Kembali ke Blog
Alhamdulillah, semalam secara sengaja aku membuka semula Blog ini. Aku tak mengemas kini blog ini sejak Mac 2013 kerana serangan Malware. Tetapi nampaknya kini malware sudah tiada. Oleh itu aku masih boleh berkongsi pengalaman. Pada awal Julai dahulu umur ku sudah menjangkau 60 tahun mengikut perkiraan tahun Masehi. Kalau ikut tahun Hijrah umur ku sudah lebih 61 tahun, Sudah menghampiri umur Rasulullah SAW, satu peringatan buat diri.
Sebelum itu pada 28 Jun 2013, sempena perayaan hari guru Daerah Lipis, aku dianugerahkan Tokoh Guru Daerah Lipis bagi tahun ini. Terima kasih kepada PPD Lipis dan para guru yang mencalonkan saya menjadi tokoh guru daerah pada tahun ini.
Pada bulan Mei yang lalu aku mengadakan kenduri meraikan perkahwinan anak ke empat aku. Semasa pergolakan di Mesir aku menyambut kepulangan anak aku dari Mesir dan pada hari ini aku akan menghantar anak bongsu ku untuk melanjutkan pengajiannya ke UiTM Dungun dalam pengajian Ijazah Pertama.
Itulah coretan permulaan setelah tidak berblog semenjak Mac yang lalu. Sekian TK