Skip to content

Celaru de Koyan!!!

Januari 31, 2011

Khamis, 27 Januari 2011, aku ke pasar sehari di FELDA Sungai Koyan. Felda Sungai Koyan adalah satu penempatan FELDA yang agak unik (bitara) kerana beberapa sebab. Pertama, setiap peneroka mendapat 14 ekar tanah ladang sawit, manakala Felda lain hanya menerima 10 ekar tanah kebun sahaja. Mereka telah menerima gran hak milik tanah semenjak tahun 1994 lagi. Aku pernah hadir mewakili SMK (F) Sungai Koyan ke majlis penyampaian gran hak milik tanah itu.

Kedua, Felda Koyan 2 di teroka oleh bekas askar begitu juga Felda Koyan 3. Manakala Felda Koyan 1, penerokanya adalah orang dari kampung tradisional. Ketiga Felda Koyan 2 ada dua kawasan, Koyan 2 A dan Koyan 2 B. Antara kedua-dua kawasan ini diletakkan Felda Koyan 1. Keadaan ini ada sejarahnya yang tersendiri. Aku harap ada dikalangan anak peneroka Felda Sungai  Koyan yang dapat menulis tentang perkara ini. Keempat, ditengah-tengah tanah Felda ini terdapat tanah gran hak milik yang bukan dipunyai oleh peneroka Felda sebaliknya merupakan bekas kampung tradisional tetapi kini sudah dijual kepada orang persendirian.

Kelima, Felda Sungai Koyan merupakan kawasan ladang sawit, tetapi tiada kilang sawit. Dulu sebelum kawasan ladang dibuat tanam semula, ada kilang sawit. Masa aku mengajar di SMK (F) Sungai Koyan, aku masih ingat setiap pagi dapat menghidu bau busuk dari kilang sawit yang tidak jauh dari kawasan sekolah. Keenam, hari khamis lepas minyak masak tidak dijual dimana-mana peniaga di Felda Sungai Koyan.  Pelik bin Ajaib….. Tempat penghasil kelapa sawit tiada bekalan minyak masak yang ditapis dari minyak kelapa sawit.

Negara yang mengeluarkan minyak sawit terbesar di dunia, tidak cukup bekalan minyak masak bagi kegunaan penduduk negara ini, sedangkan minyak masak diproses dari minyak sawit. Inilah gambaran bahawa betapa teruknya pengurusan negara ketika ini.  Berbagai dalih bodoh diberikan oleh menteri yang bertanggung jawab. Akhir sekali mereka kata ini fenomena global. Harga barang naik ini berlaku seluruh dunia. Takkanlah barang yang dalam kawalan negara kita, hilang dari pasaran merupakan fenomena global juga… Ini yang sangat celaru!!! Mengapa??? Kerana menteri dan menteri perdananya memang celaru….

Itu sebabnya pihak pemerintah tak pernah nak jawab kemana perginya duit mengalir keluar negara secara haram sebanyak RM888 billion… Ada mengalir keluar kerana proses rasuah, ada juga yang digurup secara haram dan berbagai lagi… Negara yang dikurnia segala kekayaan oleh Allah SWT tetapi rakyatnya menderita apabila bahan yang dihasilkan oleh negara sendiri tidak dapat dinikmati oleh penduduk setempat…. Fikirkanlah….

Ketujuh… Dalam tanah dikawasan Felda Sungai Koyan dikatakan terdapat emas!!! Bukan sahaja di kawasan ladang tetapi juga dikawasan tapak perumahan… Ini cerita lama!! Dulu dah pernah heboh dalam akhbar. Kini kesah itu sudah sejuk. Kalau sekali sekala kita ke Sungai Koyan kita akan bertemu dengan pekerja dari Syarikat Lombong Emas Selinsing. Selinsing ini adalah satu kawasan lombong yang ditinggalkan oleh British dan kini dibuka semula…  Koyan tak jauh dari Selinsing.. Selingsing ada emas, Koyan pun ada emas juga.  Sekian kiriman ini. TK

9 Komen leave one →
  1. Jun 7, 2011 6:16 pm

    terbaekkkkkkk…. ^_^
    menarik ar kisah ni… sy adalah cucu peneroka generasi ke-3.. xde pe nk komen sbb sy tggl je kat koyan tp x taw sgt pasal koyan..

  2. November 21, 2011 6:33 pm

    wah..bestnya…baru saya tau…kg saya kat sana…:):)

  3. cikgu permalink
    April 16, 2012 2:57 am

    tq, dulu saya mengajar sk sungai koyan…tak tau sekarangni dah tak ada kilang sawit…seronok dok koyan, banyak kenangan manis dan mencabar….insyallah akan ziarah nanti..

  4. joe permalink
    Mei 31, 2012 3:17 pm

    I was born there 197X , live there until 12 years old, went to boarding school & University……now I live in Singapore……thanks for memories in Sungai Koyan….love you all

    Jadi sekali sekala baliklah ke Sg Koyan. Seperti satu hari pekan sahari mingguan (Khamis) saya terjumpa dengan adik Chef Wan sedang membeli ikan depan masjid Koyan. Walau pun kami tak pernah berjumpa sebelum ini tetapi dia peramah orangnya. Dia menegur saya dan sempat juga kami sebang-sembang tentang Sg Koyan…

  5. Julai 17, 2012 7:32 am

    Emas Selinsing dah diberi kepada yahudi

  6. Ogos 29, 2012 1:10 pm

    kecelaruan ke8..koyan ada lombong emas tetapi warga dari koyan tidak dibenarkan bekerja disitu..

    Itulah nasib orang Malaysia, sumber dihadapan hidung tetapi yang kaya raya akibat sumber itu entah siapa. Kayu balak banyak di Pahang, Lori Balak kehulu ke hilir di jalan raya Pahang, siapa yang meraih untung kita tak tahu.. Emas berbungkal-bungkal dilombong di Lipis, di Raub.. yang kaya siapa?

    • ank koyan permalink
      September 7, 2012 2:05 am

      Sdra alan, sdra kata ank kyn x dbnrkn kje di situ adalh xbnr sma skali..
      Ramai ank kyn kje di sana trutama ank sg kyn3….ank kg lain yg bhmpirn pn rmai jgak…

  7. ank koyan permalink
    September 7, 2012 2:02 am

    Fakta tentang felda sg koyan tu mmg aku suka tp bila penulis cmpur aduk dgn politik trus spoil….

    Wahai ANK KOYAN, mengapa fobia dengan politik. Apakah salah bercakap tentang politik? Kan politik itu sebahagian daripada kehidupan. Apa yang saya tulis adalah pendapat saya. Kalau tak boleh tulis fasal politik ertinya anda sudah membunuh konsep berkuasa dan bertanggungjawab dalam kehidupan manusia. Manusia yang tak tahu politik adalah manusia yang buta sebelah mata. Pemimpin bukan maksum. Yang salah ditegur dan yang betul diakui.
    Tun Ab Razak adakan FELDA baik, untuk menghapuskan kemiskinan. Anak Tun Razak menggadaikan tanah FELDA melalui pelaburan di Bursa Saham itu tak baik, patut di sebut. Tetiba sahaja orang Felda berhutang, orang lain yang jerih payah mengusahakan ladang Felda, orang lain yang untung bergandaganda. Tak kan anak Felda (ank koyan) tak tahu..

  8. tajuddin permalink
    November 22, 2012 12:40 am

    rosak inilah akibatnya demokrasi amalan yahudi nasara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: