Skip to content

Siapa yang Mulia?

Jun 23, 2012

Mulianya seseorang bergantung kepada beberapa keadaan dan suasana, tetapi mulia yang kekal abadi adalah yang perlu dicari dan diusahakan. Ada orang ingin menjadi mulia di dunia, ada orang berusaha menjadi mulia di akhirat dan yang terbaik ialah menjadi mulia di dunia dan akhirat.

Ramai yang berfikir pada jangka masa pendek, sementara di dunia berusaha berhempas pulas untuk mendapat gelar dan anugerah agar menjadi mulia di dunia. Membeli gelaran, menipu untuk mendapat gelaran atau mengaku ada gelaran. Semuanya gara-gara hendak mendapatkan mulia di dunia. Malangnya apabila rahsia terbongkar maka mulia yang dicari menjadi bala yang didapati. Contoh mudah, ingin dikenali sebagai DATUK bergelar yang dikurnia oleh Sultan atau Agong, berbagai usaha dibuat, akhirnya dapat. Kalau caranya betul tidak mengapa tetapi kalau caranya salah akhirnya merana. Dia mungkin mulia ketika hidupnya tetapi bila dah mati orang akan sebut dan kata. Hina pula jadinya..

Hendak mulia di akhirat? Semua muslim layak untuk mendapatnya asalkan  mengikuti apa yang diperintah oleh Allah SWT. Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling TAKWA. Itu sebabnya setiap kali kita mendengar khutbah Jumaat akan ada seruan agar kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa. Seruan ini menjadi rukun khutbah. Khutbah Jumaat tak sah tanpa ada seruan takwa ini. Mudahnya erti takwa itu disebut juga dalam khutbah itu, iaitu melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan meninggalkan apa yang dilarang. Orang yang dimuliakan oleh Allah SWT ialah orang yang mengajar Al Quran dan yang belajar Al Quran. Mengajar Al Quran bukan semua orang boleh buat tetapi belajar Al Quran semua orang boleh buat.  Oleh itu jadikanlah diri kita orang yang sentiasa belajar membaca, memahami serta melaksanakan perintah Al Quran.

Selain itu nak mulia disisi Allah SWT ialah melaksanakan Al Amru bil maaruf wan nahyu anil mungkar (melaksanakan yang maaruf dan mencegah yang mungkar). Semua perkara ini boleh dibuat oleh semua muslim. Itulah gambaran keadilan Allah SWT. Setiap muslim layak menjadi mulia di akhirat.

Kalau nak mulia di dunia dan di akhirat pula bagaimana? Jadilah orang yang mempunyai akhlak yang baik di dunia ini, sentiasa mendirikan solat dan mengajak orang lain kepadanya. Sentiasa membantu sesama manusia. Orang yang menjalankan hablum minannas dan hablum minallah akan mendapat mulia di dunia dan mulia di akhirat.

Akhirnya, usalah untuk mendapatkam mulia di akhirat dan itu yang lebih penting daripada mulia di dunia tetapi tersiksa di akhirat. Sekian TK

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: