Skip to content

Corat Corik Membina Maahad Tahfiz

Januari 21, 2013

Assalam mu alaikum wr wbt. Lama tak menulis. Tulisan terakhir adalah akhir tahun lalu (2012). Hari ini jari-jari terasa gatal untuk menulis. Oleh itu aku layanlah sikit. Sibuk?, Tak sibuk mana pun. Orang pencen, hujung minggu pulak tentu tak sibuk mana.

Setelah menjangkau satu tahun setengah, maka hampir selesailah  pembinaan asrama Maahad Tahfiz Al Quran wa al Tarbiah al Diniah, Kampung Relong. Bangunan dua tingkat 60 kaki X 25 kaki itu dibina bersebelahan Surau Bukit Berangan, Kampung Relong. Sebenarnya pembinaan bermula Mei 2012 dan siap Disember 2012. Pada 7 Januari kami mendaftar kemasukan tujuh orang murid spenuh masa dan hampir 30 orang murid separuh masa.

Idea membina Maahad Tahfiz di Relong ini dilaksanakan pada 23 Mei 2011 dengan melaksanakan mesyuarat pertama bagi melantik Lembaga Pengurusan Eksekutif Maahad (LPET). LPET bermesyuarat setiap bulan. Mesyuarat ke 2 bulan Jun 2011 LPET bersetuju memilih nama Maahad Tahfiz al Quran wa al Tarbiah al Diniah kerana nama ini ada nilai sejarah di Kampung Relong. Mesyuarat ke 3 pada bulan Julai 2011 LPET melantik pula barisan pentadbir sekolah iaitu Mudir dan dua Timbalan Mudir.

Pada mesyuarat bulan September 2011, LPET mengambil keputusan untuk memaklumkan kepada penduduk Kampung Relong berkenaan Maahad Tahfiz ini. Oleh itu pada 10 Oktober 2011, selesai solat Asar saya membuat persembahan Power Point bagi menjelaskan tentang hasrat hendak membuat Maahad Tahfiz ini.

Bermula dari saat itu maka timbullah beberapa corat corik yang kadang-kadang bersifat lucu kepada kami yang melaksanakan projek ini.

Antara soalan yang dikemukan ialah, boleh ke deme ni nak buat tahfiz ni?, Budak ni nak belajar di mana? Siapa nak mengajar? Siapa yang nak belajar?

Ahli LPET dan Mudir serta pembantunya cuba menjelaskan mana-mana yang boleh dijelaskan. Mana-mana yang tak mampu atau tak perlu dijelaskan kami biarkan dia berlalu.

LPET membuat persetujuan dengan Masjid Relong untuk memulakan operasi Maahad di Masjid Relong. Sabuah bilik digunakan sebagai Pejabat sementara kepada operasi. Mesyuarat LPET dibuat di Masjid.

Dalam satu perjumpaan dengan Pentadbir Maahad, Mesyuarat telah bersetuju untuk mengadakan lima program dibawah kelolaan Maahad Tahfiz iaitu, Program Sepenuh Masa, Program Separuh Masa, Pengajian Al Quran dan Fardhu Ain Hujung Minggu, Program Pengajian Al Quran Bersanad dan Program Motivasi Cuti Sekolah.

Dari persetujuan inilah bermulanya beberapa program awal dilakasanakan oleh Maahad Tahfiz bermula Januari 2102. Program Tahfiz Separuh Masa dapat dilaksanakan diwaktu petang pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat. Program Belajar Al Quran secara bersanad juga dapat dimulakan. Program Kelas Al Quran dan Fardhu Ain Hujung Minggu juga bermula dengan kerjasama siswa-siswi IPG Kampus TAA. Sekian TK… bersambung.

Advertisements
No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: