Peranan Masjid
Assalam mu alaikum..
Cuba kaji apakah peranan Masjid di zaman Rasulullah SAW.
Kalau boleh aku tulis… Masjid adalah tempat solat berjemaah. Masjid tempat Rasulullah SAW, mengajar Al Quran apabila baginda menerima wahyu. Masjid tempat Rasulullah SAW, menjawab persoalan yang ditanya oleh para sahabat baginda (banyak direkod sebagai hadis). Masjid tempat merancang pentadbiran negara Islam Madinah. Masjid adalah markas tentera Islam. Masjid tempat Rasulullah SAW menerima delegasi negara luar. Masjid menjadi pusat pentadbiran, silaturahim, perayaan dan semua yang termasuk dalam urusan manusia.
Persoalannya, sejauhmana masjid yang ada pada hari ini melaksanakan peranan masjid yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Oleh kerana peranan Masjid dibataskan sekadar tempat solat sahaja maka kemajuan Islam dan orang Islam juga terbatas…
Renongkanlah… wahai orang Islam terutamanya sempena ramadhan ini. Sekian TK