Skip to content

Memberi Tahniah

Disember 7, 2012

Sesungguhnya memberi tahniah kepada seorang Muslim yang lain, berlemah lembut kepadanya dan menimbulkan kegembiraan di dalam hatinya, adalah di antara sebesar-besar amal bakti di dalam pandangan Islam. Memberi tahniah juga merupakan sebaik-baik amal kepada Allah SWT sesudah amalan yang fardhu. Bahkan yang demikian itu adalah antara yang menyebabkan pengampunan dari Allah SWT serta memudahkan jalan ke syurga.

At Tabarani telah meriwayatkan di dalam kitabnya As Shaghiir daripada Anas ra., katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW, yang bermaksud:

“Siapa yang menemui saudaranya dengan sesuatu yang boleh menggembirakan hatinya, niscaya Allah Azzawajalla akan menggembirakannya kelak di hari kiamat.”

At Tabarani telah meriwayatkan lagi di dalam kitabnya Al Kabir daripada Al Hasan bin Ali ra.,  daripada Rasulullah SAW, sabdanya yang bermaksud:

“Sesungguhnya antara hal-hal yang menjamin keampunan (Allah) iaitu anda menimbulkan kegembiraan kepada saudaramu yang Muslim.

At Tabarani telah meriwayatkan lagi di dalam kitabnya Al Awsath dan Al Kabir daripada Ibnu Abbas ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, yang maksudnya:

“Sesungguhnya sebaik-baik amal di sisi Allah SWT sesudah solat fardhu, ialah menimbulkan kegembiraan di dalam hati seseorang Muslim.”

At Tabarani lagi telah meriwayatkan daripada Siti Aisyah rah., katanya Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:

“Siapa yang menimbulkan kegembiraan kepada keluarga sesebuah rumah dari kaum Muslim, niscaya Allah tiada akan meredhai balasan selain dari syurga.”

Oleh itu ucapkanlah tahniah kepada saudara-saudara kita yang baru mendapat anak, yang baru tiba dari pelayaran atau perjalanan, yang baru balik dari medan jihad, yang baru balik dari haji, yang baru berkahwin, yang baru selesai melaksanakan puasa Ramadhan dan berhari raya, yang baru lulus peperiksaan, yang baru mendapat Ijazah, yang baru menemui pasangan, yang baru dinaikkan pangkat, yang baru mendapat kerja dan yang membuat baik kepada kita.

Mengucapkan tahniah kepada seseorang yang lain tidak memerlukan modal berbentuk wang ringgit atau harta benda, hanya sekadar menyampaikan kata-kata “TAHNIAH ATAS  KEJAYAAN ANDA”, tetapi balasannya adalah kehidupan akhirat yang bahagia..

Semoga dengan kita megucapkan tahniah kepada saudara-saudara kita yang Muslim itu akan menjadi sebab untuk kita bergembira di hari akhirat kelak, mendapat keampunan dari Allah SWT serta mendapat balasan syurga daripada Nya.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: