Pak Andak di Relong
Andak adalah gelaran kepada anak yang ke enam dalam susunan adik beradik mengikut resam yang digunakan di Kampung Relong. Bagi keluarga yang anak-anaknaya mencapai bilangan enam atau lebih maka adalah gelaran Pak Andak atau Mak Andak. Kalau bilangan kurang daripada enam maka tiadalah gelaran itu ditemui dalam keluarga itu. Oleh kerana penduduk di Relong ini biasanya mempunyai anak lebih dari enam orang maka gelaran itu akan ditemui dan digunakan dalam panggilan seharian dalam masyarakat atau keluarga,
Susunan gelaran dalam keluarga di sesebuah kampung atau tempat mungkin berbeza. Bagi kami di Kampung Relong dan sekitarnya gelaran dalam adik beradik adalah seperti berikut:
Anak Sulong dipanggil Long atau We’ atau Embong. Anak Kedua dipanggil Ngah atau Encik. Anak ketiga dipanggil De’ atau Uda. Anak keempat dipanggil Teh atau Uteh. Ke Lima dipanggil Tam atau Itam. Ke Enam dipanggil Andak, Ke Tujuh Anjang, Ke Lapan Cu atau Busu. Ke Sembilan Beh. Kalau ada lebih dari sembilan panggilan itu di ulang semula. Perlu diingat gelaran ini betul bagi kampung Relong dan sekitarnya sahaja. Kalau seseorang pergi ke Kampung Gua, susunan itu sudah berbeza apatah lagi kalau kita menjengah ke daerah atau negeri lain.
Fokus perbincangan ini adalah memperkenalkan beberapa orang Pak Andak yang ada di Kampung Relong masakini serta menyorot peranan mereka dalam masyarakat Kampung Relong dan mungkin selepas ini ada juga cubaan untuk merakam peranan Pak Andak yang sudah pergi meninggalkan kita tetapi peranannya agak tersohor.
Pak Andak Dahan, Nama sebenarnya ialah Haji Mohd Dahan bin Haji Husin. Ibunya Tekah binti Imam Musa. Umur masa kini sudah melangkaui 86 tahun. Beliau adalah pesara guru yang masih sihat, sering dapat dilihat di Masjid, ditempat kenduri kendara. Sebagai guru beliau pernah berkhidmat dibeberapa buah sekolah rendah di sekitar daerah lipis. Beliau aktif di kampung sebelum dan selepas bersara. Peranannya agak besar dalam peningkatan kesedaran pertanian di Relong iaitu ketika beliau menganggotai JKKK Rekong semasa Ketua Kampungnya ialah Haji Abdul Samad Ismail. Rakan-rakan seangkatan dengan beliau dah ramai pergi menemui Ilahi malah ramai muridnya mendahului beliau.
Pak Andak Din. Nama sebenarnya ialah Haji Sirajuddin bin Haji Uda. Berasal dari keluarga Bukit Berangan dimana ayahnya adalah Haji Uda bin Itam dan Ibunya Mah binti Mahudin. Beliau adalah lepasan Diploma Kolej Islam Malaya dan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam UKM. Pernah berkhidmat di SMA Padang Tengku, SM Tinggi Agama Sultan Abu Bakar, Pekan, menjadi Pengetua SMA Rompin dan SMA padang Tengku. Setelah bersara bertugas sebagai Penyelia Masjid di PAID Lipis. Beliau terlibat sebagai Bendahari JKK Kg Relong untuk beberapa tahun dan merupakan Pengerusi Masjid Kg Relong. Beliau adalah Pengerusi Pertama Maahad Tahfiz Al Quran Kg Relong.
Pak Andak Ning (Haji Mat Yatim @ Abd Ghani bin Said). Beliau merupakan pelajar awal SM Agama Al Madrasah Al Tarbiyah Al Diniyah, Kampung Relong (Sebuah Sekolah Agama Rakyat) Dari sekolah ini beliau melanjutkan pengajian ke SM Tinggi Agama Sultan Abu Bakar, Pekan. Seterusnya beliau menjadi guru di Rompin, SMK Orang Kaya Haji Kuala Lipis.
Pak Andak Usop (Haji Yusof bin Ibrahim) Selepas tamat SK Relong, melanjutkan pelajaran ke SM Rendah Jenis Kebangsaan Kuala Lipis (SMK Setia Wangsa) dan belajar di tingkatan tiga di SMK Clifford sehingga tamat tingkatan Lima dan mengambil MCE (1971) Melanjutkan pelajaran ke SABS Kuantan di tingkatan Enam (Sains) seterusnya ke UPM, Serdang mengambil Diploma Seins dangan Pendidikan. Mula bertugas pada Jun 1977 di SMK Padang Tengku dan bersara pada 1 Julai 2009. Terlibat sama mendirikan Maahad Tahfiz di Kampung Relong pada mulanya sebagai Setiausaha (Mudir) [2011 – 2015]. Kini menjadi Pengerusi Lembaga Eksekutif Tahfiz, selepas Haji Zahari meninggal dunia.
Pak Andak Hamed (Abdul Haned bin HajiAkob) Selepas tamat SK Relong, melanjutkan pelajaran ke SM Rendah Jenis Kebangsaan Kuala Lipis (SMK Setia Wangsa) dan belajar di tingkatan tiga di SMK Clifford sehingga tamat tingkatan Lima dan mengambil MCE (1971) Melanjutkan pelajaran ke SABS Kuantan di tingkatan Enam (Sastera) seterusnya ke USM, Pulau Pinang mengambil Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial. Bertugas sebagi Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Melanjutkan pelajaran dalam Pengajian Strategik di Universiti Aberdeen, Scotland. Pernah bertugas sebagai ADO Bentong, Pegawai di KDN, Pendaftar Pertubuhan di Sabah, Pengarah Jabatan Merin Sarawak dan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan di Sarawak. Bersara pada 10 Februari 2011. Terlibat sama mendirikan Maahad Tahfiz di Relong semenjak dari mula [2011] hingga kini sebagai Bendahari.
Pak Andak Usop (Yusof bin Mohamad). Selepas menamatkan pelajaran di sekolah menengah, beliau bertugas sebagai pegawai di Jabatan Parit dan Saliran. Beliau mengalami strok dan kini menumpukan usha kepada pertanian dan juga mengimarahkan masjid.
Kepada saudara dan saudari dari Kampung Relong yang ada dalam pengetahuannya Pak Andak yang lain dari yang dinyatakan di atas harap dapat menulis pada ruang komenter, agar saya dapat mamasukkan kedalam tulisan ini. Tulisan ini sebagai rakaman tentang beberapa insan yang mendiami Kampung Relong yang bergelar Pak Andak. Sekian TK
Terima Kasih kepada Ustaz Haji Zulquarnain Ali di atas kiriman tambahan tentang Mak Andak. Berikut adalah tulisan beliau:
Mak Andak Mai (Maizatulakmam Binti Ali). Belajar di SRJK Clifford, Kuala Lipis daripada darjah 1 hingga 3, Menyambung pelajaran di SK. Relong daripada darjah 4 hingga 6. Pelajar Relong Pertama memasuki SM. Sains Tengku Abdullah, Raub. (Kumpulan Pelajar Pertama SEMESTA). Menyambung pelajaran di SM. Clifford (Tingkatan 6 Sains). Seterusnya memasuki UKM dengan memperolehi Ijazah Sarjanamuda (Kep) Teknologi Maklumat. Bertugas di MIMOS sehingga meletak jawatan kerana masalah yang wujud dalam pengurusan MIMOS. Sekarang suri rumah sepenuh masa.
Mak Andak Mai (Maizatulakmam Binti Ali). Belajar di SRJK Clifford, Kuala Lipis daripada darjah 1 hingga 3, Menyambung pelajaran di SK. Relong daripada darjah 4 hingga 6. Pelajar Relong Pertama memasuki SM. Sains Tengku Abdullah, Raub. (Kumpulan Pelajar Pertama SEMESTA). Menyambung pelajaran di SM. Clifford (Tingkatan 6 Sains). Seterusnya memasuki UKM dengan memperolehi Ijazah Sarjanamuda (Kep) Teknologi Maklumat. Bertugas di MIMOS sehingga meletak jawatan kerana masalah yang wujud dalam pengurusan MIMOS. Sekarang suri rumah sepenuh masa.