SMK Padang Tengku – 50 tahun
Assalam mu alaikum wr wbt
Kepada semua bekas murid SMK Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang. (1965 – 2015)
Suka saya mengingatkan bahawa SMK Padang Tengku akan mencapai umur 50 tahun pada 4 Januari 2015. SMK Padang Tengku telah di tubuhkan pada 4 Januari 1965. Guru Besar (Pengetua) pertama ialah Cikgu Ab Wahab Sidek. Perkara ini telah saya nyatakan dalam ucapan saya ketika menerima Anugerah Kehormat Bakti Terbilang sempena Majlis Graduasi 2013 SMK Padang Tengku pada 30 Oktober 2013 yang lalu.
Oleh itu wajarlah sekiranya ada bekas pelajar yang suka mengambil inisiatif untuk membuat FACEBOOK bagi mengwar-warkan perkara ini kerana jangka waktu untuk berlangsung sambutan 50 tahun SMKPT (Jublee Emas) itu lebih kurang 15 bulan dari sekarang. Perancangan awal adalah sangat-sangat diharapkan. Jangan sampai bulan Oktober 2014 nanti baru nak fikir, nak rancang dan nak laksana. Biarlah kita berfikir dan merancang dari sekarang.
Saya kira pihak sekolah sudah maklum tentang tarikh ini, In Sya Allah pihak pentadbir sekolah, para guru dan kakitangan sekolah sudah mengetahui perihal perkara ini. Tinggal lagi bagaimana dengan persiapan bekas murid. Bekas murid SMKPT tiada Persatuan Almuni. Kalau ada pun ada pada nama sahaja, aktivitinya bermusim, seperti musim orang cari nama, musim orang nak tunjuk diri dan sebagainya. Kita mengharapkan bekas murid yang otai-otai yang akan memeriahkan majlis itu nanti. Oleh itu kita mula menjejak mereka bermula dari sekarang.
Perlu diingat di Daerah Lipis akan ada tiga buah sekolah menengah yang akan menyambut Jublee Emas pada tahun 2015 itu. Ketiga-tiganya adalah sekolah yang ditubuh dibawah program Sekolah Menengah Aneka Jurusan pada tahun 1965 itu. Ketiga-tiga sekolah itu ialah SMK Padang Tengku, SMK Orang Kaya Haji dan Sekolah Menengah Panglima Garang Abdul Samad, Budu. Oleh itu perancangan awal perlu dibuat kalau tak mahu ketinggalan.
Apa tujuan membuat sambutan 50 tahun ini? Saja-saja nak penuhkan masa atau saja-saja hendak membuang masa dan duit sahaja. Bagi saya kita buat sambutan ini bertujuan untuk mengenang nostalgia zaman persekolahan dahulu, menghimbau sejarah bergambar sekolah, menautkan silaturrahim antara rakan-rakan zaman bersekolah dahulu, meraikan para guru-yang pernah mengajar kita, meraikan staff sekolah dan juga menemukan kembali mereka yang pernah membesar di dalam kawasan sekolah terutama anak-anak pekerja dan guru yang tinggal di kawasan sekolah.
Sehingga tahun 2015 nanti sudah ada 50 kohot pelajar yang pernah belajar dari tingkatan satu sehingga ke tingkatan 3, akan ada 36 kohot pelajar yang mengambil SPM di SMKPT (kokot pertama adalah tahun 1977).
Sebelum terbinanya SMK Merapoh (1996), murid dari SK Merapoh, SK Cegar Perah, SK Felda Chegar Perah semuanya bersekolah ke SMK Padang Tengku. Pada masa itu murid SMK Padang Tengku datang dari Kuala Medang, Tanjung Gahai, Batu Yon, Keledek, Merapoh, Cegar Perah dan juga feeder yang masa ada sehingga sekarang seperti, Lubuk Kulit, Kuala Telang, Berchang, Relong, Gua, Padang Tengku, Kechor Tui, Felda Kachau dan Pagar Sasak.
Jangan lupa Pengarah Pendidikan Negeri Pahang masakini (Tuan Rosdi Ismail) adalah bekas guru SMKPT di mana SMKPT adalah tempat posting dia yang pertama. Dua Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang adalah bekas Pengetua SMKPT (Tuan Haji Jusoh Hassan dan Tuan Haji Sobirin Haji Duli). Haji Zahari Haji Uda bekas PPD Lipis pernah menjadi guru di SMKPT.
Saya tak pernah bersekolah di SMKPT dan tiada anak saya bersekolah di situ tetapi saya dan isteri saya pernah berkhidmat sebagai guru di SMKPT. Saya mula menjadi guru (1977) di SMKPT dan bersara (2009) juga di SMKPT. Isteri saya pernah berkhidmat di SMKPT selama tujuh tahun.
Oleh itu marilah sama-sama kita cuba berganding bahu untuk merayakan 50 tahun wujudnya SMKPT. Sama-sama kita merayakan Jublee Emas SMKPT. Sekian TK
Assalamualaikum , saya hj abdullah @abdul rahnan bin ngah adalah bekas murid sek men keb padang tengku dari tahun 1966 sehingga thn 1969(mengulang). Saya nak betulkan tentang nana gutu besar 1 sek ini ialah win bin yassin dan dan yang ke2 zakaria bin abd ghani. Lihat surat berhenti seks saya.
Saya nak betulkan kembali kenyataan tuan Hj Abdullah bin Ngah tentang pengetua pertama SMK Padang Tengku, Harap sdra Baca kiriman saya pada “Majlis Graduasi SMKPT 2008” dimana saya muatkan ucapan Guru Besar Pertama SMKPT iaitu Cikgu Abd Wahab Sidek. Cikgu Win bin Yassin adalah GB Kedua dan Hj Zakaria Derani ialah GB ketiga.
Harap pergi ke kiriman pada tarikh 29 Ogos 2012.