Skip to content

Hari Terakhir 2012

Disember 31, 2012

Hari ini Isnin, hari terakhir dalam Kelender Georgia bagi tahun 2012. Apa cerita yang nak ditulis.

Pertama: Nampaknya PRU 13 tak berlaku tahun 2012. Walaupun gembar gembor berlaku semenjak tahun 2011 lagi. Ini kerana yang ada kuasa membubarkan Parlimen ialah PM walaupun sebenarnya perkenan Yang Di Pertuan Agong diperlukan, Agong mengikut nasihat PM itulah hakikat yang berlaku.

Kedua: Tak kira bila PM nak bubarkan Parlimen, persediaan telah dibuat. Culaan terhadap pengundi sudah beres. Kini kerja berdasarkan culaan. Buatlah risikan dan pujukan untuk mengundi sesiapa yang nak dipilih. Nak pilih parti atau nak pilih calon, terpulang kepada kita yang berpeluang menjadi pemilih.

Ketiga: Bila pilih lihatlah keutamaan, jangan pilih kumpulan yang suka rasuah, jangan pilih kumpulan yang mengitarkan semua hasil mahsul negara dikalangan kroni sahaja, jangan pilih kumpulan yang kaki sapu duit rakyat, jangan pilih kaki kelentong rakyat. Oleh itu pilihlah Pakatan Rakyat yang terbukti bersih dan dipuji oleh audit negara di empat negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Keempat: MB negeri aku kata kalau DAP dapat tawan Bentong, dia akan potong telinga dia dan terjun Sungai Pahang, dia cakap ketika PAU yang terbaru. Kelakar kan!! Sebenarnya itu satu motivasi kepada PR untuk berusaha bagi memenangi Parlimen Bentong. Dulu sesiapa yang masih ingat apa yang berlaku di Perlis ketika Pilihanraya Kecil Parlimen Arau. Ada seorang makcik bernazar, kalau PAS menang pilihanraya itu dia akan makan BABI. Tetiba dalam PRK Arau itu Ustaz Hasim Jasin dari PAS menang!! Tak terkata apa mak cik itu. Tak taulah dia laksanakan nazar dia itu atau tidak.

Kelima: Malam ini ada kenduri kesyukuran sekampung dan majlis silaturrahim bagi penduduk Kampung Relong. Ini dibuat setiap akhir tahun. Harap-harapnya tiada pelencongan dalam perlaksanaan.

Cukup dulu kot… esok lusa sambung perkara lain pulak.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: