Skip to content

Perancangan Allah SWT

April 10, 2014

Assalam mu alaikum wr abt

Kiriman kali ini, saya hendak kongsi pengalaman yang saya dan rakan-rakan lalui semasa mengurus Maahad Tahfiz al Quran wa al Tarbiyah al Diniyah Kampung Relong. Secara terus terang saya nyatakan bahawa semasa permulaan membentuk Lembaga Pengurusan Eksekutif Tahfiz (LPET) 23 Mei 2011 dahulu, saya tak nampak bagaimana sebuah Maahad Tahfiz dapat berjalan. Ketika itu bangunan belum ada, bagaimana nak dapatkan guru, dimana nak dibangunkan asrama dan berbagai lagi persoalan menghentak benak dan otak saya.

Mulanya kami ahli LPET bercadang-cadang nak bina asrama disekitar Masjid Kampung Relong. Bertanyalah kami kepada tuan punya tanah di sekitar masjid, tiada yang ingin memberi walau pun kami nak beli. Berpusinglah mencari tapak di sekitar Dewan Orang Ramai Kg Relong, tanah kerajaan itu perlu dipohon melalui kaedah biasa permohonan tanah. Mencari lagi tapak asrama, tuan tanah berhampiran Surau Bukit Berangan meminta saya mengukur kawasan di sebelah surau. Akhirnya tanah diperolehi cukup untuk membina bangunan 60 kaki x 25 kaki. Tuan tanah ialah Haji Zahari Uda salah seorang ahli LPET. Selesai satu masalah tapak dah dapat.

Pencarian dana bermula. Anggaran kos bangunan dua tingkat 60 x 25 kaki persegi itu adalah RM290,000.00. Mana nak cari duit. Antara kaedahnya ialah jual wakaf pada kadar RM50 sekaki persegi. Kami dapat dana dari orang Relong dan sekitar, anak-anak orang Relong yang merantau, individu tertentu yang menghulur infak dan derma juga tak lupa sumbangan kerajaan negeri Pahang. Akhirnya dana cukup umtuk membina bangunan serta keperluan dalaman yang lain. Al Hamdulillah!!

Bangunan dah nak siap, bagaimana nak cari guru? Sebelum ini maahad sudah beroperasi bermula tahun 2012 dengan program Program Tahfiz Separuh Masa. Kelas dilaksanakan empat hari seminggu iaitu hari Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat. Hari Rabu tiada kelas kerana murid-murid perlu ke sekolah untuk program ko kurikulum. Murid bagi program ini adalah murid darjah dua, tiga, empat, lima dan enam sekolah rendah. Awal tahun 2012 kita menggunakan khidmat  Ustaz Mohd Sauffi Alias. Apabila Ustaz Sauffi berhenti kita mendapat khidmat dari Ustaz Mohd Lorri dari Indonesia selama sebulan, kemudian dia berhenti kami terpaksa menggunakan khidmat dua orang anak kampung. Untuk mengajar al Quran, Imam Masjid Relong, Ustaz Abd Halim Isa dan untuk mengajar fardhu ain Ustaz Muhamad Ilman Yusof memberi khidmat mereka. Atas bantuan pensyarah IPG TAA Kuala Lipis, khidmat seorang pelajar mereka diperolehi. Sepanjang Ramadhan 1432 Ustaz Naqiuddin memberi khidmat sehingga akhir tahun 2012, Semua aktiviti pengajaran sepanjang 2012 dijalankan di Masjid Kampung Relong.

Sebelum menjelang 2013 LPET mengerahkan tenaga untuk mencari guru!! Kami ke Maahad Tahfiz Sungai Badak untuk mencari kalau-kalau ada pelajar yang sudah hafiz yang boleh menjadi guru kami. Kami juga ke sungai Salan tanya Mudirnya kalau-kalau ada pelajarnya yang bersedia jadi guru… Tiada!! Kami berbincang dengan Maulana Johari untuk membantu mendapatkan guru dari Yaman atau Pakistan. Dapat dari Yaman.

Sebelum kami bawa ke Maahad Kami awal 2013, kami minta Maulana Johari latih Seikh dari Yaman itu selam se bulan dahulu. Tetiba Seikh Yaman ini tak mahu ke Maahad Kami sebaliknya dia berjanji untuk mencari kawannya sebagai ganti. Awal 2013 seorang guru Hafiz dari Yaman datang berkhidmat di Maahad Kami. Tapi selepas sebulan berkhidmat dia buat perangai…. Bersambung ..

One Comment leave one →
  1. Marwan Amni Azmi permalink
    September 14, 2014 11:58 am

    Assalamualaikum ana Marwan pelajar malaysia di yemen sekarang ana tinggal di Markaz dakwah Sana a Yemen.. Jika ada tuan yg ingin mencari guru TAHFIZ dari YEMEN ni insya allah ana akan usahakan blh email ke marwan.MAA82@gmail.com.my

    Waalaikum salam, Terima Kasih atas niat tuan untuk menolong mencari guru hafiz. Sekiranya guru itu berasal dari Malaysia kami berbahagian untuk menerimanya, tetapi kalau ia adalah pak arab dari yemen, rasanya cukuplah pengalaman dengan seorang guru dari yemen dahulu. Sekian TK

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: