Skip to content

Rindu nak menulis

September 12, 2013

Dah lama tak menulis di blog ini, Dahulu biasanya sebulan aku boleh buat beberapa kiriman, kini agaknya kurang produktiviti dalam penulisan.  Banyak perkara boleh ditulis, tentang kerja, tentang pengalaman, kritik sosial, tentang rumahtangga, tentang persekitaran, tentang kehidupan dan berbagai lagi. Malangnya aku kurang fokus terhadap perkara-perkara itu.

Pada pemerhatian aku, didapati ramai orang Islam yang tidak mendekati Al Quran dalam kehidupan seharian, hanya mungkin data tiada untuk memperincikan dakwaan ini. Diantara sebab mengapa berlaku demikian, mungkin mereka tidak pandai membaca al Quran, mungkin ada yang pandai tetapi malas atau sibuk,

Bagi yang rasa tak pandai, kita wajib belajar tak kiralah umur berapa.  Terdapat ustaz yang mengajar remaja berumur 70 atau 60 tahun untuk mengenal huruf al Quran. Ada ustaz mengajar menggunakan kaedah Iqrak kepada mereka yang sudah berumur 60 tahun. Apa yang menarik ialah mereka ini bersedia untuk belajar. Sesungguhnya belajar tidak ada had masa. Kita perlau belajar dari umur kita baayi sehingga maut menyapa. Bernahagilah mereka yang rela belajar pada usia emas ini.

Kepada yang sudah pandai membaca, jangan malas dan leka. Bacalah al Quran setiap hari  agar al Quran itu menjadi penyuluh atau penyeri kehidupan kita di akhirat nanti. Sekurang-kurangnya kita menamatkan bacaan setiap pagi sebanyak satu atau dua muka surat sehari. Ini bererti kita dapat menamatkan atau khatam sekali dalam masa empat dulu.

Oleh itu saya berseru kepada diri saya dan permbaca sekelian agar dapat menghatamkan al Quran sebanyak tiga bulan sekali dan ini bererti kita dapat berkhatam al Quran empat sekali setahun.

Setelah itu kita bolehlah fokus kepada hafalan atau kita sendiri mempelajari makna dan tafsiran al Quran itu, Sewajarnya kita mengamalkan apa yang dipelajari itu dalam kehidupam seharian. Sekian TK

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: