Lompat ke isi kandungan

Profil Penulis

alberangque

“Hidup Ini Kita Nak Bahagia di Dunia dan di Akhirat, dan Tak Nak Kena Celup Dalam Neraka”

Nama: Yusof bin Ibrahim Al Berangque*

Pekerjaan: Pendidik Dulu, Kini dan Selamanya….

Kediaman: Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur

Tarikh Lahir: Ramadhan, 1372 Hijriah

Hikayat Al-Berangque: Anak kampungnya yang pertama ke menara gading. Dibesarkan di kampung. Persekolahan awal di kampungnya. Hidup bergelumang dengan kesukaran dan kesusahan kerana dia anak penoreh getah dan penanam padi. Membangun diri secara sendirian, berbekal kecekalan untuk menebus maruah diri, keluarga, masyarakat setempat, bangsa dan agama. Masa bersekolah rendah berjalan kaki merentasi belukar untuk ke sekolah sejauh 2 kilometer. Ke sekolah Inggeris di peringkat menengah hingga ke Tingkatan 6. Memasuki universiti yang sudah bertukar nama di peringkat Diploma dan Ijazah. Bertugas sebagai Pendidik dari Guru Penolong, Penolong Kanan, Pengetua dan Guru Cemerlang di daerah Lipis, Bentong dan Raub.  Berpengalaman mengajar di luar bandar, di bandar, di felda dan SBP. Sambil berkidmat di sekolah sempat menabur bakti di PPK, LPM, EPRD, JPN Pahang dan PPD.   1 Julai 2009 merupakan hari akhir berkhidmat sebagai PPP Siswazah DG 52.  Bermula 2 Julai 2009 bersara. Walau bagaimana pun sumbangan kepada pendidikan diteruskan.

*Nama Al-Berangque, diambil sempena tempat lahirnya iaitu di Kampung Berang, Mukim Telang, Kuala Lipis. Gelar Al-Berangque dihasratkan untuk ditambah kepada nama Yusof, semenjak lahir lagi, tetapi dibantah oleh adik beradik.. Jadi nama itu disimpan begitu sahaja. Sehinggalah blog “Wadah Orang Kampung” ini lahir.

Blog Al-Berangque: Laman blog Wadah Orang Kampung ini hanya dipunyai oleh Al-Berangque dan beliau berhak untuk mencoret segala ide-ide tentang keilmuan kepada mereka yang mahu berfikir. Penulisannya merangkumi hal-hal duniawi dan ukhrawi yang membawa kepada insan yang bergelar manusia untuk berfikr. Terbuka pada sesiapa yang mahu komen. Sebagai insan kita tidak terlepas dari ikrar yang kita buat setiap hari dalam doa iftitah kita. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Rabb bagi seluruh sekelian alam. Selamat membaca!!!

47 Komen leave one →
  1. As-Semanggoli permalink
    Mac 15, 2008 11:00 pm

    Salam.. moga apa saja yg dicoretkan ini dapat membaw 1001 kebajikan utk ummah sejagat. Amin. Teruskan..

  2. Mac 18, 2008 11:34 pm

    Tahniah cikgu , semoga lebih banyak blog sebegini untuk menjulang martabat perguruan.. Bersamalah kita memanusiakan manusia..

  3. Mei 10, 2008 8:32 pm

    Assalamu’Alaikum,

    Hai cikgu. Saya teruja baca catatan cikgu. Syok baca pengalaman senior. Saya baru 13 tahun mengajar dan banyak lagi perkara yang saya tak pernah hadapi. Sebagai guru muda saya banyak menumpu perhatian kepada peningkatan teknik menyampaikan ilmu agar menyentuh jiwa dan minda pelajar. Saya mengajar budak kecik je, sekolah rendah tapi cukup memuaskan hati bila dapat memotivasikan pelajar lemah agar lebih memikirkan masa depan. Saya skarang sibuk sambung belajar. Skarang dah masuk tahun kedua Masters Pendidikan sains di USM. Walaupun saya masih belum dilantik ke DG41. Lambat betul proses perlantikan berjalan. Sejak 2006 saya menunggu dan akhirnya julai 2007 saya sambung belajar di USM. Umur makin bertambah dan keupayaan juga makin berkurang. Saya terpaksa belajar tanpa kebenaran JPN hanya berbekalkan kepercayaan dan keizinan Guru Besar, saya teruskan perjuangan. Janji saya hanyalah tidak akan mencampuradukkan urusan pelajaran dengan kerja. Setakat ini saya berjaya, alhamdulillah. Cikgu,
    Saya ingin bertanyakan pendapat cikgu, adakah betul jalan yang saya pilih ini? Saya bukan berhajat untuk kenaikan gaji atau imbuhan tetapi hanya ingin mempertingkat pengetahuan dan kebolehan dalam pengajaran sains kerana saya hanya cikgu BM suatu masa dulu. Kadang-kadang timbul keraguan tapi kekadang semangat ini menyala semula memikirkan anak bangsa di luar bandar yang amat memerlukan guru sains yang mampu membuat kan mereka teruja dengan sains. Saya sayang anak-anak di sekolah ini yang rata-ratanya menggelar saya dengan gelaran teacher.
    Cikgu,
    Saya mohon nasihat apa yang perlu saya lakukan demi masa depan saya dan anak bangsa kita di sekolah ini.
    Wassalam. TQ

    • Dr Haji Rajiee Hadi permalink
      Februari 20, 2017 7:05 pm

      Baca buku saya Travelog Guru.Jika tidak jumpa boleh pinjam di perpustakaan ATMA UKM . PNM dll.Di situ byk kisah spt sdr.

      Dr Haji Rajiee Hadi.

  4. fitri permalink
    Oktober 11, 2008 8:10 pm

    salam…semoga dgn segala coretan dapat membantu diri kita semua dalam mentarbiyyah diri ke arah insan yg nak bahagia di dunia dan di akhirat…teruskan perjuangan…

  5. Oktober 20, 2008 1:14 pm

    Assamualaikum…coretan dalam blog ini amat bagus untuk santapan bagi semua warga pendidik. diharap coretan ini tiada noktahnya. amin. teruskan perjuangan dalam memartabatkan bidang perguruan kita….

  6. abuSyatibie permalink
    November 5, 2008 11:31 am

    salam…pak itam….mai lawat blog saya….http://syathibie.blogspot.com/

  7. November 17, 2008 12:40 pm

    Sdr. ,saya telah membaca catatan tentang Haji Zahari kawan saya sekampong dan sama masa UKM.Beliau rupanya telah pencen sebagai PPD, saya telah membuat saranan sebelum pencen supaya ditubuhkan Yayasan Tok Linggi bagi membolehkan kami membuat Penyelidikan Tentang Lembah Bama Sebagai Pusat Perdagangan Terawal Asia Tenggara Yang Lebih Mendahuli Kerajaan Melaka.Saya telah diperingkat akhir Kajian ini bersekali kajian Tok Linggi adalah juga Sultan Ahmad yang memerintah Kerajaan Riau-johor Linnga ketika dulu.Hj zahari pernah mengajar diPadang Tengku tempat saya bersekolah zaman Pakcu saya Haji Zakaria (Alahyarham) menjadi guru besar.Cadangan hj zahari menulis sejarah hidup keluarganya diBukit Berangan adalah memanafatkannya bila pencen, begitu juga sdr agaknya yang berjuang dalam politik tidak Kesampaian ?

    Sekian wassalam.

    Dr Aminudin (Budak Relong dari Sg.Batu)

  8. SHARIZAM permalink
    Disember 3, 2008 1:59 pm

    apa keutamaan pendidik hakiki.siapa pula guru murshid, siapa guru kamil mukamil.

  9. Dr Aminudin permalink
    Disember 6, 2008 2:49 pm

    Saya telah membaca komen saudara tentang terusiknya saranan supaya haji zahari menulis catatan pengalamannya dan saudara menidakan berkecimpung dalam politik adalah benar segi fizikalnya tetapi segi batiniah saudara berjiwa parti politik tertentu dan inilah membuat ada kalangan perisik kementerian pendidikan telah berpendapat demikian tetapi tiada bukti.Tentang diri saya yang tidak tinggal dikampong relong.saya masih melawat dan menyanginya dan malahan kajian saya akan diterbitkan adalah tentang lembahbama adalah sejarah kampong relong,berang,keledek,telang,Tg jambu dan lain-lain.Juga termasuk catatan tentang Sistem Pondok Bukit Berangan yang ditubuhkan oleh HjUda dan Ustaz Mohamaad yang bersama Hj Abdul Karim pergi menuntut bersama diPasirmas Kelantan yand dihantar oleh Paksaudaranya Hj Ibrahim (tapi sayangnya anak-anaknya pernah tidak mengenali Hj Karim semasa dia berjumpa mereka diKuala Lumpur)

    Sekian.Wasalam

  10. Disember 9, 2008 12:31 pm

    Sdr Yusof dari Berang.saya akan terus menulis kepada penduduk relong dan sekitarnya dalam http://sungaibatuderelong.blogspot.com pohon hebahkan.Artikel terbaharu berkaitan sejarah kampong relong dan behrang dan salam pencen buat ustaz zahari hj uda.

    Wassalam Dr Aminudin

  11. B1800 permalink
    Januari 14, 2009 3:55 pm

    Alhamdullilah….segala pandangan ayahanda Hj.Yusof bertepatan dengan kata nur dihati saya yang insyallah berkekalan keikhlasannya dalam pendidikan. Masih Syahdu dengan memori bersama Prof Atan Long (UPM)….sukar mencari pengganti guru berjiwa pendidik dan lilahitaala masa kini tetapi insyallah setiap zaman akan lahir walaupun seorang kerana Nur yang bersinar walau dari seorang dapat menyinari debu kejahatan dari seribu orang. Mengenali ayahanda dalam tempoh waktu yang singkat amat memberi impak maksimum pada kerinduan jiwa ini. Terima Kasih. Banyak kata-kata di dalam wadah orang kampung ini yang saya print dan edarkan di dalam mesyuarat guru-guru sebagai “manisan jiwa” buat mereka. Terima Kasih…. BERSARA DI DUNIA TIDAK BERERTI BERSARA DI JIWA. Tau jiwa ayahanda sentiasa segar mulia. Moga Allah memberkati ayahanda sekeluarga hingga ke keturunan Nabi Adam setiap masa.

  12. yaribayanderil permalink
    Februari 19, 2009 2:04 pm

    kita perlu bersatu untuk membangunkan kampong jangan harapkan justeru perlu melatih golongn muda supaya menghayati perjuangan kita

  13. mujaddid permalink
    Februari 27, 2009 3:34 pm

    Assalamu’alaikum wbt cikgu,

    apa khabar cikgu..
    saya merupakan bekas pelajar smapt yang pernah mendapat didikan cikgu semasa kelas2 tambahan yang diadakan. saya percaya semangat pendidik yang ada pada cikgu dan guru2 lain yang telah membuka mata kami semua mengenai tanggungjawab sebagai khalifah yang membangun bangsa dan agama. terima kasih cikgu. juga terima kasih cikgu junaidah yang bersungguh-sungguh mengajar kami berbahasa inggeris.

  14. sani bin hashim permalink
    Mac 27, 2009 8:20 am

    Assalamualaikum.
    Pertama kali sya melawati laman web tn hj. Ianya bagus untk pendidik. saya mohon untuk dapatkan tips spm sains utk bahan ceramah/utk guru dan murid spm .
    Sila bantu saya.
    t. kasih

  15. Mohd Najib b. Pendek permalink
    April 7, 2009 4:58 pm

    Assalamulaikum, Kita bersama di SABS (1972-73) dan UPM (1974-76 bertemu diruang vitual. Beza anda pendidik saya pegawai peladang pernah bertugas di Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan, Pekan, dan Rompin.Kini di Kuala Terengganu Kita berjumpa semula bila-bila…. tk salam Najib Pendek

  16. April 19, 2009 2:02 pm

    salam ziarah.dari Kianabatangan, sabah

  17. Mei 3, 2009 9:09 pm

    Salam. Saya mohon bantuan ckgu dlm mendptkn bahan utk ldp JSU. Tkasih.

    • Mei 4, 2009 1:42 pm

      Macam mana nak tolong, alamat tak ada, no tel tak ada, alamat email tak ada. Bahan saya ada tapi nak hantar kat mana?

  18. B1800 permalink
    Julai 1, 2009 2:32 pm

    SELAMAT BERSARA AYAHANDA…Semoga segala usaha ayahanda selama ini akan dibalas allah dengan syurga firdausi. Teruskan perjuangan keikhlasan dan wadah islami hingga ke hayat terakhir. Kerinduan hati kepadaNya dan sesama hati kita semua akan diubati dengan Nur dariNya. Walau jauh tapi dekat di hati. Ya…Allah ampunilah dosa kami dan dosa semua muslim muslimat dan kurniakanlah rahmatMu dan keberkatanMu kepada ayahanda Tn Hj Yusof yang hatinya hanya DIRIMU sahaja yang Maha Mengetahui. Andai ada kesilapannya selama ini ….hanya KAULAH sahaja Ya Allah…yang Maha Mengampuni. Bahagiakanlah hidupnya di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabalalamin. Terimakasih ayahanda di atas segala budi baikmu selama ini di atas ilmu dan pengalaman, pandangan dan nasihat yang banyak membina Nur hati ini. Wassalam.

  19. zahalina Mat Yusof@Ismail permalink
    Julai 3, 2009 12:11 pm

    Setiap titipan nasihat yang di paparkan di AlBerangque adalah pembakar semangat untuk menjadi pendidik sehebat pak Itam

  20. Julai 25, 2009 1:39 am

    Assalamualaikum Cikgu!
    Tahniah & terimakasih dengan pelbagai perkongsian ilmu/pengalaman/idea/gagasan dalam blog cikgu ini.SANGAT2 bermanfaat & berkesan.

    InsyaALLAH saya akan terus mengikutinya mulai sekarang,dari semasa kesemasa.

    Harap cikgu dpt membimbing saya membantu org2 kampung saya, KG GUA dalam bidang pendidikan/sosial/pembangunan diri dll.rasanya amat bersalah kerana sebagai anak KG GUA yg antara terawal (ke 7)melangkah ke menara gading tetapi masih tidak berupaya merancang/melaksanakan sbrg tindakan/program/gerakan untuk membantu anak2 KG GUA berjaya dalam bidang pendidikan & kerjaya.Pengetahuan/kemahiran serta kesedaran sudah ada tetapi masih tercari2 bagaimana?????nk buat sorang2 tak mampu,tetapi masih tk ada team!serta MENTOR.begitu juga sumbangan bakti utk SMKPT yg tercinta! tempat membentuk diri selama 5 tahun (1982-1986).rasa diri ini mcm sibuk sentiasa saja untuk turun padang ke SMKPT.mungkin juga sbb tak ada TEAM.insyaallah dgn mengikuti blog cikgu ini saya kembali bersemangat semula untuk membantu adik2 diSMKPT tercinta ini.harap dapat berkongsi cerita/rasa bagaimana saya berjaya mengharungi kehidupan pembelajaran d SMKPT menjadikannya tapak hingga saya berjaya seperti sekarang!

    Harap cikgu sudi menjadi MENTOR saya!

    ZULKIFLE MALEK(ZulGua)
    Kaunselor SMK Tinggi Kajang
    merangkap PhD Student(Counselling Psychology)UKM,Bangi

    http://www.dRZulkifleMalek(ZulGua).blogspot.com.
    Terima Kasih kerana menziarah blog saya. Kalau rajin boleh buat kajian bagaimana kami di Relong buat program kecemerlangan untuk murid-murid di sini.

    • Julai 26, 2009 2:21 pm

      Terimakasih cikgu.
      InsyaALLAH cuti semester sekolah akan datang (OGOs),saya akan jumpa cikgu.

  21. Julai 28, 2009 10:59 pm

    boleh tak datang jika dijemput untuk berkongsi ilmu/pengalaman ke Daerah Hulu Langat bersama guru2 sains @ kaunselor?

    Bagi saya kalau dijemput untuk kongsi pengalaman dengan guru-guru di sekolah Insya Allah saya bersedia. Pucuk dicita ulam mendatang. Kalau boleh segala pengetahuan dan pengalaman ini patut dikongsi, kalau tidak nanti dia hilang. Oleh itu ribuan terima kasih…

  22. Mohd Najib b. Pendek permalink
    Ogos 11, 2009 5:58 pm

    Alhamdulillah, saya bertukar ke Pahang pada 20 Ogos ini dan berkhidmat di Pertubuhan Peladang Negeri Pahang sebagai Timbalan Pengurus Besar setelah 2 tahun di Kuala Lumpur, 5 tahun di Rompin dan 4 tahun di Kuala Terengganu. buat persediaan pencen 3.5 tahun lagi Tq.

    Tahniah, dan selamat menjadi Timbalan Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Pahang…. Kalau datang ke Lipis jangan lupa hubungi saya.

  23. saedan abd karim permalink
    Ogos 25, 2009 8:31 am

    assalamualaikum sahabat lama

    saya tumpang kagum dengan sumbangan saudara. sesungguhnya saudara adalah seorang verstile dan ikon yang perlu dicontohi oleh warga lipis.

    syabas dan teruskan berbakti. terima kasih.

    teman lama di hostel clifford,
    Dorey (masih berkhidmat di kppm)

    Terima Kasih kerana menziarah blog saya. Siapa tak ingat kat engkau? Dua minggu lepas aku ada beri ceramah motivasi kepada murid UPSR Zon Benta. Selepas ceramah aku jumpa YB Sofi Razak (adik Salbiah). Masa sembang-sembang sebutlah nama engaku. Saya harap deme’ orang sebelah jalan Benta-Jerantut baliklah bagi sumbangan kat kampung masing-masing. Kesian orang kampung!!

  24. Oktober 28, 2009 1:06 am

    assalamualaikum…tersusun dan menarik sangat tahap kehidupan cikgu.tahniah

  25. Oktober 30, 2009 4:23 pm

    Salam cikgu,

    senang-senang ziarahlah blog sy yg berkait dgn silsilah Tok Linggi Relong.

    Rasanya tak perlu nak lawat blog saudari kalau nak tengok silsilah Tok Linggi. Saya ada salinan sendiri di rumah. Kemudian salinan yang sedang di rumikan sedang dibuat di Relong. Saya tinggal di Relong, buat apa lihat melalui laman maya. Ada tulisan dalam blog saudari yang salah fakta.

  26. wan zura permalink
    November 21, 2009 4:49 pm

    Salam, cikgu..
    Saya banyak mendapat ilmu daripada cikgu sepanjang saya mengajar di Bera, Pahang. Sekarang sudah bertukar ke Kelantan dan ilmu Sains itu saya bawa sampai ke hari ini..

    Terima kasih..
    Harap dapat berkongsi bahan-bahan untuk disampaikan kepada pelajar..
    Terima kasih..

  27. azlan abdul rashed permalink
    Januari 28, 2010 3:19 pm

    assalamualaikum..cikgu
    Terima kasih segala tunjuk ajar yg diberikan kpd saya.Saya masih ingat kenangan tinggal diasrama dari 1987-1991, dimana setiap pagi sebelum subuh kedengaran suara org mengaji dari surau dan kemudian bunyi org mengetuk pintu setiap bilik ..bangun subuh..subuh (org itu adalah cikgu). Alhamdulillah..saya berjaya dlm kerjaya hasil dari didikan cikgu dan juga cikgu junaidah

    Terima kasih kerana ziarah. Saya masih ingat awak tu… Kalau senang datang lah ziarah ke rumah…. Saya tinggal di sempadan relong berchang…Harap dapat bekalkan alamat awak dengan no telefon…. Saya sudah bersara..

    • azlan abdul rashed permalink
      Januari 29, 2010 12:03 pm

      Terima kasih cikgu..Insya’allah kalau balik kampung bolehlah saya singgah. Alamat rumah: No.8 Jln Sg Chandong 4, Bandar Armada Putra, Pulau Indah, 42009 Pel Klang Selangor (Tel No. 012 2773811).
      Kalau datang p.klang, datanglah kerumah.

    • fuad permalink
      Mac 24, 2010 2:54 pm

      oo..ustaz karim yg selalu kejutkan semayang subuh ke…apa khabar dia sekarang..sek men agama padang tengku 1987 – 1991…kalau laa masa dapat diulang tentu saya tak sia sia belajar disitu dulu..
      orang keledek..

      Bukan ustaz karim…. Saya bukan ustaz tetapi saya cikgu sains yang menjadi warden asrama SMK Padang Tengku dari 1987 hingga 1991.

  28. denindodutacipta permalink
    Mac 13, 2010 1:13 am

    Salam KENAL dan Saling MENGUNJUNGI serta SALING BERBAGI…
    Wah…WEBSITENYA INFORMATIF.Oya, bisa tukeran BANNER/ LINK ga yah…???

    http://DUTACIPTA.WORDPRESS.COM
    🙄

  29. September 11, 2010 3:53 pm

    salam. boleh saya dapatkan modul sains pmr dan spm?

    Pertamanya saya sudah bersara. Keduanya ketika saya mengajar saya tidak guna pakai modul. Ketiganya, mengikut pengetahuan saya soalan peperiksaan tidak dibuat berdasarkan mana-mana modul. Soalan peperiksaan PMR atau SPM dibuat berdasarkan tiga dokumen. Oleh itu gunakan tiga dokumen itu untuk panduan mengajar iaitu Buku Format peperiksaan (PMR atau SPM) yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, Huraian Sukatan Pelajaran yang dikeluarkan Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) dan Buku Teks yang dikeluarkan oleh Bahagian Buku Teks.

    Kalau di Perlis cikgu boleh rujuk rakan saya untuk cara mengajar yang baik iaitu Encik Mukhtar Arshad, SMK Syed Alwi, Kayang, Kangar dan Puan Norhayati Ahmad Jaberi, SMK Tengku Sulaiman, Tunjung, Kangar. Sekian TK.

  30. November 22, 2010 12:58 pm

    saya nak tau tntang salasilah n sejarah tntang keluarga tok linngi dan nak tau tntang bkas pljar smkpt spm thn 03

  31. hashim mohd sedik permalink
    November 1, 2011 1:51 pm

    Assalamualaikum,saya kenal dgn cikgu Hj.Zahari dari Relong tu,kalau tak silap beliau adik Ust.Idris Uda sama mengajar di tahun2 1975-1982 sebelum belah.

    Haji Zahari Haji Uda adalah adik bongsu Tuan Haji Idris Haji Uda. Haji Zahari dan Saya memulakan perkhidmatan pada tarikh yang sama (2 Jun 1977) di sekolah yang sama, SMK Padang Tengku. Haji Zahari menjadi guru biasa dan akhirnya GP Kanan di SMK Padang Tengku dari 1977 hingga 1991.

  32. hashim mohd sedik permalink
    November 2, 2011 12:51 am

    Hj Zahari dulu aktif dlm politik,adakah bintang dia menyerlah dlm bidang ini?

    Bintang beliau dalam bidang politik malap kerana dia orang kampung. Ketua Pemuda UMNO yang seangkatan dengan dia jadi VVIP. Najib-Pekan, jadi PM. Adnan-Bentong jadi MB Pahang. Haji Zahari bintangnya menyerlah dalam bidang pendidikan, sempatlah jadi PPD Lipis sebelum bersara.

  33. hashim mohd sedik permalink
    November 2, 2011 10:29 pm

    Saya juga mengenali abang Hj.Zahari,nama ustaz Ibrahim apa khabar beliau masih sihat.Mudah2an begitulah ya.

    Ust Ibrahim juga sudah bersara, kini menjadi orang kuat Masjid Kampung Relong..

  34. adely.sura permalink
    November 6, 2011 9:41 pm

    salam tn..mungkin saya kurang mengenali tuan…saya anak watan kg jerangsang..pernah berkhidmat di sekolah koyan (90-95), taman keramat kl (96-97), bhg buku teks (1997-2003), eprd (2003-2009) , ipg kpteknik (2009-2011) and sekrg di bhg pengurusan sekolah harian (2011..)..saya ingat saya merupakan anak watan kg jerangsang yg pertama berkhidmat di eprd..rupa2nya tn pernah bkhidmat d sana..sejak bila dan tn lahir di kg mana di jerangsang ni dan anak kpd siapa tn ini…

    Salam, tuan adely.sura!! Saya bukan orang Kg Jerangsang. Saya orang Kg Relong, Kuala Lipis. Saya pernah jadi Pemangku Pengetua SMK Sungai Koyan tahun 1995, dan menjadi Penolong Kanan SMK Sg Koyan 1994. Saya ke SK Jerangsang kerana dijemput oleh Tuan GB SK Jerangsang untuk memberi motivasi kepada murid-murid tahun empat dan lima. Oleh kerana tuan anak Kg Jerangsang yang dah berkhidmat di tempat penting dalam KPM, jadi saya cadangkan selalulah balik ke kampung begi semangat kepada anak-anak kampung yang masih kecil. Kalau tidak tuan siapa lagi?

  35. Januari 1, 2012 6:02 pm

    Salam Tuan Hj Yusof… Tahniah di atas usaha murni ini… Saya juga berasa terpanggil untuk menolong orang2 di kampung saya di Chenor dan Pekan.. Cuma jarak yang menghadkan sumbangan saya.. Apa pun saya doakan kesejahteraan tuan….!

    Terima kasih ghodong ada doanya… Jemput datang ke majlis bicara buku setiap selasa malam rabu (setiap minggu) dan Insya Allah ada majlis bicara buku khusus pada 28 Januari 2012 (Sabtu malam Ahad) selepas solat Maghrib…

  36. Mac 1, 2012 2:36 pm

    tahniah cikgu, saya salah seorang matan anak murid Cikgu masa di SMKPT, masa arwah Chu Zakaria Derani jadi GB. Cikgu memang bersemangat mengajar anak orang kg, semua waris, kaum kerabat cikgu, hanya ALLAH yang berhak membalas jasa baik cikgu….saya pung orang Berchang Tua, member ketat cikgu SUHA, cuma masa dan keadaan yang tidak mengizinkan untuk balik dan bermaustautin di Berchang. Ada umur kita jumpa lagi…Tq kawe tinggal di Kuantan.

    Alhamdulillah. Ingat kat kampung dah cukup baik. Nak lebih baik tolong orang kampung buat sesuatu yang beri manfaat kepada semua orang..

  37. Mohd fairuz bin Abdul Karim permalink
    April 1, 2014 11:47 pm

    Mohd Fairuz Abdul Karim (SMKPT-83-87)
    Tahniah dan Syabas Cikgu kerana banyak menjadi murabi kepada kami pelajar di masa itu. Cikgu bukan sahaja mendidik kami dengan ilmu dunia dan akhirat.. Banyak kisah yang menarik hingga diingati hingga sekarang.. Sesungguhnya jasa dan bakti guru AMATLAH banyak dan semoga ilmu-ilmu yang diberi ganjaran pahala oleh Allah swt. sebagaimana hadis nabi saw.. “3 perkara yang akan membantu kita di alam kubur iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanafaatkan dan doa anak yang soleh”.

    Pertama, nak ucap terima kasih di atas ziarah anda ke blog saya ini!! Kedua, buat masa ini awak tinggal dimana dan buat kerja apa? Ketiga kalau boleh kisah-kisah menarik yang awak ada itu kongsi dengan saya atau tulis di ruang komenter dalam blog ini. Keempat harap ingat bahawa SMKPT akan menyambut Jublee Emas tahun 2015 nanti. akhirnya semoga kita dapat terus bersilaturrahim.

  38. Mohd fairuz bin Abdul Karim permalink
    April 3, 2014 9:25 pm

    Alhamdulilah saya bersyukur kerana cikgu sudi membalasnya. Sekarang saya tinggal di Kuantan dah lama merantau hampir suku abad disini, bekerja di Syarikat swasta iaitu Far East Holdings Berhad di Kompleks Teruntum, Kuantan, bekerja di Bahagian Pentadbiran. InsyAllah nanti saya akan cuba mencari kisah-kisah menarik sepanjang 5 tahun di SMKPT dan terima kasih juga memaklumkan mengenai sambutan Jublee Emas SMKPT pada tahun 2015..

    Tuan Fairuz, kalau sesekali balikke Keledik tu singgahlah di rumah saya di sempadan Relong dan Berchang. Rumah saya bersebelahan rumah Ustaz Abd Karim Noor (orang Keledik). Insya Allah saya ada dirumah.

  39. Fauzi mohamad permalink
    September 30, 2015 10:21 am

    Salam Hormat dari Jakarta.Saya fauzi anak sulong Almarhum Ustaz Mat Aji dan Almarhum Che gu Hawa.saya dah tinggal di Jakarta 17thn.Terima kasih setinggi atas ingatan pada ayahanda dan bonda saya.mohon kirim email ke saya.ada yg hendak saya kirimkan.Terima kasih.

  40. abdulrahman bin bakar permalink
    Ogos 6, 2020 9:46 pm

    salam cikgu apa khabar semoga sihat

    • September 20, 2020 10:49 pm

      Alhamdulillah saya sihat, Buat masa ini tidak banyak kerja perlu dibuat. Hanya jag diri dan kesihatan.

Tinggalkan Jawapan kepada Zulkifle Malek(ZulGua) (012 9080394) Batal balasan