Skip to content

Periksa Arah Kiblat

Mei 25, 2012

Kiriman kali ini aku ambil dari artikel yang disiarkan pada 15 Mei 2007 dahulu untuk panduan kita semua bagi membetulkan arah kiblat di rumah kita masing-masing. Baca artikel ini dan gunakan untuk membetulkan arah kiblat di rumah anda.

ARTIKEL FALAK (Arah kiblat: isu istiwa adzam)

15 May 2007

Isu Berkaitan Arah Kiblat Ketika Fenomena Istiwa Adzam Pada Tahun Lompat

Saya terdorong untuk mengulas mengenai isu di atas, kerana ada beberapa pesanan ringkas (sms) dan email yang saya dapat. Sekurang-kurang lima pesanan dan pertanyaan, yang saya sifatkan paling banyak berbangkit bagi sesuatu isu falak. Malahan ketika saya mula memaparkan semula kaedah tradisional ini pada rencana akhbar Berita Harian bertarikh 27 Mei 1990, saya hanya menerima dua ulasan dengan surat. Surat pertama mengucapkan tahniah kerana ‘berani menggali’ kaedah yang hampir dilupai ini dan surat kedua datang dari seorang ahli falak Kedah yang terkenal, minta saya gantikan perkataan  ‘zawal’ dengan ‘istiwa’.

Kaedah ini ada dinyatakan dalam sekurang-kurangnya dua manuskrip falak sebagaimana saya nyatakan dalam rencana akhbar tersebut. Walau bagaimanapun, pengetahuan tentang perkara ini di kalangan masyarakat umum amat terbatas, mendorong saya menulis rencana dan membuat kenyataan akhbar hampir setiap tahun, sehingga rencana terakhir pada 27 Mei 1994. Saya juga paparkan kaedah tersebut dalam dua buku saya, iaitu Pengenalan Ilmu Falak (DBP, 2002) dan Ilmu Falak: Teori, Praktik Dan Hitungan (KUSZA, 2003). Selepas itu kaedah ini begitu popular, malahan beberapa negeri telah memasukkannya sebagai agenda fenomena falak dalam takwim mereka. Kaedah ini juga sudah melalui beberapa kali tahun lompat, tanpa ada apa-apa keraguan. Walau bagaimanapun bagi tahun 2004 ada berlainan sedikit. Oleh kerana perkara ini menarik perhatian ramai peminat ilmu falak termasuk profesional, suka saya menjelaskan perkara berikut;

  1. Kaedah falak tradisional lebih bercirikan ‘mesra pengguna’, iaitu mudah dan menepati justifkasi fekah tentang ijtihad dan ikhtiar dalam menentukan arah kiblat.
  2. Penggunaan kaedah istiwa matahari untuk tujuan pengukuran dalam geografi dan ukur tanah merupakan kaedah yang telah diketahui hampir 3000 tahun dahulu. Misalnya Eratosthenes (200 SM) telah menggunakan kaedah ini untuk mengira ukur lilit bumi. Manakala ahli-ahli falak Islam pada zaman pertengahan telah menggunakan kaedah yang sama untuk penentuan latitud Mekah dan kota-kota besar Islam.
  3. Secara umum, bagi tahun lompat tarikh 28 Mei pukul 5.16 petang waktu Malaysia dan 16 Julai pukul 5.28 petang boleh terus digunakan, kerana kaedah tradisional ini memerlukan kita menggunakan panduan bayang yang sama arah dengan kiblat. Mengapa kaedah ini menyuruh kita menyemak bayang, bukan matahari? Jawabnya, secara praktik bayang satu garis lurus lebih mudah dijadikan panduan berbanding matahari. Perbezaan ¼º kedudukan matahari atau 1 minit (ukuran waktu), tidak akan mengubah arah satu bayang objek tegak jika dilihat dengan mata. Begitu juga jika kita membandingkan waktu istiwa dari sehari ke sehari, kadar perubahannya hanya pada kadar purata 10 sehingga 20 saat. Justeru itu, kaedah ini boleh digunakan sehari sebelum dan selepas dengan ketepatan jam tangan yang rendah. Begitulah mesranya kaedah tradisional.
  4. Pengujian kedudukan matahari pada tarikh-tarikh tersebut dan yang berdekatan dengannya dengan menggunakan alat ketepatan tinggi tidak memberikan apa-apa justifikasi baru terhadap ketepatan kaedah tersebut. Ini disebabkan kaedah ini telah menjadi satu teori umum dalam ilmu falak dan geografi.

Sekian, Wallahu A’alam

Baharrudin bin Zainal
Unit Falak KUSZA

OLEH ITU SAMA-SAMALAH KITA MENENTUKAN ARAH KIBLAT DI RUMAH KITA PADA KETIKA MATAHARI BERADA TEPAT DI ATAS KAABAH.

PERKARA INI BERLAKU DUA KALI SE TAHUN IAITU PADA 28 MEI jam 5.16 petang dan 16 JULAI jam 5.28 petang waktu Malaysia.

Sekian TK

 

Advertisements
One Comment leave one →
  1. encik msn permalink
    Mei 25, 2012 7:11 pm

    salam…menarik. saya juga biasa d saran untuk melihat n menyemak arah kiblat pada tarikh2 tertentu yg hadir 2x setahun tu. namun persoalan saya, perlukan setiap kali jatuh tarikh2 tu kita kene semak? adakah bermakna arah kibat tu akan berubah dari masa ke masa akibat peredarab bumi, matahari atau seumpamanya?tq.

    Encik MSN, kalau dah betul setelah pernah di semak tak perlulah buat setiap tahun. Apa yang ditulis ini bermaksud bukan semua orang tahu akan hal ini. Kalau dah buat baguslah dan kalau nak dipastikan tepat buatlah lagi. Arah kiblat itu tidak berubah sebab Kaabah tetap ditempat itu.
    HANYA diharapkan mereka yang belum pernah membuatnya buatlah terutama bagi mereka yang baru pindah rumah, mereka yang bertanggungjawab kepada surau, masjid dan tanah perkuburan atau yang baru berjumpa maklumat ini. Sekian TK

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: