Skip to content

Ke Sekolah Lama..

Oktober 20, 2012

Assalam mu alaikum…

18 Oktober 2012, Khmais. Saya dijemput untuk menyampaikan ceramah di SMK Sungai Koyan. Sekolah di mana saya membina kembali keyakinan diri sebagai seorang guru. Di sekolah ini saya hanya sempat berkhidmat selama dua tahun.. 1994 dan 1995. Sesampai saya di SMK Sungai Koyan bulan Disember 1993 saya dilantik menjadi GPK Pentadbiran dan Kurikulum. Setahun kemudian saya diamanahkan menjadi Pemangku Pengetua sekolah berkenaan. Di sekolah ini saya membina kembali keyakinan berkaitan kemampuan saya mentadbir sebuah sekolah. Keyakinan atas kebolehan saya mengelola dan mentadbir itu hancur akibat satu peristiwa yang berlaku sekitar bulan Mac 1992. Alhamdulillah hasilnya keputusan SPM tahun 1995, SMK Sungai Koyan muncul sebagai sekolah terbaik daerah Lipis.. Itulah nostalgia yang aku sentiasa ingati sehingga ke hari ini..

Berbalik kepada bahan ceramah yang disempaikan… Ceramah diberi kepada murid Tingkatan Lima yang akan mengambil SPM. Saya masih dihargai oleh guru Sains sekolah itu, jadi mereka panggil saya untuk beri ceramah teknik menjawab soalan SPM Sains.

Ceramah dimulakan jam 9.00 pagi rehat 11.00 pagi. Sambung jam 11.30 dan tamat 2.30 petang. Saya menerangkan teknik menjawab soalan bagi Bahagian A dan B pada sesi pertama dan untuk sesi kedua saya menumpukan kepada Bahagian C dan kertas 1.

Respon murid agak baik dan yang cantiknya ialah sepanjang ceramah ada guru mengawasi murid sekurang-kurangnya dua orang. Saya sebut perkara ini kerana pernah dan banyak kali saya bertemu keadaan dimana kalau saya menyampaikan ceramah seolah-olah semua diserah kepada saya. Gurunya hilang entah kemana.

Semoga SMK Sungai Koyan menempuh kejayaan. Pengetuanya adalah sahabat lama saya dan Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum adalah anak murid saya…

Sekian TK

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: