cadangan lain: Guru hendaklah seboleh-bolehnya menjadi pemeriksa kertas peperiksaan kelolaan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Ini penting kerana peperiksaan merupakan aspek pentaksiran yang sangat diberi perhatian oleh masyarakat di Malaysia. Guru-guru yang senior jangan segan dan malu untuk menjawat jawatan Guru Cemerlang kalau diberi peluang.
Saya kira cukup dahulu setakat ini, dimana saya telah bercakap tentang hubungan diri dan isteri saya dengan SMK OKH. Saya juga memberi peringatan kepada para murid yang mencari cara dan kaedah membangunkan diri semasa proses pembelajaran dan akhirnya saya juga menyebut tentang keperluan menjadi seorang guru yang berjaya dalam perkhidmatan keguruannya.
Sekian, harap maaf dan terima kasih banyak-banyak kepada semua.
Wabillah hi taufik wal hidayah wassalam mu alaikum wr wbt.
Itulah bahan ucapan yang saya berikan… Sekian TK
Masuk tingktan satu 1975- 1977..srp..lce.. sama kelas dengan Belinda Kaur 5A…..
Mmg saya hargai…cikgu form one m…1977..cikgu rahim taib. Zubir.cikgi sukri. Cigu saifull akhta. Cikgu idris…cikgu usin…..vikgu khatijah..cikgu pt sIII Ngah..guru besar cikgu saharuddin latif dan gpk cikgu mat nor…ust ibrahim dan cikgu baharuddin.chu…cikgu boleh antar ke email saya….sssb sy nak buat ce back dgn batch sy….
Batch 1975-1977
Ust at yatim..aalah pak sedara norani ludin
Yg ula ula..menetnitansuara tabligh
Byr 20 sen..bg pendidikan islam…arqam..dan abim
Norani mat ludin dah jadi pengetua di bentong..