Skip to content

Kuala Lipis

Mac 25, 2011

Hampir sebulan tiada kiriman, sibuk sikit dan kekurangan idea. Sesekali teringat beberapa peristiwa silam. Semasa aku masih seorang guru sekolah di Kuala Lipis khususnya di Padang Tengku. Terdapat beberapa orang guru dari Kuala Lumpur atau Selangor yang ditempatkan di SMK Padang Tengku tidak datang melapur diri. Namanya sampai dalam senarai penempatan tetapi orangnya tiada.

Persoalannya mengapa mereka tidak datang? Kuala Lipis bandar hulu, bandar jalan mati, the end of the road. Memang betul 30 puluh tahun dahulu!! Kuala Lipis bandar kelahiran Mohd Najib Tun Abdul Razak (57 tahun yang lalu) adalah bandar jalan mati. Satu-satunya jalan yang menghubungkan Lipis dengan Jerantut atau Raub ialah “Pahang Trunk Road” (Jalan Belalai Pahang). Maka tak pelik orang tak nak datang ke Lipis ketika itu. Selain jalan raya Lipis juga dihubungkan keluar melalui keretapi. Keretapi dari Gemas ke Tumpat melalui stesyen Keretapi Kuala Lipis. Apa-apa hal pun itu sudah menjadi sejarah. DS Najib Razak, walau pun lahir di Lipis tetapi tak beri pun perhatian untuk memajukan Lipis.

Bermula tahun 80’an satu jalan keselamatan yang menghubungkan Kuala Lipis dengan Gua Musang mula dibina. Sekitar tahun 1987 jalan itu sudah boleh dilalui. Aku masih ingat dimusim hari raya banyak kereta yang hendak ke Kelantan singgah di Balai Polis Kuala Lipis mengambil permit untuk menggunakan jalan Kuala Lipis – Gua Musang. Jalan keselamatan itu sudah di up grade dari masa ke semasa. Kini laluan Kuala Lumpur ke Kota Bahru melalui Kuala Lipis sentiasa sibuk. Kalau masa cuti sekolah atau cuti hari raya atau nak pilihan raya jalan menjadi sangat sibuk. Pernah berlaku “jem” di kampung aku sewaktu hampir raya puasa. Kuala Lipis bukan lagi bandar mati, no more dead town!! Setiap hari lebih 60 buah bas akan melalui laluan ini sehala dari KL ke KB. Kalau dua hala kiralah sendiri.

Kalau dulu nak ke Jerantut melalui jalan raya terpaksa melalui pekan Benta tetapi dalam tahun 90’an satu jalan pintas telah siap dari Jerantut melalui Kuala Tembeling, Mela dan Kerambit terus ke Kuala Lipis. Oleh itu perjalanan ke Temerloh atau Kuantan sudah dapat di percepatkan.

Beberapa bulan yang lalu satu lagi jalan dari Kuala Lipis terus ke Cameron Highlands telah boleh digunakan. Dari Bandar Lipis ke Tanah Rata (CH) hanya memakan masa satu jam empat puluh  minit sahaja.  Laluan yang diikuti ialah Bandar Lipis, Kampung Berchang, Felda Sungai Koyan, Betau, Ringlet dan Tanah Rata. Hujung minggu yang lalu jalan Kuala Lipis ke Padang Tengku kelihatan sibuk daripada biasa. Banyak kereta dari Kuantan, Temerloh serta Jerantut menuju ke Tanah Rata menggunakan laluan yang baru ini.

Baru-baru ini aku menggunakan jalan ini ke Kedah (Kuala Pegang, Baling). Dari rumah aku sehingga ke Ringlet (1 jam 20 minit) seterusnya ke Tapah (1 jam) dan mengambil lebuh raya PLUS sehingga Kuala Kangsar dan mengambil jalan ke Grik terus ke Baling. masa yang aku ambil ialah kurang dari enam jam.

Oleh itu suka aku mengatakan bahawa Kuala Lipis bukan lagi kawasan terpencil. Kedudukannya ditengah-tengah Semenanjung Malaysia menjadi tempat strategik kepada laluan dari utara ke selatan dan dari timur ke barat. Sekian TK.

9 Komen leave one →
  1. eycha mohd tan permalink
    Mac 30, 2011 12:37 pm

    yea betul…saya lahir di Kuala Lipis dan kini kedua org tua saya menetap di Homestay Kampung Kuala Medang. Byk perbezaan pembangunan di Kuala Lipis ketika saya kecik2 dulu dgn sekarang iaitu selepas 30 tahun.

