Skip to content

Maklumat

Mac 15, 2010

Maklumat menurut Kamus Dewan bermaksud, “makluman, pemberitahuan, pengumuman, butir-butir, keterangan atau pengetahuan. “  Maklumat ini dapat disampaikan dari seseorang kepada orang lain, yang boleh jadi bahan maklumat itu berguna atau tidak berguna, memberi kesan atau berlalu seperti embun pagi sahaja kepada yang menerima maklumat itu. Maklumat yang akan dibincang nanti berupa perkara yang boleh mendatangkan kesan, akibat bahan itu diketahui ramai.

Kini adalah era Teknologi Maklumat. Dalam era ini kepantasan penyampaian sesuatu maklumat tertentu  boleh mempengaruhi khalayak umum. Kalau dulu maklumat dari satu kerajaan dihantar kepada kerajaan yang lain atau kepada hamba rakyat adalah melalui utusan. Kaedah menggunakan utusan ini memakan masa yang agak lama dan kesannya adalah terhad serta ruang atau kawasan sebaran adalah kecil. Era penyampaian maklumat berikutnya adalah dengan penyebaran surat khabar. Penyebaran surat khabar bergantung kepada kepantasan pengangkutan semasa yang diguna untuk menghantar surat khabar itu.

Apabila telefon, radio dan TV dicipta maka maklumat dapat disampaikan melalui panggilan telefon dan siaran radio atau TV. Masalah masa sudah dapat diatasi begitu juga masalah kawasan sebaran dapat ditambah. Masa kini penyebaran maklumat boleh dibuat dengan cepat melalui berbagai kaedah elektronik menggunakan telefon dengan SMS dan MMSnya serta melalui internet dan sebagainya. Perkiraan masa penghantaran maklumat sudah tidak menjadi halagan komunikasi, begitu juga ruang kawasan sebaran sudah meluas hatta keseluruh muka bumi. Perkembangan menggunakan kaedah ini sangat cepat dan tepat.

Cepat dan tepat, mempunyai kaitan dengan tukang sampai maklumat. Kalau tukang sampai maklumat cepat memasukan maklumat itu dalam internet maka penyebarannya akan menjadi cepat. Tepat pula sangat bergantung kepada kebolehpercayaan penulis atau penyampai. Kalau penulis atau penyampai itu orang yang bersikap benar maka maklumat yang sampai akan menjadi benar. Kalau tukang sampai maklumat itu mempunyai agenda tertentu maka maklumat itu akan menyimpang dari kebenaran. Ini bergantung kepada iman dan takwa seseorang penyampai maklumat itu.

Maklumat yang benar boleh menambah pengetahuan dan memberi kesan kepada yang positif kepada perkembangan ilmu. Maklumat yang salah akan menjadi fitnah sepanjang maklumat itu beredar dalam alam maya. Penyampai maklumat yang benar akan mendapat pahala, manakala penyampai maklumat yang palsu akan menanggung dosa selagimana maklumat itu digunakan oleh orang lain untuk mengembangkan maklumat yang mengandungi fitnah itu.

Peluang mendapatkan maklumat yang benar lagi sahih bagi sesuatu kelompok manusia adalah penting bagi menjadikan kelompok manusia itu mereka yang boleh bersaing. Pemimpin negara kita (Malaysia) selalu menekankan tentang persaingan yang akan dihadapi oleh orang Melayu. Malangnya pemimpin negara ini tidak memberikan pelung kepada orang Melayu mendapat maklumat yang luas dan tepat. Lihat sahaja bilangan surat khabar harian yang dibenarkan terbit mengikut bahasa. Surat khabar harian berbahasa Melayu TIGA sahaja setiap hari. Surat khabar berbahasa Cina ada TIGA BELAS, manakala surat khabar berbahasa Tamil ada LIMA. Oleh itu orang Melayu sentiasa ketinggalan dari segi menerima maklumat. Malah orang India yang jumlah penduduknya tak sampai empat juta orang mempunyai LIMA akhbar harian berbanding orang Melayu yang mempunyai penduduk lebih 14 juta orang hanya ada TIGA akhbar harian sahaja. Dari segi maklumat, malang sungguh orang Melayu.

Surat khabar berbahasa Melayu pula di KASI beritanya. Kebanyakan maklumat yang disampaikan tidak tepat. Tidak tepat mengikut cerita atau berita sebenar. Banyak manipulasi dalam penyampaian berita. Kesan maklumat yang tidak tepat ini akan menyebabkan orang Melayu kurang berdaya saing dengan etenik yang lain dinegara ini. Akibatnya, ialah orang Melayu akan mengalami pemikiran yang jumud dan seterio type dengan satu kelompok elit yang berkepentingan. Sukarlah berlaku perubahan sikap dan perkembangan minda yang positif yang boleh menjana kehebatan persaingan. Setelah lima puluh dua tahun merdeka minda sebahagian besar orang Melayu masih menjadi minda katak di bawah tempurung iaitu minda yang terkurung dan terpasung. 

Kalau orang Melayu hendak bebas dari minda terkurung dan terpasung jalan keluarnya masih ada. Kembalilah bersungguh-sungguh menelaah, mendalami dan mengkaji sumber asli yang meningkatkan dan memodernkan bangsa manusia yang masih ada ditangan orang Melayu. Baca, kaji, pegang dan amalkan apa-apa yang diajar dan disaran dalam Al Quraan dan Hadis. Nilailah segala sesuatu yang berlaku dipersekitaran kita masakini dibawah naungan Al Quraan dan Al Hadis. Nilailah segala maklumat yang diterima masakini dibawah naungan Al Quraan dan Al Hadis, insya Allah akan bahagialah manusia itu, bangsa itu, negara itu di dunia dan akhirat. Sekian TK.

One Comment leave one →
  1. Mac 18, 2010 9:36 pm

    Pemimpin Malaysia pikir orang Melayu tak suka membaca, itu pasal la dorang hadkan 3 aje paper harian di Malaysia… nasib baik ada paper maya yang tak perlu permit, kalau tak naya juga..

    Bukan orang Melayu tak suka membaca, tetapi sesetengah pemimpin orang Melayu tu yang malas membaca. Nanti kalau banyak sangat akhbar harian dalam edaran tak sempat pula mereka nak jawab. Kalau yang ada setiausaha akhbar tu mereka bolehlah dapat maklumat, tetapi yang tiada setiausaha akhbar terpaksalah baca sendiri berbagai-bagai surat khabar. Jadi nanti tak ada masa nak main golf pulak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: