Skip to content

AJAR & DIDIK

Mei 12, 2009

Aku membilang minggu, menantikan saat untuk bersara wajib. Hari Isnin (11/5/2009) pukul 8.30 pagi aku naik ke Pejabat Sekolah. Ketua Kerani panggil aku ke biliknya. Aku diberikan satu dokumen dalam sebuah folder seperti album berwarna merah hati. Aku baca dokumen itu. Rupanya surat Penghargaan Perkhidmatan. Dokumen ini menandakan aku akan bersara wajib tak lama lagi. Ketua Kerani menyimpan semula dokumen itu selepas aku tandatangan akuan menerima. Dokumen itu ditandatangani oleh KPPM, Dato Alimuddin Mohd Dom. Ketua Kerani beri tahu aku bahawa dokumen itu akan diserah secara rasmi pada hari persaraan nanti. Aku tunggu ajelah.. 

Itulah yang akan aku hadapi beberapa minggu akan datang. Apabila sekolah dibuka selepas cuti pertengahan tahun nanti aku akan hanya membilang hari bagi menanti tarikh persaraan. Bila aku membilang bulan, minggu dan hari sebelum bersara ini, rupanya ramai rakan sejawat agak keciwa kerana mereka ditinggalkan ditempat kerja. Tapi masa bagi mereka akan sampai juga. Aku kira cukup dahulu aku bercerita tentang persaraan aku ini. Lain kali cerita lagi.

Walau pun hanya tinggal beberapa minggu bagi aku untuk berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS), aku tetap merasakan bahawa tanggungjawab mengajar tetap aku pikul. Setiap hari Isnin dan Selasa aku tetap balik pukul 3.30 petang mengajar mengikut jadual waktu yang ditetapkan. Hari Isnin 2.10 hingga 3.30 petang aku mengajar Sains. Manakala Hari Selasa 2.10 hingga 3.30 petang aku mengajar Biologi. Tidak mengapalah aku balik selewat itu, bukannya lama lagi. Aku kira aku kini tak mampu mendidik lagi, aku hanya mengajar sahaja. Ini adalah kerana nama Kementerian bukan lagi Kementerian Pendidikan tetapi Kementerian Pelajaran. Sebab lain ialah slogan masa kini Guru Mengajar dan Murid Belajar. Konsep didik sudah hilang sedikit demi sedikit dari sekolah. Begitu juga kesan DIDIK, beransur-ansur hilang.

Antara Ajar dan Didik terdapat perbezaan yang besar. Bagi aku AJAR hanyalah pemindahan pengetahuan, kefahaman dan mungkin sikap dari buku dan guru kepada murid. Kalau didik pula ialah pemindahan pengetahuan, kefahaman, sikap dan nilai sehingga membentuk seseorang itu insan yang berilmu. Insan yang berilmu ialah insan yang menunjukkan perubahan tingkahlaku yang menjadikannya bertambah baik setelah mendapat didikan. Memang terdapat perbezaan yang besar antara konsep ajar dan konsep didik. Makhluk seperti anjing, kucing, burung kakak tua, monyek, kera dan beruk boleh diajar. Binatang ini akan mengikut dan meniru apa yang diajar secara berulang-ulang tetapi apa yang ditiru dan diikut itu tidak membentuk nilai dalam dirinya. Malah makhluk-makhluk ini tak faham pun apa yang dituturkan olehnya. Ini adalah kerana makhluk ini tak boleh berfikir. Makhluk yang disebutkan ini tidak boleh dididik. Pendidikan ertinya membina pengetahuan, kefahaman, sikap dan nilai didalam diri anak didik. Setelah perkara ini dicapai barulah terdapat perubahan tingkahlaku kerana sampainya makna sesuatu dalam diri anak didik. Makhluk yang layak dididik ialah makhluk yang boleh berfikir. Makhluk itu hanya manusia sahaja.

Oleh kerana sekolah sekadar mengajar sahaja maka produk yang terhasil adalah sekadar ada pengetahun, ada kefahaman tetapi tidak membina sikap dan nilai dalam diri pelajar atau murid. Hasilnya ialah ketidak tentuan nilai diamalkan dalam diri produk. Lihatlah apa yang berlaku kini dalam masyarakat. Ada murid yang melawan guru. Ada ibubapa yang tak mengharapkan guru malah mereka memperlekeh para guru. Lepasan sekolah yang sekadar diajar mendatangkan masalah besar kepada masyarakat seperti masalah kerosakan akhlak, rempit, bohsia, meragut dan berbagai masalah sosial yang kita lihat dalam masyarakat masakini. Ilmu sudah tidak lagi dititiskan diinstitusi yang bernama sekolah. Buktinya banyak. Oleh kerana masyarakat mengiakan kewujudan Kementerian Pelajaran maka tak cukup belajar disekolah ibubapa menghantar anak mereka ke Pusat Tusyen. Pusat Tusyen bukan nak mendidik tetapi sekadar mencurahkan pengetahuan dan fakta untuk diguna pakai pada hari peperiksaan. Selepas tamat peperiksaan, pengetahuan itu akan dilupakan. Kewujudan pengetahuan dalam diri murid tidak mengubah sikap dan tidak mendatangkan makna, maka keadaan ini tidak akan membina sikap dan nilai.

Maka kerana keadaan ini, setiap hari berlaku pergaduhan, bertumbuk, gangguan seksual, perlakuan songsang dan berbagai fasad dan maksiat, baik di sekolah atau pun di luar sekolah. Itulah padahnya kalau niat dah tak betul. Apabila namanya Kementerian Pelajaran maka niatnya hanya mementingkan proses AJAR tetapi kalau namanya Kementerian Pendidikan maka niatnya mementingkan proses DIDIK.

Walau pun terdapat ramai rakan-rakan guru yang ingin mendidik di zaman tonggaknya nama KEMENTERIAN PELAJARAN tetapi hasilnya tetap AJAR sahaja. Aku kira ini bertepatan dengan maksud hadis “Sesungguhnya setiap amal itu berdasarkan kepada NIAT”. Oleh kerana Kerajaan Hari ini hendakkan setakat ajar sahaja, maka produknya hanya setakat itu sahaja.  

Sebenarnya tedapat sedikit rasa keciwa dihati ini kerana anak-anak sekolah hari ini sangat berbeza dengan anak sekolah tahun 80’an dan 90’an dahulu. Sikap tak dengar kata dikalangan murid masa kini sangat jelas. Guru sudah tidak menjadi insan yang dihormati dan dihargai. Semakin banyak  program dibuat untuk menghormati guru dan ibubapa semakin kerap sikap kurang ajar dipamirkan oleh murid-murid. Akhirnya aku sendiri dah tak pandai nak buat apa-apa selain daripada masuk kelas dan mengajar. Mengajar pula dalam Bahasa Inggeris, semakin bertambah lagi beberapa masalah dalam pengajaran. Itulah perkara yang sukar ditanggung oleh dhamir insan bernama guru. Sekian TK.

3 Komen leave one →
  1. Mei 13, 2009 4:00 pm

    bru je sy post pasal tjuk ni..tp isi xde..jadi nanti saya nak selitkan sedikit isi2 dari entri ini ya..Blog saudara byk memberi inspirasi utk guru muda mcm saya..Ketua psukan sayalah yang memperkenalkan blog ni..

  2. Mei 14, 2009 12:36 pm

    Salam,
    Satu entri yg bagus.Patut dibaca oleh guru-guru supaya lebih jelas peranan masing-masing.

    Selamat hari guru untuk semua guru (yang betul-betul guru, sebab sekarang ni dah ada macam-macam guru dan ramai yang tidak mendidik).

  3. ashley permalink
    Mei 15, 2009 5:07 pm

    salam,

    penulisan ni macam sedih jer bunyinya..

    ye..
    ajar dan didik adalah dua perbuatan yang seakan akan sama tapi BESAR bezanya.

    terima kasih cikgu di atas penulisan dan penghuraian..

    dan….SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: