Skip to content

Memahami PPSMI

Februari 22, 2009

Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) bersungguh-sungguh berkempen untuk mansuhkan PPSMI. GMP adalah gabungan NGO dan individu yang sejak dari 2003 lagi telah bergiat untuk membantah PPSMI ini.  Sekarang kempen mereka semakin aggresif membuat bantahan. Bila Menteri Pelajaran tanya, “Mengapa baru sekarang membuat bantahan?”  GMP menjawab, “Kami patuh pada janji YB Menteri Pelajaran yang nak buat keputusan akhir 2008, tetapi setakat ini YB buat lagi penangguhan.” YB telah mungkir janji. (Ada tanda munafik pada dirinya.)

PPSMI (Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) dilaksanakan tanpa apa-apa kajian atau penyelidikan. Ia dibuat hanya atas cakap Perdana Menteri pada masa itu. Pada masa itu cakap PM adalah hukum. PM cakap aje, Menteri pun angguk, Pegawai Kementerian Pendidikan (KPM)(masa itu) pegang celah kangkang dan terus laksana. SYMP (saya yang menurut perintah). PPSMI terus dilaksanakan 2003 untuk darjah 1, untuk tingkatan 1, untuk tingkatan 4 dan untuk enam rendah. Untuk mengajar guru-guru diberikan kursus ETeMS dan digula-gulakan dengan elaun BISP.

Apa isu yang jadi pemula PPSMI?  Kata sahibul hikayat berlaku peristiwa diatas angin pegawai diplomat Malaysia tak boleh bercakap Inggeris.  Maka murkalah PM. Atas dasar globalisasi maka PPSMI diarahkan buat. Itu aje. Maka riuh rendahlah penyokong PM bersuara sehingga kehari ini bahawa kalau nak maju mesti berbahasa Inggeris.

Sebenarnya disini ada dua perkara yang berbeza. Pertama pandai berbahasa Inggeris. Kedua belajar Sains dan Matematik. Tambah pula ketiga berapa orang rakyat malaysia yang hendak ke peringkat global.  Siapa yang nak jaga peringkat lokal. Atau semua nak Glokal (kata bakal PM). Atau nak tinggalkan negara ini (lokal) kepada orang Indon, Myanmar, Bangladesh dll.

Persoalannya, berapa orang yang hendak keperingkat global. Kalau belajar ke luar negara bukan semua negara guna BI. Belajar di Jepun kena guna Bahasa Jepun, belajar di Perancis kena guna Bahasa Perancis, belajar German kena guna bahasa German, belajar di Korea kena belajar bahasa korea, belajar di Taiwan kena guna bahasa Mandrin. Negara yang disebut itu negara yang maju dan akan jadi negara maju. Ada sebuah negara di Asia Tenggara ini yang menggunakan BI mengajar Sains dan Matematik, jadi negara majukah negara itu? Lihatlah Filifina!! Thailand yang guna Bahasa Thai untuk ajar SM lebih maju terutama dalam teknologi dusun atau pertanian.  

Dinegara kita ada 5 juta murid sekolah, kalau nak keperingkat global hanya 10 % sahaja, 90 % lagi nak tinggal dinegara ini. Duduk di Malaysia tak berapa pandai BI pu tak mengapa. Tak mati pun. Jadi apa rasionalnya penting belajar BI itu. Kalau pun BI penting mengapa tak sediakan guru BI yang cukup disekolah-sekolah negara ini? Sekolah menengah yang ada 30 kelas, murid lebih kurang 1000 orang sepatutnya ada 8 orang guru BI terlatih. Cuba tanya sekolah, berapa orangkah guru yang terlatih untuk mengajar BI. Di sekolah tempat aku mengajar hanya ada 3 orang sahaja yang terlatih untuk mengajar BI yang lain adalah guru Bahasa Melayu yang dipaksa ajar BI. Sudah tentulah kaedah mengajar BI tak sama dengan kaedah mengajar BM. Guru BM pula tak ada skills dalam P&P BI. Setakat ini tidak ada pmikiran serious oleh KPM untuk selesaikan masalah kekurangan guru BI ini. 

Sepatutnya KPM selesaikan dahulu masalah guru BI ini. Belajar Sains ialah belajar fakta, konsep, prinsip, teori dan hukum. Menggunakan bahasa yang murid tak faham sudah tentu menjadikan belajar Sains dan Matematik empat kali lebih sukar berbanding menggunakan bahasa yang murid faham.  Bila KPM kacau P&P Sains dan Matematik  (SM) dengan menggunakan bahasa perantaraan BI maka guru SM menjadi serba tak kena. Bukan semua guru SM tak pandai berbahasa Inggeris. Aku fasih berbahasa Inggeris!! Tapi kalau aku mengajar SM dalam BI sepenuhnya alamatlah anak murid akan melopong. Kalau aku tak guna BI ketika mengajar SM nanti orang-orang besar Pelajaran akan mengomel-ngomel, ungkit BISPlah dan berbagai lagi. Tapi kadang-kadang syok juga, pegawai yang marah-marahkan guru tak ajar SM dalam BI tu sebenarnya mereka sendiri tak pandai pun berbahasa Inggeris. Aku dah jumpa pun pegawai jenis ini. Mereka ini semua pegawai yang tak rasional hanya SYMP dan letak tangan celah kelangkang bila berhadapan dengan orang atasan. Inilah pegawai yang hilang maruah diri. Manusia dicipta Allah sama aje, yang membezakan antara satu dengan lain adalah ilmu dan takwa. Mana nak ada takwa kalau jelas sifat hambanya kepada manusia bukan kepada Allah. Oleh itu pegawai yang bersungguh-sungguh hentam guru agar ajar SM dalam BI tanpa melihat kebolehan guru dan keselesaan murid belajar SM adalah merupakan pegawai yang tak sedar diri. Mereka terlupa kepada Bahasa sendiri dan Bangsa sendiri. Mereka mengadai maruah bangsa dan menabur saham untuk memusnahkan bahasa mereka. Ingat Bahasa Jiwa Bangsa.  Sekian enteri kali ini.TK

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: