Skip to content

Permohonan Semasa Duduk Antara Sujud

Februari 4, 2013

Rabbighfirli – Ampunilah Aku

Warhamni – Sayangi aku

Wajburni – Tutupi keaiban aku

Warfa’ni – Tinggikan darjat aku

Warzuqni – Berilah rezeki kepada aku

Wahdini – Tunjuki aku

Wa’afini – Sehatkan aku

Wa’fu’anni – Maafkan aku

Inilah lapan perkara yang kita mohon ketika kita duduk antara dua sujud. Antara huraiannya adalah seperti berikut:

  • Maghfirah (ampunan): Kita memohon semoga Allah mengampuni dosa kita, kita mengharapkan sangat agar kita tidak disiksa kerana kesalahan-kesalahan yang sudah kita kerjakan.
  • Rahmat (sayangi): Kita mengharapkan kebaikanNya, memohon supaya Allah SWT memperlakukan kita sebagai seorang yang sangat disayangi, diberikan nikmat dan dilimpahkan kurniaNya.
  • Tutupi keaibanku: Apa-apa keaiban yang ada pada kita adalah merupakan kekurangan yang kita tanggung. Oleh itu kita memohon Allah SWT menutupi keaiban itu. Semoga Allah SWT tidak zahirkan kekurangan dan keaiban itu kepada manusia lain. Sedangkan Allah SWT Maha Mengetahui.
  • Tinggikan derajat: Kita memohon kepada Allah SWT agar derajat kita disisi Nya dan disisi manusia ditingkatkan. Peningkatan derajat ini akan berlaku dengan meningkatnya ilmu. Kerana ada hadis yang menyatakan bahawa Allah SWT mengangkat manusia yang berilmu itu beberapa derajat disisi Nya. Oleh itu bersegeralah kita mencari ilmu.
  • Diberikan rezeki: Semoga Allah SWT memudahkan kita mendapat rezeki atau Allah SWT mempertemukan kita dengan cara atau jalan memperoleh rezeki yang halal.
  • Kurniakan hidayah atau petunjuk: Kita mengharapkan Allah SWT memberi petunjuk, memohon agar sentiasa Allah SWT menuntun kita ke jalan yang benar dan menjauhkan kita dari jalan yang sesat.
  • Afiatkan atau sehatkan: Semoga Allah SWT memelihara tubuh kita dari cacat dan penyakit dan dipelihara kita dari azab sengsara di akhirat.
  • Maafkan: Semoga Allah SWT memaafkan kita atas apa-apa ketelanjuran dalam fikiran, kata-kata, amal dan perbuatan semasa kita hidup ini.   

             Wallah wa’lam.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: