Skip to content

Mencatat Sejarah

Jun 10, 2012

Jam 11.00 pagi tadi (10 Jun 2012), aku bersama-sama Haji Zahari Uda (Beh Ghi) menunggu kedatangan ustaz yang pernah mengajar kami ketika di SK Relong dahulu, Ustaz Mohamad Mat Aji (Cu Mat), anak watan Kg Relong yang kini menetap di Rantau Perintis, Bandar Tun Razak, Jengka, Pahang.

Beh Ghi mempelawa Ustaz Mohamad Mat Aji (Cu Mat) kerana kami ingin mendapatkan maklumat tentang bagaimana beliau berusaha menubuhkan sebuah Sekolah Agama Rakyat di Kampung Relong pada tahun 1961 dahulu. Perjumpaan dibuat di Surau Bukit Berangan.

Ustaz Mohamad Mat Aji dilahirkan pada 21.12.1934 di Seremun, Kg Relong. Rumah Aki Siak Aji (Ayah Ustaz Mohamad) di Seremun itu adalah dekat Gua Bama bertentangan dengan Balai (Surau Bukit Berangan). Di situlah dia dibesarkan.

Beliau mula bersekolah tahun 1941 ketika umur tujuh tahun (sekolah Jepun) disamping mendapat pendidikan Al Quran di Surau Bukit Berangan. Pada tahun 1949 beliau pergi mengaji Pondok di Mondok, Golok, Thailand dan setelah itu belajar pula di Kuliah Al Lughah Waddin Sultan Abu Bakar,  Pekan, Pahang.

Tamat belajar di Pekan, beliau menjadi guru agama di Sekolah Kampung Pinggu, Rompin. Kemudian bertukar ke Sekolah Kuala Telang, Lipis dan tahun 1958 beliau mula berkhidmat di Sekolah Kampung Relong. Sebelum tahun 1959, mata pelajaran agama Islam di ajar pada waktu petang dan selepas itu mata pelajaran agama Islam di ajar di waktu pagi. Aku dan Beh Ghi sempat  belajar dengan Ustaz Mohamad.

Semasa Ustaz Mohamad berkhidmat di tempat sendiri inilah beliau telah memberikan sumbangan yang bukan sedikit kepada perkembangan pendidikan dan sosial Kampung Relong.

Sumbangan terbesar beliau ialah menjadi penggerak bagi penubuhan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kampung Relong yang dibernama Madrasah At Tarbiah Ad Diniah, Kampung Relong bermula pada 10.7.1961.   Cu Mat bertindak sebagai Setiausaha Pengelola SAR Relong. Beliaulah yang mencadangkan nama itu untuk SAR Relong. Insya Allah nama itu akan dikekalkan pada nama Maahad Tahfiz yang sedang dibina di Relong. Iaitu Maahad Tahfiz Al Quran wa Tarbiah Al Diniah, Relong.

Pada ketika yang sama sebuah lagi SAR telah beroperasi di Padang Tengku (bermula 1957). Apabila jalan ke Padang Tengku dibesarkan maka pengangkutan antara Kg Relong dan Padang Tengku menjadi mudah serta SAR Padang Tengku diletakkan di bawah kelolaan MAIP maka berlaku kemerosotan murid di SAR Relong. Maka pada tahun 1971 SAR Relong ditutup dan murid-murid yang ada berpindah ke SAR Padang Tengku.

Sumbangan lain dari Cu Mat ialah menubuhkan Persatuan Belia MAYC di Relong dan beliau adalah Pengerusi Persatuan Belia MAYC Kampung Relong yang pertama dan ketika yang sama menjadi Timbalan Yang Di Pertua Pergerakan Belia MAYC Daerah Lipis. Beliau juga antara pengerak penubuhan Pasukan St John Ambulan di Kampung Relong. Beliau juga aktif dalam sukan seperti Bolak Sepak, Takraw dan Badminton. Beliau juga pernah menjadi Pengadil Terlatih bola sepak

Catatan ini cuba menunjukkan bahawa seorang anak kampung apabila balik bertugas di Kampung sendiri sayugia diingatkan hendaklah menjadi penggerak kepada perubahan dikampung tempat tumpah darahnya dan menyumbang nilai tambah kepada kemajuan penduduk kampung.

Diketika beliau berjauhan dengan kampung (apabila bertukar mengajar di SK Jengka Pusat), beliau tidak melupakan peranannya untuk memberikan sumbangan yang bermakna kepada kampung Relong.

Tulisan ini sekali gus menyeru kepada anak Kampung Relong yang bertugas di Lipis atau di sekitar Relong diharapkan dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada kemajuan insan penduduk kampung Relong dan kepada anak Relong yang tinggal diluar jangan lupa untuk menebarkan sumbangan kepada pembangunan Insan di Relong. Skian TK.

One Comment leave one →
  1. Dato'Dr.Fauzi Hj Mohamad permalink
    Februari 17, 2013 11:43 am

    Terima Kasih yang setingginya dari saya dan adik adik kerana menghargai Ayahanda kami dan mengingati beliau.Saya serta adik adik sepanjang kami bersama beliau sangat bangga dengan Ayahanda serta Almarhumah Bonda Hj Siti Hawa dan juga menantu menantu pasti bangga dgn kedua duanya.Kedua Ayahanda dan Bonda menjadikan kami insan insan yg berjaya.saya anak sulong walaupun berada jauh dari Relong dan Malaysia tetap anak jati kampong Relong.

    Dr Fauzi Mohamad, terima kasih atas respon tuan kepada tulisan saya ini. Sebenarnya Dr mungkin kenal saya. Saya adalah anak murid bagi ayahanda dan bonda saudara. Allahyarhamah Cikgu Siti Hawa adalah guru yang mengajar saya ketika saya darjah dua di SK Relong. Manakala Ustaz Mohamad adalah guru Pendidikan Islam yang mengajar saya sejak darjah satu hingga darjah enam (1960 – 1965) Sebagai murid saya sentiasa ingatkan guru-guru saya melalui doa yang dipanjatkan.
    Saudara Dr Fauzi, kalau balik ke Relong, jenguklah Maahad Tahfiz al Quran wa al Tarbiyah al Diniah, Kampun Relong yang baru beroperasi di Bukit Berangan. Mungkin pengalaman tuan di Indonesia dalam bidang pendidikan dapat kami kongsi bersama untuk memajukan maahad kami. Sekian TK

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: