Skip to content

Bersedia ke Arafah

Oktober 13, 2013

Ketika aku menulis artikel ini, Isyak 9 Zulhijjah sudah berlalu. Jam di komputer aku menunujukkan 9.29 malam. Ini bererti di Makkah waktu ialah 4.29 petang (8 Zul hijjah 1434 H). Jemaah haji Malaysia sudah bergerak ke Arafah untuk bersedia bagi berwukuf 9 Zulhijjah selepas solat zohor.

Para jemaah haji sudah berniat ihram ketika meninggalkan hotel mereka di Makkah. Selewat-lewatnya ketika menaiki bas menuju Arafah. Jangan ada pula yang terlupa berniat ihram haji di mikat. Nanti Haji tak sah. Kerana niat ihram haji adal rukun haji manakala berniat di mikat adala wajib haji. Saya kira jemaah haji yang mengikuti muasasah Tabung Haji sudah diberi peringatan tentang hal ini.

Wukuf adalah rukun haji kedua, di Arafah diharapkan para jemaah akan membanyakkan amal ibadat berupa solat sunat baik berupa Qiamulail (malam ini) atau membanyakkan talbiah dan zikir-zikir yang lain sepanjang malam dan pagi esok sehingga masuk waktu zohor untuk memulakan wukuf.

Semasa aku menjalani ibadah haji tiga tahun yang lalu (1410 H) aku tiba di Arafah ketika masuk waktu maghrib 9 Zulhijjah, dimana kami meninggalkan Janadriyah (ibu pejabat Tabung Haji) selepas solat asar. Perrjalanan mengambil masa 45 minit sahaja dari Janadriyah ke kemah kami di Arafah. Aku sampai terus mengambil wudu’ dan solat maghrib dan Isyak jama’ tamam, seperti yang diarahkan oleh pihak pengurusan TH. Semasa aku tiba kemah masih kosong dan jemaah sampai secara sedikit demi sedikit sehingga lebih dari tengah malam 9 Zulhijjah. Sebelum subuh semua jemaah sudah sampai di kemah.

Bagi kita di Malaysia yang tidak mengerjakan haji, kita disunatkan berpuasa pada 9 Zulhijjah. Mari sama-sama kita berpuasa sunat esok.

Sekian TK

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: