SK Keledek
Ketika aku duduk releks-releks di rumah pagi Jumaat yang lalu, tetiba aku mendapat panggilan telefon dari seorang sahabat. Sahabat aku ini seorang Guru Besar. Guru Besar SK Keledek. GB sahabat aku ini minta tolong sikit. Dia minta aku beri ceramah kepada anak muridnya pada pagi Sabtu 30 Januari 2010, jam 10.30 pagi.
SK Keledek, adalah sebuah sekolah rendah di Kampung Keledek. Aku kenal Kg Keledek ini sejak aku kecil lagi. Ramai saudara mara aku tinggal di kampung ini. Pada tahun 1963 kakak aku berkahwin dengan orang Kampung Keledek. Semasa aku belajar di Remove Class salah seorang kawan aku dalam kelas itu adalah orang Kampung Keledek. Apabila aku mula mengajar di SMK Padang Tengku, ramai murid aku datang dari kampung ini. Oleh itu Kampung Keledek sudah tak asing dengan diri aku.
Setahu aku ramai juga anak kampung ini yang berjaya dalam pelajaran, ramai yang sampai ke menara gading. Termasuklah rakan sekelas aku, abangnya dan adik-adiknya. Itu perkembangan beberapa tahun dahulu. Satu perkara yang menarik masa kini ialah di Kampung Keledek ini banyak banglo besar sedang dibina. Ada rumah seperti istana. Ini menandakan orang Kampung Keledek kini adalah terdiri daripada orang-orang yang kaya raya.
Berbalik kepada jemputan ceramah itu. Aku diberi masa satu jam untuk berceramah. Audiens adalah terdiri daripada pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber. Kehadiran tak ramai, lebih kurang lima puluh orang murid dan beberapa orang guru. Beberapa orang guru yang hadir terdiri daripada bekas murid aku dahulu.
Untuk memudahkan aku menyempaikan ceramah, aku gunakan Power Point. Aku guna beberapa slide sahaja. Pertama aku tanya murid yang hadir, mengapa mereka perlu bersekolah? Jawapan tipikal yang diberikan oleh mana-mana murid sekolah ialah: “Untuk belajar.”
“Untuk apa belajar?” Jawapan, “Untuk cari ilmu”
“Apakah ilmu?” Jawapan, “Apa yang dipelajari.”
Jawapan itu tidak sampai kepada jawapan yang sepatutnya. Tetapi yakinlah bahawa sekiranya soalan itu ditanya kepada mana-mana murid sekolah, baik di sekolah rendah atau sekolah menengah sekali pun, jawapan tipikal seperti di atas akan kita temui. Mungkin kalau tanya kepada orang dewasa pun jawapan akan diberikan seperti itu juga.
Konsep belajar, konsep maklumat, konsep pengetahuan dan konsep ilmu perlulah difahami oleh semua orang yang terlibat dengan pendidikan dan pelajaran. Mereka yang terlibat bermula dari atas iaitu menteri yang berkenaan hinggalah kepada murid sekolah. Kefahaman terhadap konsep-konsep itu memadalah mengikut aras masing-masing. Kini kefahaman tentang konsep seperti itu sudah di tindih bayang (overshadow) oleh satu kegilaan di sekolah. Iaitu kegilaan kepada peperiksaan. (Nanti dikiriman lain aku akan bincang hal kegilaan ini).
Antara isi ceramah yang aku sampaikan ialah, tentang laluan kehidupan seorang insan dari alam roh, alam rahim, alam dunia (ketika bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, tua dan mati), alam kubur, alam mahsyar dan syurga dan neraka. Aku bincang dengan bahasa mudah tentang wawasan insan yang sentiasa disebut setiap kali berdoa: “Ya Allah kurniakan kepada aku kebahagian di dunia, kebahagaian di akhirat dan jauhkan aku dari api neraka.”. Aku katakan bahawa nak bahagia di dunia, mesti ada ilmu, nak bahagia di akhirat mesti ada ilmu dan nak bahagia di kedua-dua (dunia dan akhirat) mesti ada ilmu. Ada ilmu ertinya perangai kita mesti ikut kepada ilmu itu. Itulah intisari yang aku sampaikan kepada anak-anak itu dengan menggunakan bahasa yang mudah. Aku berharap mereka faham dan amalkan.
Kursus Kepimpinan SK Keledek dibuat di premis SK Batu Yon, kerana peserta menumpang menggunakan kemudahan Asrama Desa di SK Batu Yon. Satu contoh kerjasama yang baik antara dua sekolah rendah yang berjiran. Tahniah kepada sahabat ku GB SK Keledek dan guru-gurunya. Dengan menukar suasana persekitaran semoga mendatangkan manfaat yang berganda. Sekian TK.
saya nie orang keledek..anak arwah mohd nor bin uda & badariah bt abdullah…mungkin laa ada talian persaudaraan…kerana org dekat2 situ kebykan ada pertalian sedara…tapi maklum laa zaman silih berganti kemahiran bersosial semakin kurang…perlu dikaji dalam perdidikan macam cara bersosial nie…dan ada gembang gebur nak diajar pendidikan seks pulak..rasanya ia tidak perlu sebab org buta pun reti..apa yg perlu ialah pendidikan ahlak, moral.
assalamualaikum, ye sy pun setuju dgn pndangan dan pendapat tuan, sekarang ni warga emas ramai yang dah x de, kebanyanyakan anak2 mereka kerja luar dan berkahwin dgn org jauh. jd hubungan sedara mara pun makin lama makin jauh juge la….
Salam….
Saya setuju tue…Ramai yang kawin dengan orang luar. jd…,,, perhubungan tue dah tak berapa nak erat.ha….yang komen kat atas tus lina…member aku
Dalam facebook ada group Orang Kampung Keledek… http://www.facebook.com/home.php?sk=group_140823472634356