  2. Lihanna permalink
    Mei 1, 2011 10:05 am

    ni kena share dengan the kids, imagine kena berhenti minta permit tiap-tiap kali nak lalu! ingatkan ada police road block dulu pun dah pelik dah.

  3. Ogos 6, 2011 1:12 pm

    Koi pernah duduk di leph ini selama 7th 8bln mengajar di SM Clifford (1975-1982) sebelum belah.

    Pertama, Cikgu Hashim masa ni mengajar di mana? Ke dah bersara atau dah jadi orang besar dalam pendidikan? Mungkin orang seangkatan mengajar di SMK Clifford dengan cikgu kini dah bersara, antaranya Haji Idris Haji Uda, Haji Sobirin, Haji Abdul Talib, Haji KD (Kamaluddin Daud) dan lain-lain. Saya memang kenal cikgu, saya mengajar di Padang Tengku bermula 1977. Salam, dan Marhaban yaa Ramadhan…..

  4. hashim mohd sedik permalink
    Oktober 23, 2011 2:25 pm

    Macm tahu je saya cikgu adakah awak bekas anak murid saya,siapa nama awak sebenar.Saya mengajar di SM Clifford sejal 1975-1982 sebelum menjawat GB si SM SM Dato’ Bahaman,Lancang Temerloh.Saya dah lama bersara sejak Sept 2001.

    Cikgu Hashim, saya mula mengajar di Padang Tengku tahun 1977. Jadi kita sama-sama cikgulah. Tapi saya bukanlah cikgu gelemour. Saya orang kecil sahaja. Saya pernah juga jadi pengetua di SMK Setia Wangsa (1995-2001) sebelum saya menjadi guru cemerlang. Saya bersara tahun 2009.

  5. hashim mohd sedik permalink
    November 1, 2011 1:43 pm

    Sdr masih belum kenalkan diri,sebagai maklumat isteri saya pernah mengajar di SMK Setia Wangsa 1978-1982 di bawah mendiang Santa Singh dan En.Mat Suut.Adakah sdr.cikgu Shahidan yang pernah mengajar di SM Clifford?

    Saya ialah Haji Yusof bin Ibrahim. Oleh kerana saya orang yang tidak glamour maka tak ramai yang kenal. Saya menjadi Pengetua SMK Setia Wangsa dari 16 Nov 1995 hingga 15 Mac 2001. Dari 16 Mac hingga 15 Mei 2001 menjadi Pengetua SMK Orang Kaya Haji dan bermula dari 16 Mei 2001 hingga bersara (Julai 2009) saya menjadi Guru Cemerlang Sains di SMK Padang Tengku dan SM Sains Tengku Abdullah, Raub.

  6. hashim mohd sedik permalink
    November 2, 2011 12:38 am

    Baru saya ingat,kalau tak silap cikgu yang kahwin dgn warden SMK Orang Kaya Haji (dulu terkenal sebagai SEMERAK) tu tak berapa ingat namanya.Saya duduk di kuarters Jalan Tok Kaya Sentul (dulu Jalan Worthington) berdepan dgn SMK tu. Cikgu org Berembang kan?.

    Bukan Berembang tetapi Kampung Berang.

  7. hashim mohd sedik permalink
    November 2, 2011 2:51 pm

    Oh ya Berang atau Behrang?

    Berang!!! Behrang tu di Perak. Kalau (e) tu e tanda, jadi Kuala Berang itu di Terengganu pulak.

  8. Jun 21, 2014 1:14 am

    tumpang tanya… saya sekarang tengah cari rumah sewa berdekatan sma al-ittihadiah. tuan tanah ada tak mana2 contact yang boleh untuk saya hubungi untuk cari rumah sewa dekat sekolah ni. kalau boleh nak yang betul2 dekat sebab saya tak ada kenderaan, pakai kaki je nak pergi sekolah nih. terima kasih…

    SMA Ihtihaddiah tu jauh didalam kampung Rilai, Rumah yang paling mudah ialah rumah keluarga Ustaz Ahmad (Tok Guru yang membuka Maahad Tahfiz Rilai itu. Kalau bujang agak mudah untuk mencari rumah, tapi kalau dah berkeluarga mungkin bermasalah sedikit

  9. prog permalink
    Jun 22, 2015 10:50 am

    Admin tumpang sekejap yer…
    Mana -mana individu yang berminat melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti Temerloh, Pahang dalam program ‘Furniture Design’ boleh hubungi sms/wassup di 0148004302 -mohd, Yuran semester yang murah dan dapat elaun(bukan pinjaman) lagi
    elaun : rm1200/sem
    yuran : rm200/sem
    https://www.facebook.com/PerabotKKtemerloh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: