Skip to content

Ramadhan 1

September 1, 2008

Assalam mu alaikum wr wbt. Kepada semua yang melawat laman sesawang ini aku ucapkan selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak. Aku berhasrat untuk menulis setiap hari dalam bulan Ramadhan ini walau pun pendek sahaja. Ini menandakan seronoknya menyambut Ramadhan, bulan mulia di sisi Allah SWT. Bahan yang aku tulis nanti adalah petikan daripada beberapa kitab yang membicarakan tentang kelebihan Ramadhan disisi Allah SWT. Disamping itu aku akan muatkan juga corak carik sambutan Ramadhan yang aku lihat ditempat aku tinggal dan bekerja. Semoga hasrat ini terkabul. Kalau tak dapat 100% tercapai 75% pun kira baiklah kerana kadang-kadang kesibukan mengakibatkan tak dapat bermain dengan laptop ini.

Untuk pertamanya aku nukilkan maksud hadith yang dipetik dari buku Tanbihul Ghafilin (Peringatan kepada yang lupa).  Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah ra berkata: Rasulullah SAW bersabda (maksudnya) “Umatku diberi oleh Allah SWT tiap bulan Ramadhan lima macam, yang tidak diberikan kepada umat-umat yang sebelumnya. 1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau misik (kasturi).  2. Malaikat memintakan ampun untuk orang yang berpuasa hingga ia berbuka. 3. Penjahat-penjahat syaitan dibelenggu sehingga mereka tidak leluasa sebagaimana biasanya.  4. Allah menghias syurga tiap hari dan berfirman: Hampir para hamba Ku yang soleh bebas dari keberatan dan gangguan dan kembali kepadamu.  5. Allah mengampunkan mereka (orang yang berpuasa) pada akhir Ramadhan.  Ditanya, Ya Rasulullah! apakah itu lailatul qadar? Jawabnya: Tidak, tetapi seorang buruh (orang yang beramal) selayaknya dibayar upah apabila telah selesai perkerjaannya.”

Kalau nak faham huraian hadith ini dengan lebih lanjut lagi maka hendaklah kita bersama-sama berbincang dengan mereka yang faham tentang hal-hal agama. Janganlah jadi TV3 dan TV lain bila hal agama yang menjadi persoalan dalam masyarakat yang diminta buat komen adalah para artis. Ini gambaran masyarakat kita yang tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya (ertinya dzalim).  Inilah budaya dan tamadun yang dibina oleh media massa yang tak faham konsep ilmu. Kalau hal agama tanyalah orang yang faham agama. Kalau hal pendidikan tanyalah para guru atau pendidik. Ini balik-balik tanya artis.

“Jadikan yang tebal itu IMAN, yang nipis itu LIDAH, yang tajam itu AKAL, yang lembut itu HATI, yang ringan itu SOLAT, yang luas itu ILMU, dan yang manis itu SENYUMAN….Selamat Menyambut Ramadhan & Selamat Berpuasa.”…. Ikhlas dari : Kalam Abu Musaddad.  Kata-kata ini aku petik dari satu blok yang baru aku baca sebentar tadi. Inilah satu contoh pendapat yang betul. Tahniah dan terima kasih kepada yang menulis.

Seterusnya akan ku muatkan lagi dua maksud hadith yang berkait dengan Ramadhan:

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini.

Abu Sa’id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima.”

Cukup sekadar ini dahulu buat hari ini. Hingga jumpa pula hari esok. Selamat menjalani ibadah Puasa.

2 Komen leave one →
  1. ina permalink
    September 26, 2008 10:18 am

    emmm….bila baca teringat alik kat kuala lipis,tempat pertama posting. Rindu pada suasana sana…

  2. ina permalink
    September 26, 2008 10:22 am

    pada tn haji, semoga berjaya memperjuangkan maruah bangsa… moga usaha tn haji menjadi ilmu berpanjangan….thanks.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: