Skip to content

Melayu berubah Budaya

Januari 12, 2014

Asssalam mu alaikum wr wbt

Sedekad yang lalu kurang didapati orang-orang Melayu yang tinggal di kampung makan malam di kedai-kedai makan. Sekarang kita dapati kedai-kedai makan sudah tumbuh ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Ada kedai makan untuk sarapan pagi, ada kedai makan untuk makan tengahari, minum petang dan makan malam serta kedai-kedai makan tempat bersantai sehingga larut malam.

Mengapa berlaku demikian?

Kemungkinan pertama ialah orang-orang Melayu yang tinggal di kampung tak sempat nak memasak mungkin kerana sibuk bekarja atau dah ramai yang tak mahu memasak atau tak pandai memasak. Implikasinya adalah agak buruk kerana makan bersama dirumah akan mengikat silaturrahim antara ahli keluarga, tanpa makan bersama akan mengakibatkan ikatan silaturrahim antara mudah terburai dan berkecai. Isteri kurang mendapat pahala dari penyediaan makanan untuk keluarga.

Isteri tidak dapat lagi melatih diri untuk memperoleh kemahiran memasak yang satu ketika dahulu merupakan satu kualiti yang sangat diberi perhatian oleh sesebuah keluarga besar di kampung. Suami pula hilang kemahiran menyediakan barang-barang keperluan seharian di rumah. Anak-anak pula hilang cita dan rasa menikmati masakan yang disediakan oleh seorang ibu.

Kita dituntut untuk makan makanan yang halal lagi baik (halalan toiyibah). Makanan di kedai mungkin tiada jaminan untuk mendapat keadaan halalan toiybah. Contoh yang mudah ialah masakan telur.  Sepatutnya telur sebelum dimasak, kulit telur mesti dibersih terlebih dahulu untuk mengelakkan terdapat najis ayam pada kulit telur itu. Apakah penyedia makanan membersihkan dahulu telur yang digunakan. Begitu juga bahan-bahan mentah seperti sayur dan buah-buahan.

Keadaan tempat makan juga perlu diberikan perhatian. Kedai-kedai makan di kampung-kampung biasanya tidak bersih, terbuka dan terdedah kepada habuk dan mikrob. Keadaan ini boleh menyebabkan mudahnya penularan penyebab penyakit (patogen). Kalau makan di rumah, aspek ini bergantung kepada sejauh mana penghuni rumah tangga itu menjaga kebersihan. Kebersihan di rumah adalah dikawal oleh keluarga tetapi kebersihan di kedai makan adalah diluar kawan pengunjung kedai tersebut.

Aspek berikutnya ialah, keadaan kesihatan penyedia makanan. Walau pun pekerja dan tukang masak dipantau kesihatan mereka oleh jabnatan kesihatan, tetapi keadaan ini tidak semestinya sentiasa berlaku. Ramai penyedia makanan yang tidak memperolehi kelulusan Jabatan Kesihatan sebelum mereka bekarja di kedai makan. Ini akan menempah bahaya kepada pengguna.

Satu budaya baru juga tumbuh di kedai-kedai makan ini, iaitu budaya mengeteh. Budaya ini berkembang dengan hebat sehingga ramai mereka yang sudah berumur duduk di kedai-kedai makan untuk mengeteh dengan meninggalkan ahli keluarga di rumah, menunggu kepulangan para ayah yang duduk berlamaan di kedai makan.

Apa yang disebut sebagai Melayu berubah budaya di kiriman ini ialah bahawa orang Melayu sudah meninggalkan suasana makan yang bersih, baik, selesa di rumah sendiri dengan makan di luar, di kedai-kedai yang mempunyai berbagai keburukan kepada diri, keluarga dan ekonomi sendiri.

Sekian TK.

Advertisements
No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: