Skip to content

Maahad Tahfiz Kampung Relong – Catatan

Januari 31, 2013

Sejarah Ringkas Penubuhan Maahad Tahfiz

Satu Majlis Diskusi telah diadakan pada 27 April 2011 jam 10.00 pagi di Surau Bukit Berangan, Kampung Relong berkaitan dengan peranan Surau Bukit Berangan sebagai pusat tercetusnya beberapa institusi Pendidikan di Kampung Relong dan sekitarnya. Hasil dari diskusi itu maka tercetuslah idea untuk menubuhkan Maahad Tahfiz di Kampung Relong. Pengerusi Diskusi : Haji Zahari Haji Uda. Hadir sama, Haji Sirajuddin Haji Uda, Haji Abd Rauf Haji Uda, En Johari Mohd Isa dan Haji Mohd Yusop Drus mewakili penduduk Kampung Relong. Manakala Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Lipis diwakili oleh Drs Haji Wan Aminuddin bin Wan Abd Hamid, En Jamin bin Ngah dan En Md Noor A Rahman.

Idea ini telah dibawa kepada Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Kampung Relong (JKKK Relong) dan Jawatan Kuasa Badan Kebajikan Masjid Kampung Relong (BKMR). Kedua-dua badan ini telah mempersetujui penubuhan Maahad Tahfiz dan memilih beberapa orang untuk menganggotai badan yang akan bertindak sebagai Pengasas Maahad Tahfiz.

Pada 23 Mei 2011, satu mesyuarat penajaan Maahad tahfiz telah diadakan di Masjid Kampung Relong. Pertama, Drs Haji Wan Aminuddin telah membentang satu kertas Konsep sebagai rujukan perbincangan. Kedua, ahli-ahli yang hadir bersetuju untuk mengusahakan penubuhan Maahad Tahfiz di Kampung Relong. Ketiga, ahli yang hadir memilih satu Jawatan Kuasa dianggotai oleh sembilan orang menjadi Jawatan Kuasa Penaja Maahad Tahfiz.

Pengerusi; Ustaz Haji Sirajuddin Haji Uda, Timbalan Pengerusi 1; Cikgu Ishak Muhammad (Ketua Kampung), Timbalan Pengerusi 2; Drs Haji Wan Aminuddin bin Wan Abd Hamid, Setiausaha; Haji Yusof bin Ibrahim, Bendahari; En Abd Hamed Haji Akob, dan empat orang Jawatan Kuasa; Ustaz Haji Abu Talib Abdul Ghani (Imam), Haji Zahari Haji Uda, Ustaz Ibrahim Mat dan En Jamin bin Ngah

Dalam mesyuarat kedua pada 15 Jun 2011, majlis telah bersetuju untuk menamakan maahad tahfiz ini sebagai “Maahad Tahfiz al Quran wa al Tarbiyah al Diniah” Perkataan al Tarbiah al Diniah adalah diambil dari nama sebuah Madrasah yang telah ditubuhkan di Kampung Relong sekitar tahun 1960’an dahulu tetapi Sekolah Agama Rakyat (SAR) ini telah menamatkan khidmatnya sekitar tahun 1970’an. Atas mengekalkan sejarah itu maka nama itu diambil. 

Satu majlis penerangan kepada penduduk Kampung Relong perlu dibuat dan dalam mesyuarat ke empat (28 Sept 2011), ahli majlis bersetuju untuk mengadakan Majlis Penerangan Maahad Tahfiz pada 8 Oktober 2011 selepas solat Asar di Masjid Kampung Relong. Setiausaha dikehendaki menyediakan pertunjukkan slide.

Dalam mesyuarat ke lima, mesyuarat bersetuju untuk memulakan operasi awal 2012. Antara perkara yang diberi perhatian ialah program-program yang akan dijalankan, membuat pengumuman mencari guru dan murid, serta berbincang dengan orang yang mempunyai kepakaran dalam perkara yang berkaitan Al Quran dikalangan masyarakat setempat dan berdekatan.

Pada ketika yang sama pendaftaran Maahad dibuat kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Beberapa mesyuarat dilakukan sepanjang bulan Disember 2011 untuk membuat persediaan bagi memulakan operasi. Lima program telah dicadangkan iaitu; Program Tahfiz Sepenuh Masa, Program Tahfiz Separuh Masa, Kelas Fardhu Ain dan Al Quran Hujung Minggu, Kelas Mengaji Al Quran secara bersanad dan Program Motivasi.

Sekian, TK

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: