Skip to content

Luaskan Sebaran

Mei 1, 2009

Hasrat aku kali ini adalah untuk membincangkan tentang bagaimana memasyarakatkan pengetahuan dan kefahaman tentang sesuatu perkara kepada semua manusia tak kira lapisan dan kedudukannya dalam masyarakat. Dalam istilah pendidikan disebut sebagai Pendemokrasian Pendidikan. Jadi aku nak bincang hal ini ikut kefahaman aku. Bukan ikut kefahaman orang lain.

Pendidikan berkait dengan bahasa. Pendidikan juga berkait dengan kuasa. Pertembungan antara kuasa dan bahasa dalam urusan pendidikan menyebabkan kita hura hara. Ini yang sedang berlaku buat masa kini di bumi tercinta, negaraku Malaysia. Sebelum aku membuat huraian panjang lebar baik aku sorot pengalaman orang lain tentang hal bahasa ini.

Hasrat Orang Maori di NZ. Di New Zealand orang Maori dikira sebagai peribumi negara itu. Jumlah mereka tidak ramai. Tak sampai pun satu juta. Hanya 10% dari penduduk New Zealand yang berjumlah 4 juta. Mereka berhasrat untuk memasyarakatkan ilmu pengetahuan moden kepada seluruh penduduk New Zealand yang berbangsa Maori.  

Dalam mengusahakan cita-cita ini orang Maori memastikan ilmu Sains dan Teknologi dipelajari dalam bahasa Maori. Hujah mereka sangat simple atau mudah, mungkin hujah begini dianggap remeh oleh pemimpin Melayu di Malaysia ini. Mereka berpendapat, kalau seorang Doktor perubatan merawat pesakit biarlah Doktor tersebut dapat menerangkan hal penyakit itu dalam bahasa Maori tanpa menggunakan bahasa Inggeris. Begitu juga kalau menerangkan tentang hal-hal yang berkaitan dengan kejuruteraan atau ICT, orang Maori tetap inginkan penerangan itu dibuat dalam bahasa Maori.

Oleh itu ilmu pengetahuan hendaklah diajar dalam bahasa Maori agar semua yang pandai berbahasa Maori dapat memahami ilmu pengetahuan itu. Dalam bahasa mudah semua lapisan masyarakat Maori akan dapat menguasai ilmu itu. Ketika yang sama sudah tentu mereka boleh berbahasa Inggeris. Itulah sebabnya mengapa kertas peperiksaan di New Zealand dicetak dalam dwi bahasa, Bahasa Inggeris dan Maori.  

Dwi Bahasa di United Kingdom. Sudah pastilah orang UK menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi mereka. Ketika yang sama jangan lupa di UK ini terdapat bahasa lain digunakan iaitu Bahasa Wales, Bahasa Irish dan Bahasa Scots. Penutur-penutur Bahasa Wales, Irish dan Scots ingin juga menggunakan bahasa mereka dalam pencarian ilmu pengetahuan moden. Agar bangsa mereka tidak ketinggalan dalam mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan semasa. Oleh yang demikian mereka mengajar Sains dan Teknologi dalam bahasa mereka diperingkat persekolahan. Hasartnya adalah sama dengan orang Maori di NZ , iaitu ilmu pengetahuan dapat dinikmati oleh semua penduduk negara mereka. Itulah sebabnya mengapa soalan ‘A level’ di UK juga dibuat dalam dwi bahasa di negeri Wales, Scotland dan Ireland.

Anihnya kita di Malaysia tiba-tiba nak ajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, sedangkan di negara yang Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi menggunakan bahasa tempatan dalam pengajaran sains dan matematik. Kemudian para penyokong PPSMI ini berhujah dengan hujah-hujah bebal. Seperti “kita sudah guna banyak wang, maka kita perlu teruskan juga”.  Hujah begini menjadikan bahan ketawa sahaja. Siapa suruh guna wang banyak-banyak itu? Kalau tidak untuk mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan kepada orang-orang tertentu.

Kalau betul nak menjadikan pemikiran rakyat Malaysia hebat dan sentiasa meningkatkan ilmu, maka ilmu pengetahuan hendaklah disebar luas kepada seluruh rakyat. Merakyatkan ilmu. Bila ilmu dipelajari dalam bahasa pertuturan seharian sudah pastilah ia mudah diterima oleh mereka yang belajar.

Rakyat terbanyak menggunakan Bahasa Melayu bagi pertuturan harian. Oleh itu apa-apa ilmu hendaklah diajar dalam Bahasa Melayu. Sememangnya ada rakyat Malaysia menggunakan BI sebagai bahasa pertuturan dirumah mereka, tetapi jumlahnya tak ramai. Mereka terdiri dari golongan elit dan bangsawan semasa. Mereka berkuasa dalam membuat polisi. Oleh itu mereka membuat polisi yang menguntungkan kaum kerabat dan sahabat handainya. Itulah keadilan bagi mereka, tetapi kezaliman bagi rakyat terbanyak. Akhirnya nanti dalam jangka waktu satu generasi anak-anak merekalah yang akan menjadi cerdik pandai. Anak orang yang bukan penutur harian BI atau yang menggunakan Bahasa Melayu akan ketinggalan. Apakah ini satu grand design kaum penguasa untuk mempastikan penguasaan ilmu adalah untuk lingkungan mereka sahaja. Biarlah anak-anak orang miskin, anak orang kampung terus ketinggalan seperti dizaman penjajah dahulu. Mereka kaum penguasa ingin mengambilalih kuasa penjajahan dibumi sendiri. Itulah hasrat pemuka, penyokong dan pendokong PPSMI.  

Belajar Bahasa Inggeris 11 tahun. Dalam senario persekolahan di Malaysia sepatutnya selepas 11 tahun persekolahan, setiap lepasan tingkatan lima boleh bertutur dalam BI. Kalau PPSMI bertujuan untuk rakyat boleh berkomunikasi dalam BI, maka hasrat ini sangat melencong. Hendak belajar bahasa mesti ikut kaedah bahasa. Kita guna bahasa untuk kuasai ilmu bukan belajar ilmu untuk kuasai bahasa.

Sekiranya selepas 11 tahun belajar masih ramai tak boleh berkomunikasi dalam BI, silapnya ialah pengajaran BI. Oleh itu pihak Kementerian Pelajaran perlu mengubat tempat yang sakit. Apa yang berlaku tempat lain yang sakit diubat ditempat lain. Sakitnya ditelinga, ubat diberikan diperut. Sampai bila sakit telinga tak akan baik. Sakitnya dalam P&P Bahasa Inggeris tetapi pengubatannya dibuat di mata pelajaran Sains dan Matematik. Tuanglah berbilion wang untuk mengubat penyakit BI ini melalui PPSMI sudah pasti wang hanya lebur begitu sahaja. Bahasa Inggeris akan merudum pencapaiannya dan Sains dan Matematik juga akan menggelonsor turun. Yang dikendong berciciran dan yang dikejar tak dapat. Itulah hasil PPSMI

Mereka tiada jati diri Bangsa Sendiri. Kalaulah orang yang berkuasa masa kini hendak menjadikan masyarakat Malaysia menguasai BI, ubatilah P&P Bahasa Inggeris. Kembalikanlah P&P sains dan matematik kedalam bahasa rasmi negara. Kalau anak penguasa tak pandai sains dan matematik hantarlah mereka ke kelas tution sebab golongan elit dan bangsawan semasa banyak duit atau hantarlah mereka ke Sekolah Antarabangsa (International school). Luaskan Sebaran ilmu kepada rakyat terbanyak agar lebih ramai yang berjaya dalam pencarian ilmu pengetahuan. Itulah pendemokrasian pendidikan.

Ingatlah rakyat Malaysia bukan sekadar anak-anak Menteri, atau anak-anak pegawai-pegawai kanan kerajaan tetapi ramainya terdiri daripada anak-anak orang miskin, marhen atau mustadafin. Semua yang berstatus Warganegara layak mendapat pedidikan dan pembelajaran dibumi bertuah ini. Aku kira cukup dahulu sekadar ini. Sekian TK.

3 Komen leave one →
  1. ashley permalink
    Mei 5, 2009 1:10 am

    Aku kagum dengan rakyat Bangladesh yang datang MALAYSIA. Tinggal dua tahun, dah boleh bertutur Bahasa melayu dengan baik.

    Tapi rakyat Malaysia yang diAJAR bahasa Inggeris 11 tahun masih tergagap gigit bercakap bahasa Inggeris.
    Hmmmmmmm…

    Dua bangsa, dua bahasa asing bagi kedua duanya tapi….yang hebat ialah yang TIDAK BERSEKOLAH itu!

  2. khairiza permalink
    Mei 7, 2009 10:20 am

    Salam…
    cikgu,saya bekas anak murid yg belajar secara tidak langsung dgn cikgu(xpenah belajar disekolah cikgu)
    Seronok baca pandangan2 cikgu,selain di jadikan panduan utk profesion yg sama..
    Saya sokong..kenapa kita tak tingkatkan tahap pengajaran bahasa Inggeris sahaja drpd menambah beban utk sains & math.. Drpd 1 kerja yg susah lagi mau tambah susah..tak pelik sebab semua dah di POLiTaik kan..

  3. Mei 11, 2009 4:20 am

    Betul tu cikgu, sedangkan masih ada lagi rakyat negara sendiri gagal untuk fasih berbahasa Melayu sedang kutip hasil bumi tidak malukah mereka sibuk pula untuk utamakan bahasa bukan empunya tanah air sendiri…….Duduk sudah berpuluh tahun tetapi bahasa Melayu kurang dihormati. Cakap Melayu dibalas Inggeris apa semua ini?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: