Skip to content

Skim Wakaf

April 1, 2014

Assalam mualaikum wr wbt,

Maahad Tahfiz al Quran wa al Tarbiyah al Diniyah Kampung Relong, melancarkan skim wakaf untuk dua projek iaitu Skim Wakaf Pembinaan Kompleks Hafizah dan Skim Wakaf Ladang Tahfiz.

Skim Wakaf Pembinaan Kompleks Hafizah adalah bertujuan untuk memungut dana bagi projek pembinaan dua banguanan dan membaikpulih sebuah bangunan. Kompleks ini bertempat di Sungai Batu, Kampung Relong tidak jauh dari Dataran Linggi (Dataran Bama). Dua banguanan yang baru akan dibina adalah sebuah surau baru dan sebuah asrama bagi pelajar perempuan, manakala bangunan yang dibaik pulih ialah bangunan surau Sungai Batu yang lama yang akan dijadikan bilik belajar dan pejabat.

Kerja-kerja membaikpulih Surau Sungai Batu akan bermula pada bulan April 2014 dan dijangka siap sebelum Ramadhan 1435 menjelang. Projek baik pulih ini desegerakan kerana akan digunakan semasa bulan Ramadhan 1435 nanti. Kos keseluruhan pembinaan Kompleks Hafizah ialah RM 900 000.00.

Sehubungan dengan itu pihak maahad mengalu-alukan sebarang sumbangan wakaf sebanyak RM 20.00 bagi setiap kaki persegi. Sumbangan boleh dibuat mengikut gandaan RM 20.00 dan tiada hadnya.

Skim wakaf kedua ialah sumbangan membeli anak benih sawit bagi ditanam di ladang sawit maahad di Chematu. Kepada mereka yang ingin menyumbang bagi membeli anak sawit boleh berbuat demikian dengan menginfak sebanyak RM 13,00 bagi setiap anak pokok. RM 13.00 adalah termasuk kos anak benih dan kos menanam. Sumbangan boleh dibuat mengikut gandaan RM 13,00. Sumbangan jug tiada had.

Semua sumbangan boleh diberi kepada mana-mana ahli Lembaga Pengurusan Eksukatif Tahfiz (LPET) atau terus kepada Kedai No 4 Hentian Tok Linggi (Hentian Bama) atau bagi Skim Wakaf Sawit boleh juga menyumbang melalui Saudara Aman Sood (Taukey Getah Kampung Relong).

Sekian, TK daripada Setiausaha Maahad Tahfiz

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: