Skip to content

Marhaban ya Ramadhan

Julai 18, 2012

Beberapa hari lagi Ramadhan akan menjelang tiba. Bagaimana perasaan kita, gembira atau duka? Kalau gembira tandanya ada harapan jadi orang bertakwa dan meningkatkan ketakwaan kita sepanjang Ramadhan nanti. Kalau duka kerana Ramadhan menjelang tiba itu tandanya kita akan menempah sengsara di dunia dan akhirat juga. Nilai-nilailah segera agar Ramadhan disambut dengan penuh seronok dalam beribadat.

Bulan Ramadhan ialah bulan latihan bagi mempertingkatkan ketakwaan. Oleh itu apa bentuk latihan yang hendak dilaksanakan. Pertama tanamkan tekad untuk berpuasa sebaik mungkin. Kalau mengikut tingkat yang dinukil oleh Imam Ghazali, puasa yang menjadi matlamat kita ialah puasa khawas nul khawas… Carilah huraiannya dalam kitab-kitab tasauf dan fekah berkaitan puasa tentang hal ini.

Kedua, melakukan solat wajib lima kali sehari semalam secara berjemaah di masjid atau surau. Ini adalah target amalan yang hendak dibuat.  Oleh itu pastikan masjid atau surau mana yang kita hendak pergi waktu-waktu solat fardhu ini. Ingat amalan sunat yang dilakukan dibulan Ramadhan, nilai ganjarannya sama dengan amalan fardhu dibulan lain, manakala amalan fardhu akan digandakan tujuh puluh kali ganda.

Ketiga, oleh kerana solat sunat tarawikh hanya ada dibulan Ramadhan, maka ambilah kesempatan untuk melakukannya setiap malam. Buatlah mengikut keselesaan anda. Nak buat dua puluh tambah tiga rakaat, carilah masjid atau surau yang melaksanakannya. Nak buat lapan dan tambah tiga rakaat, carilah masjid atau surau yang melaksanakannya. Nak cari yang ada tazkirah yang menyelang seli antara tarawikh terpulanglah. Perkara yang penting ialah mesti laksanakan solat sunat tarawikh.

Keempat, programkan kehidupan seharian kita untuk membolehkan kita khatam Al Quran sepanjang bulan Ramadhan. Satu hari paling kurang satu juz. Al Quran ada 30 juz. Setiap juz ada 20 mukasurat atau 10 helai.  Kita boleh baca dua helai setiap selepas solat fardhu (5 X 2 = 10) atau lima helai seusai solat subuh dan lima helai lagi seusai solat asar. Buatlah bagaiman cara sekali pun, apa yang penting kita dapat tamat 30 juz sepanjang bulan Ramadhan.

Kelima, kurangkan berjalan ke pasar Ramadhan agar kita kurang membeli. Makanlah seperti bulan-bulan lain atau kurang daripada itu, agar kita kurang berbelanja.

Keenam, jangan lupa, adanya malam lailatul qadar. Malam yang lebih baik dari seribu bulan (lebih 83 tahun) Carilah lailatul qadar itu dengan membanyakkan solat malam (tahajud, tasbih, taubat, hajat dan lain-lain). Semoga usaha kita itu menepati malam lailatul qadar

Banyakkan istighfar, sabar, tahmid, takbir, tasbih, dan tahlil bagi membajai takwa kita. Jangan lupa mengeluarkan zakat fitrah sebelum solat hari raya Aidil Fitri dan banyakkan sedekah serta infak fi sabilillah.

Jadikanlah Ramadhan kali ini Ramadhan yang terbaik amalanya agar tercapai target latihan sepanjang Ramadhan. Selamat Datang Ramadhan. Ramadhan Kareem.. Marhaban ya Ramadhan.. Sekian TQ

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: