Skip to content

Perjalanan Haji 7

Januari 10, 2011

Alhamdulillah, kami mengambil masa kurang dari satu jam untuk sampai dari Mina ke Makkah dengan menaiki bas. Kami dikira bernasib baik kerana ada bas yang mengambil masa sehingga enam jam untuk sampai dari Mina ke Makkah. Aku perasan bahawa bas yang kami naik menggunakan jalan jauh, dari Mina ke Arafah dan ke Makkah, jalan yang dilalui semasa nak pergi wukuf dahulu. Kalau ambil jalan direct, Mina ke Makkah memang dekat, hanya lima kilometer sahaja tetapi jam sangat teruk.

Sesampai di bilik B928, Janadryiah aku berihat menunggu waktu asar. Rasanya tak larat nak ke Masjid Al Haram, jadi aku turun ke surau Maktab untuk solat asar berjemaah. Sesudah solat asar kembali ke bilik, kemudian bersama-sama seorang sahabat sebilik, kami pergi ke kedai gunting untuk bercukur. Botaklah kepala setelah sekian lama tak botak.

Hasrat awal nak ke Masjid Al Haram waktu maghrib tetapi badan rasa tak larat lagi, jadi aku ke surau Maktab sekali lagi. Selepas iqamah didapati tiada orang nak jadi imam solat maghrib, aku ditolak ke hadapan. Nak tak nak terpaksalah aku jadi imam.

Selepas membacakan doa seusai solat maghrib aku balik ke bilik dengan harapan dapat turun semula semasa isyak. Rupanya aku terlena, ketika terjaga jam sudah menunjukkan pukul 11.15 malam. Aku solat isyak dalam bilik sahaja. Rakan-rakan lain ada yang sudah tidur dan ada yang belum balik ke bilik. Aku membuat panggilan telefon kepada isteri, mengajak dia pergi buat tawaf jam 12.30 malam nanti.

Kami keluar dari Janadriyah jam 12.15 malam, berjalan kaki ke Masjid Al Haram. Seusai solat sunat tahyatul masjid, kami masuk ke ruang tawaf sebelah Hijr Ismail dan terus bergerak memusing Kaabah menuju tempat permulaan tawaf di sudut Hajrul Aswad. Oleh kerana orang agak ramai, kawasan tawaf agak sesak terutama antara sudut Yamani hingga ke Makam Ibrahim maka kerja tawaf sebanyak tujuh pusingan memakan masa lebih satu jam setengah.

Selesai tawaf, solat sunat tawaf aku dan isteri berihat. Sesudah hilang letih kami memulakan sa’ie. Pukul 4.45 pagi baru selesai sa’ie dan kami mengambil keputusan untuk terus duduk dalam masjid sehingga subuh. Subuh masuk pukul 5.09 pagi. Pukul 6.00 pagi kami balik ke Janadriyah. Selesai sudah ibadah haji bagi kami pada pagi 20 November 2010 setelah melakukan tawaf dan sa’ie haji.

Kami dijadualkan ke Madinah pada 29 November 2010. Sementara menunggu tarikh yang berkenaan aku sempat juga membuat umrah sunat sebanyak empat kali. Setiap hari kami ke Masjid Al Haram untuk solat berjemaah seperti sebelum wukuf dahulu.

Aktiviti lain setelah selesai melakukan haji ialah berjalan-jalan menziarah rakan, mana-mana yang dapat dihubungi, mencari lagi barang-barang yang hendak dijadikan oleh-oleh bagi anak, menantu dan saudara mara, memanjangkan waktu iktikaf di Masjid Al Haram, mengambil gambar selagi boleh dan lain-lain.

Sekian dahulu kiriman untuk kali ini. Oh ye!! pada jam 12.20 petang 9 Januari 2011, waktu United Kingdom, semalam bertambah lagi seorang cucu aku. Cucu perempuan ini lahir di Belfast, Dah jadi tiga perempuan dan satu lelaki, empat semuanya. TK

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: