Skip to content

Sorong Papan Tarik Papan

Mac 29, 2014

Assalam mu alaikum wr wbt

Tajuk di atas adalah pembayang maksud satu pantun empat kerat lama. Tetapi saya ingin mengubah maksud bagi pantun itu agar sesuai dengan keadaan sekarang:

Sorong papan tarik papan

Buah keranji dalam perahu

Ajak makan datang makan

Aji mengaji terus belalu

Ramai manusia Melayu khususnya, dalam hal kenduri kendara, ajak makan sentiasa akan memenuhi undangan, tetap datang untuk makan. Itulah sebabnya maka musim kenduri kahwin berduyun-duyun arang datang memenuhi undangan makan. Tak salah memenuhi undangan makan itu, malah jemputan kenduri walimah itu statusnya wajib dihadiri dalam setengah-setengah keadaan.

Majlis makan-makan orang berbondong-bondong bertandang, bagaimana majlis mengaji atau majlis ilmu. Biasanya majlis mengaji atau majlis ilmu diadakan di Masjid, Surau, Balai sah dan lain-lain tempat. Majlis ilmu yang diiktiraf sebagai taman-taman syorga ang dinaungi oleh para malaikat biasanya tak ramai yang hadir. Majlis seperti itu tidak diminati oleh khalayak.

Kalau makan itu adalah untuk menyuburkan jasmani maka majlis mengaji atau majlis ilmu itu untuk menyuburkan rohani dan juga mental serta emosi. Oleh itu dimanakah peretimbangan kita apabila berhadapan dengan dua pilihan ini. Majlis makan-makan dan majlis ilmu.

Malah masa kini pihak penganjur biasanya memujuk khalayak untuk ke Majlis Ilmu dengan menyediakan makanan. Kalau ikut sirah Rasulullah SAW, di awal dakwah baginda kepada sanak saudaranya, Baginda mengadakan majlis makan-makan dahulu sebelum membuat seruan dakwahnya. Walaupun kemudiannya Baginda ditempelak oleh Abu Lahab, bapa saudara Baginda yang sangat menentang baginda.

Apakah sebahagian khalayak orang Melayu Malaysia kini lebih teruk daripada Abu Lahab atau setaraf dengannya? Sekurang-kurangnya Abu Lahab datang juga ke majlis Rasulullah SAW tetapi kita Melayu Malaysia terus tak nak datang ke Majlis Ilmu.

Semoga kita tak sama status dengan Abu Lahab yang sah masuk neraka.

Sekian TK.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: