Petunjuk yang ku nantikan
Assalam mu alaikum wr wbt,
Hari ini, Rabu 7 Ramadhan 1436H. Aku masih berpusing-pusing mencari idea untuk ditulis, apatah lagi memang lama aku tak menulis. Bila datang bulan Ramadhan nampaknya keadaan lama akan berulang. Walau pun ada riwayat hadis yang memaklumkan kepada semua umat Islam bahawa awal Ramadhan itu Rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya ialah kebebasan dari api neraka, tetapi sikap orang Islam mengambil maksud hadis ini sambil lewa sahaja kalau dilihat pada apa yang berlaku tahun-tahun yang berlalu.
Ada satu harapan yang boleh disandarkan kepada satu bentuk perubahan yang mungkin berlaku dalam kaitan dengan perihal diatas. Pada tahun ini nampaknya banyak rancangan agama di TV membincangkan hal ini. Semoga apa yang disampaikan oleh para asatizah di TV dan Radio akan dapat memberi kesedaran kepada saudara saudariku yang muslim. Aku mengharapkan petunjuk atau indikatornya dapat dizahirkan sepanjang Ramadhan ini.
Antara petunjuk yang aku harapkan akan muncul ialah jumlah yang bersolat tarawikh tidak akan berkurangan apabila Ramadhan semakin lama. Tetapi sesuatu yang masih sama ialah berkurangan jumlah jemaah selepas menamatkan lapan rakaat. Hanya sedikit sahaja yang meneruskan ke 20 rakaat. Kes ini perlu dibincangkan dalam tajuk yang lain.
Petunjuk kedua ialah ramainya yang menyertai tadarus al Quran, atau yang menggagahkan dirinya membaca al Quran agar dapat khatam di Ramadhan ini. Tak perlulah hendak mengatasi Imam Syafie dalam jumlah khatam al Quran sepanjang Ramadhan kerana beliau mampu khatam dua kali sehari sepanjang Ramadhan. Kalau kita mampu khatam sekali sepanjang Ramadhan, ini sudah dikira sangat baik.
Satu lagi indikator yang aku ingin lihat ialah ramainya penyertaan anak muda dalam majlis tadarus dan solat tarawikh. Ramainya anak muda terlibat dengan tadarus al Quran dan bersolat tarawikh menjadi bukti bahawa masa depan Islam akan gemilang kerana ramai yang akan menjadi pendukung atau pembela Islam. Cerahlah masa depan perkembangan Islam di kampung aku ini.
Satu perkara yang amat menggembirakan aku ialah terzahirnya impian aku beberapa tahun yang lalu. Beberapa tahun yang lalu aku cuba mengajak anak-anak muda untuk menjadi bilal solat tarawikh. Bebagai cara aku rangka dan buat untuk mencari dan memberi peluang kepada anak muda untuk menjadi bilal ketika solat tarawikh. Usaha aku sia-sia sahaja kerana tiada yang menyahut cabaran. Alhamdulillah dengan terdirinya Maahad Tahfiz di kampung aku ini, maka hasrat aku telah terzahir. Buat masa ini bilal untuk solat tarawikh di masjid adalah anak-anak pelajar dari Maahad Tahfiz dan yang menjdi Imam solat tarawikh ialah guru-guru maahad tahfiz. Hanya aku menunggu satu atau dua kali Ramadhan lagi sebelum aku akan melihat pelajar tahfiz yang akan menjadi imam solat tarawikh. Semoga Allah SWT memperkekankan. Sekian TK.
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini http://www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis 🙂