Skip to content

Awal Tahun

Oktober 27, 2013

Assalam mu alaikum wr wbt.

Maal Hijrah 1435 Hijrah akan bertandang beberapa hari lagi, hari ini 27 Oktober 2013 bersamaan 22 Zulhijjah 1434 H. Pada 5 November 2013 bersamaan 1 Muharram 1435 H, itulah hari tahun baru Hijrah 1435 H. Ini bererti 1435 tahu yang lalu Rasulullah SAW telah berpindah dari Makkah ke Madinah demi untuk menyebarkan Islam. Baginda melakukan perpindahan itu kerana diperintah oleh Allah SWT

Orang yang menjadikan kelender Islam ini bermula dari peristiwa Hijrah Rasulullah SAW ialah Syaidina Umar Al Khattab. Peristiharan tarikh hijrah Rasulullah dipilih sebagai permulaan kelender Islam dibuat semasa pemerintahan Syaidina Umar Al Khattab r.a. iaitu 18 tahun sesudah peristiwa hijrah itu. Carilah dalam sejarah Islam khususnya sejarah zaman pemerintahan Syaidina Umar Al Khattab perihal bagaimana Syaidina Umar membuat pilihan tarikh permulaan tahun Hijrah ini.

Bagi masyarakat Melayu di Malaysia, sudah menjadi budaya menyambut kehadiran tahun baru Hijrah ini dengan mengadakan majlis bacaan doa akhir tahun dan bacaan doa awal tahun. Masjid, surau atau Balai sah akan mengadakan majlis bacaan doa ini. Bacaan doa akhir tahun akan diadakan dihujung waktu asar 30 Zulhijjah dan doa awal tahun akan dibuat apabila masuk waktu Maghrib 1 Muharram. Bagi tahun ini doa akhir tahun akan dibuat pada petang 4 November 2013 (akhir waktu asar hari Isnin) dan doa awal tahun akan dibuat selepas masuk waktu Maghrib pada hari yang sama.

Mungkin ada yang bertanya, mengapa akhir tahun adalah akhir waktu asar dan awal tahun apabila masuk waktu maghrib? Itulah perbezaan antara sempadan hari bagi kelender Hijrah dengan kelender Masehi. Kelender Hijrah sempadan harinya ialah antara akhir Asar dan permulaan Maghrib, tetapi bagi kelender Masehi sempadan harinya ialah detik 12 malam.

Satu lagi perbezaan antara sambutan tahun baru Masehi dan tahun baru Hijrah ialah berkaitan suasana sambutan. Biasa di negara kita sambutan awal tahun Masehi manusia diajak melupakan Allah SWT dengan memekit dan melolong terkinja-kinja sampai lupa diri atau berpelesiran di mana-mana dataran waktu tengah malam tetapi sambutan awal tahun Hijrah disambut dengan usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan munajat dan doa diwaktu pertukaran siang dan malam. Mana yang lebih tersusun kaedah sambutannya? Semoga Allah SWT memberikan taufik dan hidayah kepada semua.

Sekian TK

Advertisements
No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: