Skip to content

Seusai Fitri

September 27, 2009

Hari ini sudah 8 Syawal, hari Ahad. Rumah di kampung sudah mula lengang. Anak-anak perantau sudah mula kembali merantau semula. Aktiviti harian orang kampung kembali semula seperti biasa. Mana yang menoreh getah sudah ke kebun getah, mana yang bekerja di pejabat sudah bekerja tetapi kini bercuti dihujung minggu, hanya yang menjadi guru belum lagi mula mengajar sebab sekolah masih bercuti hingga Isnin nanti. Bagi aku yang sudah bersara akan mula mengatur langkah memenuhi kerja-kerja yang tak rutin sperti dahulu. Pagi Ahad ini aku akan ke Pekan Sahari di Padang Tengku untuk membeli keperluan untuk seminggu dan kemudiannya akan kerumah orang kenduri di Relong. Petang nanti akan menghantar anak ke asrama. Pagi esok dua orang anak akan kembali ke UM dan peagi semalam (sabtu) seorang telah kembali Ke UTM, Skudai Johor. Akhirnya tinggallah kami berdua di rumah. Itulah nasib ibu bapa seperti aku dan aku pasti ramai seperti itu. Kalau sayangkan anak biarkan mereka pergi belajar dan mencari kerja bukan duduk dibawah ketiak ayah bonda.

Raya kali ini aku tak kemana-mana. Ini kerana anak-anak semuanya balik berhari raya ke rumah di kampung.  Anak-anak yang belum berkahwin semua ada dirumah sepanjang hari raya tetapi bagi yang sudah berkahwin aku minta mereka berhari raya dahulu di rumah mertua mereka, kerana pada hari raya ketiga aku kumpulkan semua adik beradik dan anak saudara aku di rumahku. Aku mengadakan perjumpaan khas dengan anak, cucu dan cicit Ibrahim dan Timah di rumah aku. Aku sebagai hostnya.

Tujuan aku mengadakan pertemuan ini ialah:

  • Mengeratkan silaturrahim antara anak cucu dan cicit Ibrahim dan Timah
  • Mengenalkan Ibrahim dan Timah kepada cucu cicitnya
  • Memanfaatkan pusaka Ibrahim dan Timah
  • Mengatur langkah permulaan untuk mengurusan pusaka
  • Mendapatkan kesepakatan terhadap urusan pusaka
  • Mengadakan tahlil arwah. 

Majlis yang diadakan bermula pada pukul 10.00 pagi itu dihadiri oleh semua anak Ibrahim dan Timah yang masih hidup serta sebahagian besar cucu dan cicitnya. Melalui majlis ini satu jawatan kuasa perintis untuk membentuk organisasi tersusun telah dibentuk. Semoga organisasi ini dapat mentadbir beberapa perkara yang berkaitan dengan pusaka dan persaudaraan dikalangan keturunan Ibrahim dan Timah.

Sekian entri kali ini. TK

2 Komen leave one →
  1. September 27, 2009 11:06 am

    Salam.. semalam kami sekeluarga ada melalui perkampungan tuan. Kg. Relong.. kami dlm perjalanan dari Kelantan pulang ke Kalumpang Hulu Selangor.. tetapi memandangkan rombongan kami ramai sangat.. tak sesuai pulak rasanya menyinggah di rumah tuan…

    Insya Allah lain masa kalau kami lalu.. kami akan singgah…

  2. Siti Fatimah Ahmad permalink
    September 29, 2009 6:42 pm

    Assalaamu’alaikum

    Selamat merayakan aidil fitri yang mulia bersama keluarga besar Cikgu. Melalui bacaan tulisan Cikdu di atas, menggambarkan betapa bahagia dan seronoknya mempunyai keluarga besar yang sering membingit suasana dengan keriangan dan hiruk pikuk yang mengasyikkan. Saya doakan Cikgu dan keluarga besar Cikgu sentiasa beroleh barakah dan rahmat Allah swt sepanjang masa.

    Maaf zahir dan bathin atas silap dan salah sepanjang penulisan dan perkenalan di ruang maya pendidikan. Salam mesra dari saya dari Bangi, Selangor.

    Alhamdulillah, bersyukur kehadhrat Allah SWT kerana saya dapat mengumpulkan sebahagian besar anak-anak saudara saya pada raya ketiga yang lalu, semoga perjumpaan sebegitu dapat diusahakan stiap tahun. Insya Allah. Saya juga ambil kesempatan meminta maaf sekira tardapat silap dan salah sepanjang penulisan yang lalu. Sekian TK.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: