Skip to content

Anakdot Pengetua 3

Februari 11, 2008

Beliau seorang pengetua yang baik. Antara pengetua yang dianggap boleh menyelesaikan masalah di sekolah-sekolah yang bermasalah.  Berulang-alik dari rumahnya ke sekolah sejauh 180 km.  Datang ke sekolah pagi isnin (tentu bertolak dari rumah pukul 4.00 pagi, melalui jalan yang bengkang bengkok sambil merdah najis kerbau di sepanjang jalan dan sampai ke sekolah 7.30 pagi isnin) dan petang selasa kembali kerumah, datang semula pagi rabu dan balik semula petang jumaat atau pagi sabtu.  Itulah rutin hidup seorang pengetua yang penyayang.  Sayangkan keluarga tinggal-tinggalkan, sayangkan sekolah hidup bujang untuk dapat bermesra dengan guru dan staf sekolah.  Masa berbujang di sekolah dia dapat menumpukan kerja-kerja dan urusan sekolah hingga larut malam dipejabatnya.  Kalau dipelawa minum petang atau makan malam oleh para guru yang mendiami kuaters sekolah pasti dia tak lepaskan.

Sikap penyayang itu menjadikan dia memang mesra dengan semua guru.  Guru-guru mudah berkira bicara dengan beliau. Masalah peribadi guru juga diberi perhatian. Hati para guru dimenangi.  Ada guru yang was-was nak sambung belajar ke universiti, dia panggil dan beri motivasi serta nasihat, akhirnya guru itu sambung belajar.  Ada guru yang ragu-ragu nak pilih pasangan hidup beliau hulurkan bantuan, maka terbinalah mahligai bahagia hingga ke hari ini. Pernah satu peristiwa sepasang suami isteri datang menyerang sekolah kerana kononnya anaknya dianaya oleh guru, beliau menghadapi dengan tenang sehingga mereka memohon maaf kepada guru berkenaan.

Urusan sekolah beres, banyak wang berlebih (wang asrama), dia tak gunakan tapi pulangkan balik kepada JPN lebih kurang RM 50,000.00 yang memudahkan ia kembali bertukar ke sekolah dekat rumahnya (ini politik cari makan dalam pendidikan). Beliau juga ada cable besar untuk urusan ini.

Urusan disiplin murid terkawal. Sekolah tenang, pembelajaran tidak terabai, semua gembira, keputusan peperiksaan meningkat.  Banyak masalah di atasi, gerakkerja Islam disemarakkan, dibuat antara memberi kesedaran dan paksaan (solat jemaah digerakkan, murid perempuan yang Islam dipaksa pakai menutup aurat kalau tidak diberi surat untuk bertukar, akhirnya semua murid dan guru-guru Islam menutup aurat)   

Beliau dikira berjaya melaksanakan visi dan misinya. Kini beliau bersara dan berniaga.  Jawatan akhirnya ialah PPD disebuah daerah.   Sekian untuk kali ini, hingga menyusul Anakdot Pengetua 4 minggu depan.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: