Lompat ke isi kandungan

Transformer dan Transformasi

Disember 8, 2011

Sesiapa yang pernah belajar Sains di Tingkatan Tiga pasti ingat tentang transformer, salah satu komponen dalam litar elektrik. Sudah pastilah bagi mereka yang mengikuti pelajaran fizik di tingkatan empat dan lima akan lebih memahami tentang fungsi transformer ini.

Terdapat dua jenis transfomer. Satu transformer menaik (step up transformer) dan satu lagi transformer menurun (step down transformer). Transformer menaik akan menaikkan voltan elektrik dalam sesuatu litar. Contohnya dari 11,000 volt menjadi 33,000 volt. Satu lagi ialah transformer menurun yang akan menurunkan voltan dari tinggi menjadi rendah dalam sesuatu litar elektrik. Contohnya dari 11,000 volt menjadi 250 volt.

Kesimpulannya menggunakan perkataan transformer membawa dua-dua maksud iaitu menjadi lebih bernilai atau menjadi kurang nilai.

Transformasi adalah kata terbitan yang diambil dari perkataan transformer. Oleh itu transformasi juga membawa dua maksud. Membuat sesutu transformasi boleh menjadikan sesuatu perkara itu menjadi lebih baik atau lebih buruk. 

Bekalan elektrikyang sampai ke rumah kita mengalami proses berubah voltan dari 11,000 volt menjadi 250 volt. Ianya melalui pross menurun (step down). Biasalah hidup kita yang menggunakan sumber elektrik dari peroses penurunan voltan. Begitu juga apa-apa program transformasi yang didedahkan kepada kita mengikut sifat ini iaitu sentiasa menurun.

PM Malaysia nampaknya sangat teruja dan obses dalam menggunakan perkataan TRANSFORMASI. Segala apa yang dia terfikir nak buat, mesti nak ditransformasikan. Ekonomi nak di transformasikan. Bidang perguruan nak di transformasikan. Bidang sosiobudaya handak di transformasikan. Bidang perjawatan nak di transformasikan. Sebutlah apa sahaja di bumi Malaysia ini semuanya nak di transformasikan. Malangnya semua yang di transformasikan setakat ini tetap mengikut sifat voltan elektrik yang sampai ke rumah kita. Voltan yang kita guna ialah 250 volt setelah ditransformasikan dari 11,000 volt. Semua hasil program transformasi yang dibuat oleh PM Malaysia, nampaknya mengikut sifat bekalan elektrik itu, iaitu mengalami penurunan, menjadi lebih tak baik dan bercelaru.

Beliau sendiri gagal mentransformasikan isterinya walau pun selepas balik dari Makah, dari keadaan tidak menutup aurat kepada tetap tak menutup aurat. Sepatutnya transformasi berlaku dari tak tutup aurat menjadi menutup aurat. Setiap hari raya atau musim perayaan rakyat diminta mentransformasi perasaan membeli belah, atau bershopping. “Berjimatlah dalam berbelanja” tetapi transformasi ini tak menjadi berjimat dalam keluarga PM Malaysia, sebaliknya ia menjadi berlebihan dan berbelanja sakan. Gagal PM Malaysia dalam mentransformasi keluarganya sendiri.

Kalau dalam keluarga sendiri tak mampu nak menjadi teladan maka dalam mentadbir negara tetap tak dapat dijalankan. Itulah nasib trnasformasi yang sentiasa bersifat “step down” dan bukan “step up”.

Memilih perkataan transformasi tidak tepat malah tersasar untuk memperihalkan perubahan yang positif. Malah oleh kerana kita dapat bekalan elektrik hasil dari proses “step down”  maka pengalaman menunjukkan bahawa keadaan sentiasa menjadi menurun dan semakin menurun atau from bad to worst. Perkataan yang tepat untuk digunakan bagi perubahan positif yang diharapkan ialah REFORMASI dan bukannya TRANSFORMASI. Tetaplah dengan REFORMASI.

Terlupa pula satu lagi konsep Transformer, apa dia? Transformer yang biasa kita lihat di TV. Filem anamasi yang menunjukkan manusia boleh bertukar menjadi robot dan dari robot menjadi manusia semula. Mungkin juga PM 1Malaysia nak jadikan rakyat Malaysia seperti robot-robot yang boleh diarah untuk ikut apa yang boss kata? Nampak gayanya semua transformasi yang dibuat di Malaysia kini lebih mirip merobotkan pemikiran rakyat. Agaknya inilah hasrat berbagai transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan kini.

Sekian TK

2 Komen leave one →
  1. illias masri permalink
    Disember 27, 2011 11:38 pm

    Saya mengikuti sedikit sebanyak pelan transformasi yang katanya hasil idea perdana menteri kita tetapi tertanya-tanya, apakah jaminan matlamat menjadikan negara dengan rakyat berpendapatan tinggi itu akan selari dengan usahanya untuk mengawal kadar inflasi. Hakikatnya hari ini memanglah purata pendapatan rakyat malaysia semakin tinggi jika dibandingkan zaman awal pascamerdeka dahulu, tetapi hakikat yang lebih dirasai ramai adalah kadar kehilangan kuasa beli duit lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan perkapita, malah lebih buruk lagi taburan pendapatan yang dahulunya bertabur secara normal mulai beranjak menjadi taburan plato.

    Slogan sahaja tidak cukup baik untuk menggambarkan kemurnian paradigma seorang perdana menteri. Entiti yang memimpin pada hari ini sudah ibarat alkumulator yang sudah tamat tempoh yang bukan sahaja tidak boleh ditransformasi, malah tidak lagi boleh dicas dan diguna untuk menjana pergerakan. Sudah sampai masanya ia perlu diganti dengan entiti lain yang lebih relevan dan berintegriti.

    Just my 5cents

    Analogi yang tuan buat adalah tepat. Entiti yang memimpin di Malaysia pada hari ini ibarat akumulator yang sudah tamat tempoh dan tidak boleh dicas lagi… ha ha ha…. Kalau akumulator seperti itu terpaksa diketuk dan keluarkan lead (plumbum) dalamnya dan dileburkan untuk dibuat rantai jala… Memudahkan jala tenggelam semasa kita menebar jala.
    Sudah tentu akumulator seperti ini tak boleh nak mentransformasikan apa-apa keadaan….


  2. hamba Allah permalink
    Jun 14, 2012 3:50 pm

    ait… fikir sendiri laa… kalau kat umah pun nak pakai voltan yang kadar lebih dari 250 nak buat ape…. paling kuat pun untuk kegunaan umah bukan laa banyak sangat. lain laa kalau kilang-kilang tu.. sampai pakai 3 fasa voltan.. mende ni kene tengok keadaan.. nak buat simbolik tu kena pada tempatnya.. ada yang sesuai ada yang tak sesuai. kalau buat reformasi ni ape faedahnya.. fikir balik… ada ke nabi suruh kita buat reformasi.. ada ke hadis yang menunjukan kita kena buat reformasi.. siapa yang ajar.. guru mana yang suruh.. nak tegakan kebenaran kena ikut panduan nabi.. baru betul bukan buat cara sendiri. sok kat akhirat kita kena soal kat mahkamah ilahi… ape nak jawab.. sendiri mau ingat laa…
    maaf… kalau tersinggung.. sekadar berkongsi pendapat..

    Salam “hamba Allah”…
    Pertama menggunakan nama “hamba Allah” membayangkan penulisnya orang yang tiada jati diri atau takut hendak melihat kebenaran.
    Dalam Al Quran, ada disebut dua makhluk yang layak disebut hamba Allah ialah jin dan manusia. “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadat (menjadi hamba) kepada Ku” Az Zaariyat. 56.
    Mungkin ini hamba Allah jenis JIN yang takut untuk menunjukkan dirinya di alam nyata tetapi berani di alam maya sahaja.
    Kedua, Kamus dewan memberi makna Trasfomasi sebagai, perubahan bentuk (sifat, rupa, keadaan dll)[ms 1712 ed ke 4]. Transfomasi tidak menunjukkan arah perubahan, boleh jadi baik atau buruk, ia sekadar perubahan sahaja. Transfomasi yang dibuat hanya untuk step down sahaja, cuba lihat mana rancangan transfomasi yang digembar gemburkan di Malaysia ini yang menunjukkan step up. Kaji betul-betul dengan hati yang lapang dan hati yang jujur kerana kebenaran.
    Ketiga, Reformasi mengikut kamus dewan sebagai perubahan atau pembaharuan yang mengarah kepada keadaan yang lebih baik, misalnya dalam sistem sosial, politik dan kebudayaan sesebuah masyarakat.[ms 1302, ed 4]
    Keempat, Refomation dalam bahasa Inggeris sama ertinya dengan Islah dalam bahasa Arab. Lihat Surah Hud : 88, Allah melalui Nabi Syuib memerintahkan menjalankan Islah “Aku tidak bermaksud kecuali mendatangkan Islah (perbaikan) selama aku masih berkesanggupan. Dan tiada taufik bagiku melainkan dengan pertolongan Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada Nya lah aku kembali.
    Jadi Islah atau refomasi itu bukan setakat Nabi yang suruh tetapi Allah sendiri yang perintahkan itulah sebabnya maka setiap 100 tahun Allah merencanakan terdapat mujaddid yang akan membuat tajdid dan islah kepada agama Islam.”Sesungguhnya Allah akan membangkitkan untuk umat ini pada awal setiap seratus tahun orang yang akan memperbaharui perkara agamaya.” [Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Baihaqi] Dan Refomasi ini adalah matarantai dari usaha untuk membendung dan memusnahkan kezaliman, rasuah, kroni, penipuan dan lain-lain kebejatan yang berlaku masa kini. Jangan marah ye…

Tinggalkan Jawapan kepada illias masri Batal balasan