Skip to content

SMKPT 90/91 – Jumpa Semula Raya

September 13, 2010

Semalam 12 September 2010, aku dan isteri menghadiri majlis Reunion Raya SMKPT 90/91. Majlis ini dianjurkan oleh bekas murid Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku yang menamatkan pembelajaran mereka dan mengambil SPM tahun 1990 dan 1991 yang lalu. Setelah 20 tahun berpisah mereka membuat majlis yang mempertemukan semula mereka dalam gaya yang sudah berbeza.

Selain dari aku dan isteri yang merupakan guru yang pernah mengajar mereka, turut bersama ialah Tuan Haji Zahari Haji Uda yang merupakan guru Geografi mereka. Aku mengajar mereka Rampaian Sains dan isteri aku mengajar mereka Bahasa Inggeris semasa mereka tingkatan tiga. Hanya tiga orang guru yang hadir walau pun menurut penganjur seramai 15 orang guru mereka yang telah memberi kesanggupan untuk datang.

Kalau 20 tahun dahulu mereka merupakan remaja yang punyai berbagai perangai, ada yang nakal, ada yang selamba, ada yang serious, ada yang bersahaja dan berbagai gelagat yang sukar dicerita kecuali ada cacatan tersendiri bagi setiap individu.  Sebagai guru aku hanya mungkin ingat beberapa karakter yang menonjol. Biasalah sebagai guru, yang mudah diingat ialah murid yang paling baik dan yang yang paling nakal. Individu yang karakter mereka dipertengahan, biasanya sukar diingati kecuali ada peristiwa penting yang berkaitan dengan individu berkenaan.

Kali ini setelah 20 tahun berpisah mereka bertemu dengan membawa pasangan masing-masing bersama-sama produknya. Ada yang dah boleh dapat dua isteri… Ada yang dua anak, tiga anak, empat, lima atau enam anak… Tahniah kepada semua. Ada yang sudah berjaya menjadi manusia kaya, berduit dan berwang bukan beruang.

Aku diminta menyampaikan seringkas ucapan.. Aku sarankan mereka meneruskan pertemuan, agar tercipta erat silaturahim antara kawan. Aku juga minta Jawatan Kuasa Pengajur memikirkan untuk membuat persiapan bagai sambutan 50 tahun SMKPT yang dijangka akan dibuat dalam tahun 2015 (lima tahun lagi). SMKPT ditubuhkan tahun 1965.

Tuan Haji Zahari minta setiap yang hadir memperkenalkan diri untuk mudah diingat semula. Tapi ia tidak berlaku dengan jaya sebab sebahagian daripada yang hadir itu masih segan. Aku juga mencadangkan kalau pertemuan yang akan datang dibuat di perkarangan SMK Padang Tengku agar nostalgia menjadi lebih bererti. Di SMK Padang Tengku terdapat tiga tempat yang sangat sesuai untuk membuat pertemuan itu iaitu di Dewan Besar, di Dewan Tapian Pendekar (bilik seminar) dan di Foyer Ibn Sina.

Dalam ucapan Juruacara majlis, beliau mengingatkan peristiwa mereka yang kena penampar Jepun dan juga menggigit selipar jepun akibat tak bangun subuh. Aku faham yang membuat perkara itu kepada penghuni asrama lelaki ialah aku. Aku ketika itu adalah Ketua Warden Asrama. Walau bagaimana pun aku gembira kerana hasil didikan aku menjadi manusia yang berjaya. Sebahagian dari mereka memanggil aku Ustaz. Aku masih ingat bahawa akulah yang memaksa mereka bangun solat subuh setiap pagi dan selepas itu aku beri tazkirah subuh. Hasilnya bukan masyarakat yang menilai tetapi setelah 20 tahun ternyata keluar dari perakuan mereka sendiri.

Wahai anak-anak muridku sebenarnya kejayaan kelianlah yang menjadi hadiah kebangaan kami para guru. Kami tidak minta lebih dari itu. Apabila anak murid yang didik menjadi manusia yang berguna itulah hadiah paling berharga buat seorang guru seperti aku. Sekian TK.

4 Komen leave one →
  1. Azlan Abdul Rashed permalink
    September 17, 2010 3:00 pm

    Terima kasih kami ucapkan kpd cikgu bersama cikgu June dan cikgu zahari kerana sudi dtg menceriakan lagi perjumpaan kami yg pertama diadakan. Kami minta maaf jika ada kekurangan atau kekasaran bahasa sepanjang majlis tersebut.Insya’allah tahun dpn kami plan nak buat family day pula. Tentang cadangan cikgu mengenai persiapan sambutan 50 tahun tu insya’allah kami akan berbincang dgn pihak sekolah bagi memeriahkan lagi sambutan tersebut.
    Jasa dan pengorbanan cikgu sekalian terhadap kami terlalu besar nilainya….

    Kami seronok dan terima kasih atas undangan. Sebenarnya itulah hadiah yang paling berharga buat seorang guru bila melihat anak-anak muridnya berjaya menjadi manusia yang berguna. Insya Allah kalau diundang kami tetap datang….

  2. Zailan Hj Mohamed permalink
    September 17, 2010 7:48 pm

    Sesungguhnya jasa dan pengorbanan cikgu semua terhadap kami terlalu besar nilainya. Terima Kasih kerana menjadikan kami ‘Manusia’……..

    Semoga anak-anak murid ku bahagia dengan ilmu yang diperolehi. Jadilah manusia yang berguna kepada semua manusia dan diri sendiri.

  3. September 19, 2010 7:34 am

    Usaha ex-smkpt adalah murni.saya mendapat didikan disana berserta berberapa kawan seperti Ciku Adnan Kadir, Prof Dr Juhari Mat Akhir,Datuk Baha ,Cikgu Samat, Encik Shuib dan lain-lain adalah wajar dipelawa.Bagi menghubung ex-smkpt bolehlah diwujud web sosial seperti kami wujudkan ex-jenan (sek.Men.Sultan Abdul Halim)dalam FB.Selamat hari Raya maaf lahir batin.

    Maaf tuan Dr, Cikgu Nan Kadir tak bagi komen….. sebab masa saya buka komenter ini dia ada bertandang ke rumah bapa saudaranya…. yang ini.

  4. Wan Intan Fazilah bt Wan Jamaluldin permalink
    September 20, 2010 8:34 am

    Walaupun terkilan kehadiran cikgu tak ramai tp saya berbangga kerana cikgu bertiga sudi meluangkan sedikit masa cikgu untuk bersama kami…maaf kiranya majlis kami tak sesempurna mana…Insyaallah ada umur kita bersama lg…

    Insya Allah kami bertiga, kalau diizinkan akan hadir untuk meraikan murid-murid yang kami kasihi. Kini dah bukan murid lagi tapi dah jadi mama dan papa atau jadi CEO kepada badan koperat yang besar…. Tahniah kepada semua….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: