Skip to content

Masuk Hospital

Januari 5, 2014

31 Disember 2013, aku ke Bahagian Pesakit Luar Hospital Kuala Lipis untuk membuat pemeriksaan akibat beberapa kekejangan otot yang dialami beberapa hari yang lalu. Kekejangan otot di dada berlaku setelah membuat kerja di sekitar rumah, antaranya membuang najis kucing di belakang mesin basuh. Kekejangan otot di bahu kiri dan kanan berlaku juga tetapi ini kerana kesan dari mesin dukung untuk menebas rumput, ini perkara biasa.

Antara ujian yang dibuat ialah ECG dan analisis darah. ECG masih normal tetapi dari analisis darah didapati kandungan Kalium (Potassium) adalah kurang daripada normal [normal ialah 3.5 – 5.0 unit manakala yang di kesan dalam darah saya hanya 2.7 unit]. Oleh itu Doktor yang merawat memasukkan saya ke wad.

Usaha menstabilkan Kalium darah aku dibuat melalui drip sebanyak 110 ml. cairan Kalium padang petang 31 Disember 2013. Sejam kemudian sampel darah aku diambil untuk analisis. Didapati kandungan Kalium masih 2.7 unit dan beberapa jam kemudian sampel sekali lagi diambil dan didapati kandungan Kalium jatuh ke 2.4 unit.

Petang 1 Januari 2014 drip kedua Kalium dibuat dengan memasukkan 200 ml cairan Kalium. Sejam selepas drip tamat iaitu pada 6.50 petang sampel darah diambil. Dari analisis yang dibuat didapati kandungan meningkat ke 3.4 unit dan sampel kedua yang diambil pada empat pagi pula didapati kandungan kalium jatuh kembali kepada 2.7 unit.

Analisis air kencing juga dibuat, didapai kandungan air kencing aku normal. Tiada kesan bahawa Kalium keluar melalui air kencing. Persoalannya!! Kemanakah Kalium dalam darah saya pergi.

Doktor Pakar Hospital Lipis [Dr Myo] menyarankan untuk memasukkan drip ketiga sebanyak 100 ml cairan Kalium pada petang 2 Januari 2014, dari ujian darah pertama didapati kandungan Kalium meningkat ke 3.7 unit dan ujian kedua bagi sampel darah yang diambil diwaktu pagi ialah 3.0 unit. Dengan keputusan itu Dr Myo (Doktor pakar) dan Dr Nursofiah Hassan Ali membenarkan saya keluar dari wad pada 3 Januari 2014.

Masalah yang aku hadapi setakat ini ialah kekurangan Kalium dalam darah.

In Sya Allah saya akan menulis lagi berkaitan dengan pengalaman duduk di wad Hospital Lipis dalam entri berikutnya. Sekian TK.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: