Skip to content

Jalan Jalan

April 23, 2010

Ini bukan jalan-jalan cari makan tetapi jalan-jalan kongsi ilmu dan pengalaman. Walau pun sudah bersara tetapi rupa-rupanya masih ada lagi sekolah yang sudi untuk memanggil aku untuk berkongsi sesuatu dengan mereka. Rasanya banyak lagi pengalaman yang dapat aku kongsikan dengan rakan-rakan guru di Malaysia ini.

Aku dijemput oleh Kaunselor SMK Kuala Lanar untuk menyampaikan ceramah kepada sekumpulan murid-murid sekolah berkenaan yang menjadi pemimpin di sekolah tersebut. Aku diberi masa yang cukup untuk membuat persediaan. Perkara yang diminta aku sampaikan ialah tentang PEMIMPIN YANG BERKESAN. Aku buat power point untuk ceramah selama dua jam. Ceramah disampaikan diwaktu malam. Aku lihat respons dari murid-murid agak baik.

Selepas itu aku dijemput pula oleh SMK Sungai Koyan. Aku dihubungi oleh rakan lama aku di sekolah berkenaan. Mereka meminta aku bercakap kepada murid tingkatan lima berkait dengan motivasi dan juga teknik menjawab soalan sains SPM. Tajuk ini merupakan tajuk yang mudah bagi aku. Empat jam aku berceramah. Hanya yang agak tak sedapnya ialah apabila aku hendak masuk ke sekolah berkenaan, aku ditahan oleh pegawai keselamatan sekolah berkenaan dengan bertanya itu dan ini. Akhirnya aku beri tahu pegawai itu bahawa aku dijemput oleh pihak sekolah. Dia tak percaya. Aku beritahu pegawai terbabit, bahawa aku akan balik dan jika pihak sekolah mengatakan aku tak datang, aku akan katakan pegawai keselamatan sekat aku. Nasib baik ada guru yang nampak peristiwa itu, lalu dia memberitahu pegawai terbabit, bahawa aku memang dijemput berceramah di sekolah ituMoral dari cerita ini ialah: diharapkan sekolah yang menjemput penceramah luar harap memaklumkan perkara itu kepada pegawai keselamatan yang menjaga pintu pagar sekolah.

Hari Isnin 19 April 2010 yang lalu, aku dijemput pula oleh SMK Tasik Permai, Ampang, Selangor untuk berkongsi pengalaman dengan para guru sains dari sekolah berkenaan. Sekolah ini jauh dari rumah aku. Untuk sampai aku terpaksa memandu selama dua jam setengah. Sekolah ini aku belum pernah sampai. Nasib baik Kaunselor sekolah berkenaan meng’email’kan kepada aku peta perjalanan dari Hotel de Palma, Ampang. Alhamdulillah aku sampai juga. Terima kasih kepada hospitaliti yang diberikan kepada aku. Walau pun jauh aku datang tetapi aku rasa berbaloi.

Aku menyampaikan ceramah kepada para guru. Dalam masa dua jam aku diminta memberi dua ceramah. Pertama ceramah berbentuk motivasi berdasarkan pengalaman aku dan kedua aku membincangkan tentang PENTAKSIRAN mata pelajaran sains PMR dan SPM. Terima kasih kepada SMK Tasik Permai kerana sudi menjemput aku.

Biasalah bermula bulan Mei hingga Oktober nanti akan sibuklah aku melayan permintaan rakan-rakan guru yang meminta dikongsikan pengalaman. Oleh itu aku terpaksalah jalan-jalan jumpa kawan.  Sekian TK

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: