Skip to content

Mengingat Sejarah

Jun 2, 2012

35 tahun yang lalu, tepat pada tarikh hari ini 2 Jun 1977, aku yang baru tamat pengajian di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) melalui program Diploma Sains dengan Pendidikan melaporkan diri di Sekolah Menengah Padang Tengku. Seminggu aku duduk releks-releks kerana jadual waktu bagi aku dan seorang lagi rakan belum disiapkan lagi.

Sambil menanti Jadual Waktu mengajar itu siap, aku berkenalan dengan guru-guru yang sudah ada di situ. Ini merupakan tahun pertama sekolah itu menawarkan kelas penganjian tingkatan lima yang akan menggambil SPM. Aku dimaklumkan sekolah tidak mempunyai guru Sains bagi mengajar mata pelajaran Rampaian Sains. Tingkatan empat ada 2 kelas dan tingkatan lima juga ada dua kelas. Aku akan diberi semua kelas tingkatan empat dan lima (20 waktu pengajaran). Aku juga diminta mengajar tingkatan tiga satu kelas (5 waktu) disamping itu aku diminta mengajar semua kelas Tatarakyat ditingkatan empat dan lima dan mengajar Pendidikan Jasmani disatu kelas lagi. Oleh itu aku terpaksa mengajar 20+5+4+2=31 (tiga puluh satu waktu seminggu dari 40 waktu)

Itu nasib orang yang baru datang, guru junior mengajar tingkatan lima (SPM) dan mengajar tingkatan tiga (SRP) serta mengajar 31 waktu seminggu. Agaknya kalau guru muda masa kini sanggupkah mereka mengajar seperti itu.

Kelebihannya aku cepat mendapat pengalaman mengajar kelas peperiksaan dan ini merupakan kelebihan yang jarang dialami oleh ramai guru. Semenjak dari tahun itu aku sentiasa mengajar dikelas peperiksaan setiap tahun sehingga aku bersara walau pun ketika aku menjawat jawatan Pengetua selama lima tahun setengah.

Kelebihan kedua ialah aku mengajar Tatarakyat memudahkan aku memehami sistem pentadbiran Negara Malaysia dan dengan itu dapat membantu aku menjawab soalan peperiksaan penilian bagi pengesahan dalam jawatan yang aku ambil tahun 1978. Aku lulus dengan jayanya kedua-dua kertas yang aku hadapi.

Oleh itu aku nasihatkan kepada guru-guru baru agar bersikap positif kepada apa-apa kerja yang terlebih beri oleh para pentadbir sekolah. Sekian TK

One Comment leave one →
  1. Saadatul Abadiyyah permalink
    Oktober 17, 2012 9:36 pm

    Saya sangat setuju dengan nasihat cikgu supaya setiap guru baru perlu bersikap positif apabila diberi terlebih tugas. Sebenarnya banyak tugas yang diberi banyaklah ilmu dan pengalaman yang diperolehi

    Pengalaman mengajar seseorang cepat faham, cepat matang dan cepat bertindak.. Belajarlah melalui pengalaman.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: