Skip to content

Realisasi Idea

Oktober 5, 2012

Biasa kita bertembung dengan orang banyak idea. Ideanya hebat. Menyedari keadaan itu orang yang punyai idea itu akan menyarankan idea itu kepada orang lain untuk melaksanakan ideanya itu.

Malangnya orang yang menerima idea atau saranan itu tidak tahu apa yang di kehendaki oleh tukang saran. Kalau ideanya itu dilakarkan di atas kertas cukup dengan rasional, matlamat, objektif, langkah-langkah pelaksanaan, penilaian pencapaian tahap demi tahap dan akhirnya penghasilan produk maka mungkin yang melaksanakan ada sedikit bantuan sepanjang proses pelaksanaan.

Biasanya pemberi idea hanya setakat melontarkan idea sahaja dan lontaran itu dibuat secara umum. Agaknya minta seluruh komuniti yang membaca saranan itu melaksanakannya. Akhirnya idea yang cantik dan molek itu tinggal kenangan. Itu pun kalau ada yang nak mengenang.

Satu prinsip yang kami pakai ialah laksanakan idea sendiri. Kami di sini merujuk kepada kami bertiga. Sebelum itu baik kiranya saya perkenalkan ‘kami’ ini.

Kami’ terdiri dari tiga orang pesara di Kampung Relong. Pertama ialah Beh Ri, pesara guru dan jawatan terakhir sebelum bersara ialah Pegawai Pelajaran Daerah Lipis. Kedua ialah Pak Andak Hamed, pesara pegawai tadbir dan jawatan akhir sebelum bersara ialah Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak dan Ketiaga ialah saya, pesara guru dan jawatan akhir sebelum bersara ialah Guru Cemerlang Sains.

Prinsip kami ialah, idea kami akan kami laksanakan sendiri, tak perlu minta orang setuju atau tidak. Contoh pertama: Semasa kami mula-mula bekerja, selepas bergraduat  1977 (Beh Ri – UKM), Pak Andak Hamed – USM dan saya – UPM) kami buat bicara buku setiap petang hujung minggu dan bicara buku kami dibuat dekat Gua Bama. Masa itu kami bicara tiga buah buku setiap minggu. Bila kami bersara bermula 2008, 2011 dan 2009 kami bercita-cita hendak membawa program bicara buku itu kepada orang kampung. Alhamdulillah program itu diterima oleh pihak masjid. Kini bicara buku di Kampung Relong sudah berumur satu tahun. Kami adalah orang yang melaksanakan bicara buku itu disamping menjemput orang lain membuat ulasan buku. Kalau tiada orang kamilah yang akan mengisi majlis bicara buku itu.

Ada idea dikalangan kami untuk membina maahad tahfiz, idea itu juga dipunyai oleh beberapa sahabat yang bersara. Maka kini maahad tahfiz sedang kami usahakan. Insya Allah bermula 2013, kami akan memulakan pengambilan murid bagi maahad tahfiz kami.

Beh Ri bercerita untuk mempromosikan herba bernilai kommersial yang ada di sekitar Gua Bama. Idea itu kami sokong untuk membantu industri pelancungan di Gua Bama. Kini sudah wujud pada peringkat permulaan Sepang Herbatourism. Satu pasukan yang mempromosikan air rebusan teras pokok Sepang dan juga beberapa herba yang ada di sekitar Gua Bama.

Masih ada beberapa idea dalam simpanan kami, insya Allah kami akan realisasikan Idea itu dalam masa yang terdekat.

Kepada khalayak pembaca semua perlu diingati bahawa kami bukan mencari nama sebaliknya inilah bentuk sumbangan secara intelek kepada pembangunan desa kami.

Moto kami: Realisasikan idea sendiri. Sekian terima kasih.

One Comment leave one →
  1. Januari 29, 2013 12:42 pm

    Hi just wanted to give you a quick heads up and let you know a
    few of the pictures aren’t loading correctly. I’m not sure why but I think its a linking issue.
    I’ve tried it in two different internet browsers and both show the same outcome.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: