Skip to content

Ke Genting Highlands

Februari 4, 2009

Hari ini aku akan tinggalkan sekolah lagi. Tiga hari – Rabu, Khamis dan Jumaat. Misslah sembilan waktu mengajar. Hari Rabu memang jadual aku kosong kerana SMKPT bagi aku peluang berbakti kepada sekolah lain atas alasan aku berkongsi kepakaran sebagai Guru Cemerlang (GC). Hari Khamis aku mengajar 6 waktu. Tapi dua waktu Sains kelas 4IT diambil alih oleh guru Praktimum dari UPSI (Cik Amira). Hanya yang kesian ialah kelas Tingkatan 4 Sains  (Biologi)  mereka tak dapat belajar. Dua tingkatan 5 yang aku ajar hari Khamis tu tak apalah mereka dah ku tinggalkan pesan, apa yang patut mereka buat. Lagi pun semua murid SMKPT kini tengah sibuk buat persiapan sukan tahunan. Setiap hari sebelum rehat semua menjalani standard taking. Hari Jumaat aku mengajar 3 waktu sahaja. Pagi sukan tara dan lepas rehat ada dua waktu di 5KM2. Kelas ini aku juga dah tinggalkan kerja. Insya Allah Jumaat aku balik dari Genting Highlands. Sukan Tahunan pada 10 Februari 2009, hari Selasa. Selepas tarikah itu aku boleh pulun kembali mengajar. Peristiwa besar sekolah dah tak banyak lagi. Sukan dah tamat untuk 2009.

Wat ape di Genting Highlands? Sekumpulan guru Sains dan Matematik yang senior di Pahang dipanggil ke Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands untuk mengkemaskini Modul Mata Pelajaran masing-masing. Mata Pelajaran yang terlibat ialah mata pelajaran peringkat SPM. Sains, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi. Setiap mata pelajaran melibatkan enam orang guru senior terutama GC yang ada di Pahang.

Kami bukan pergi jalan-jalan aje tapi gi buat kerja untuk kegunaan seluruh Negeri Pahang Darul Makmur.  Perbelanjaan ditanggung oleh Sektor Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. Itulah sumbangan kami kepada Negeri Pahang. Semoga sumbangan yang sedikit ini menaikkan pencapaian akademik anak-anak yang bersekolah di Pahang. 

Bagi aku, ini mungkin merupakan sumbangan terakhir kepada pembelajaran di Pahang sebab lagi lima bulan aku akan bersara wajib. Lepas tu rasanya tak akan ada lagi pihak JPNP nak panggil orang yang bersara untuk buat kerja seperti buat modul ni. Tapi kalau diperlukan aku masih boleh dijemput dan aku masih sudi membantu.

Dibenak aku, aku masih mempersoalkan sejauh mana Modul dan bahan-bahan yang dibuat oleh JPNP ini digunakan oleh guru-guru disekolah secara optimum. JPNP dengan kerja sama Kerajaan Negeri Pahang dan lain-lain badan dah banyak buat bahan-bahan bantuan untuk pengajaran dan pembelajaran ini, seperti CD Jawab Untuk Jaya (JUJ), Modul Sains dan Matematik dan lain-lain lagi tetapi ada kalanya bila aku pergi ke sekolah-sekolah aku dapati guru-guru tak gunakan. Kadang-kadang sedih dan pilu juga aku melihatnya.

Aku cuba cari jawapan kepada perkara itu!! Masalah utama ialah sikap kita para guru sendiri. Kedua sikap para pentadbir yang tidak ambil peduli tentang penambahbaikan yang diberikan oleh JPNP. Aku rasa sikap ini sangat memainkan peranan yang penting dalam apa-apa perubahan. Aku ambil contoh terdekat. Perlantikan Guru Cemerlang.

Tahun lalu proses perlantikan GC ini dimudahkan. Memadai Pengetua sahaja yang menilai. Tetapi sesetengah pengetua ada sifat kedekut dan irihati (sikap yang negatif).  Mereka beri markah rendah kepada guru mereka. Akhirnya tiada seorang pun dari guru mereka dapat GC. Kemudian komplen pulak, kenapa guru sekolah dia tak dapat GC. Mana nak dapat awak beri markah rendah. Pengetua yang beri markah tinggi, gurunya dapat jadi GC. Tahniah kepada GC baru. Aku GC lama. Selepas ini cara nak pilih GC diserah semula kepada para Nazir Sekolah. Jadi guru-guru yang berhasrat nak jadi GC buatlah persediaan 3 tahun sebelum memohon. Apa yang patut disediakan? Tanyalah GC lama, mereka boleh cerita persediaan mereka. Yang pasti mereka membuat persediaan yang berbeza antara seorang dengan yang lain. 

 Seruan aku kepada semua guru Sains dan Matematik di Pahang, harap dapat mengubah sikap dari segi menambah baik cara mengajar, cara mendidik dan cara melatih anak-anak didik.  Modul yang dibekalkan oleh JPNP adalah bertujuan untuk membantu memudahkan kerja-kerja rutin saudara dan saudari. Modul itu juga boleh dimodified kalau pandai, sebab JPNP hantar ke sekolah salinan bercetak dan soft copy. Wahai guru-guru Sains dan Matematik di Pahang buatlah inovasi dalam P&P. Mudahkan kerja anda. Sekian TK

One Comment leave one →
  1. shafifah permalink
    Februari 4, 2009 11:12 am

    SEMINAR PEMBINAAN UMMAH DAN MEMBASMI MURTAD{ Februari 3, 2009 @ 12:02 pm } · { Majlis Ilmu }
    { Tags: SEMINAR PEMBINAAN UMMAH DAN MEMBASMI MURTAD }

    ANJURAN BERSAMA UIA (MAHALLAH REPRESENTATIVE COMMITTEE(MRC)ALL MAHALLAH IN PETALING JAYA AND NILAI CAMPUS AND FOUNDATION STUDENTS COORDINATION COUNCIL – FSCC), JAKIM, JAWI DAN YAYASAN SOFA
    TARIKH: 11 SHAFAR 1430H / 7 FEBRUARI 2009M (SABTU)
    MASA: 8.00 PAGI – 11.45 MALAM
    TEMPAT: DEWAN MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, JALAN DUTA.

    ATURCARA:
    7.30 pagi : Ketibaan para peserta
    7.45 pagi : Ketibaaan tetamu khas dan juga para penceramah. Tetamu kehormat: Dato’ Pengarah JAKIM, Dato’ Mufti Wilayah Persekutuan dan Penaung Yayasan Sofa

    8.15 pagi : Majlis Perasmian Seminar dan ucapan para tetamu kehormat.

    9.15 pagi : Minum pagi

    9.45 pagi : Ceramah 1 oleh al-Fadhil Ustaz Zamihan bin Haji Mat Zin, Pen. Pengarah Pusat Pengajian al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).
    Tajuk ceramah: Peranan Mahasiswa Dalam Memahami Serta Membenteras Penyelewengan Agama Dan Gejala Murtad

    10.45 pagi : Rehat

    11.00 pagi : Ceramah 2 oleh al-Fadhil Ustaz Haji Mahfuz bin Muhammad al-Khalil, Pendakwah Bebas.
    Tajuk ceramah: Kesamaran yang Perlu Dijelaskan dalam Memahami Agama

    12.45 t’hari : Makan tengahari dan shalat zohor

    2.00 petang : Ceramah 3 oleh Ustaz Ahmad Faidzurrahim bin Haji Muhammad Alwi, Pen. Pengarah Institut Pengajian Darul Hijrah, Pahang.
    Tajuk ceramah: Pegangan Jitu Seorang Muslim

    3.15 petang : Rehat

    4.30 petang : Suai kenal bersama Ulama. Tausiyah oleh al-Mukarram Syaikh ‘Afeefuddin al-Jailani; Tausiyah oleh al-Habib ‘Ali Zaenal Abidin al-Hamid dan persembahan Qasidah oleh Yayasan al-Jenderami.

    *************
    Ceramah Khas – مفاهيم يجب أن تصحح (Kefahaman Yang Wajib Diperbetulkan)

    7.45 malam: Ketibaan Tetamu Kehormat, penceramah dan para peserta seminar

    8.15 malam: Majlis bermula – bacaan al-Quran, bacaan Ratib al-Hadddad, Ceramah oleh Syaikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki, Soal-Jawab

    11.15 malam: Bacaan Maulid Daiba’ie, Qasidah Nabawiyah oleh Kumpulan as-Sofa

    11.45 malam: Jamuan ringan dan bersurai.

    Untuk keterangan lanju, sila hubungi:
    Syed Muhd Saufi: 013-628 0251
    Ustaz Muhadir: 012 – 697 3893

    http://pondokhabib.wordpress.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: