Skip to content

Beberapa Anekdot ketika di Hospital

Januari 6, 2014

Semasa menjadi penghuni Wad Mawar Hospital Kuala Lipis dari 31 Disember 2013 hingga 3 Januari 2014 aku mendapati beberapa cacatan yang boleh dikongsi kepada para pembaca sekelian.

Pertama berkait dengan pemasangan venofix (alat yang digunakan untuk memasukkan drip ke dalam vena atau salur darah). Pada petang 31 Disember 2013 itu saya perlu dipasang venofix. Jururawat pertama cuba memasang di dua tempat pada tangan kiri tetapi gagal. Datang jururawat kedua cuba nak pasang venofix di tangan kanan tetapi gagal juga dan datang jururawat ketiga dia berjaya memasang di tangan kanan. Tahniah kepada jururawat ketiga.

Terdapat seorang pesakit yang agak berlainan tinggal di Wad Mawar (Pesakit M). Setiap masa waktu dia jaga dia sentiasa berjalan untuk mencari bahan makanan. Terdapat tiga pesakit remaja dalam wad mawar. Ketika salah seorang pesakit remaja tidur Pesakit M pergi ke lokal pesakit remaja dan mengambil roti dan limau. Pada waktu lain dia meminta dari seorang pesakit remaja yang lain makanan. Ketika dia duduk di atas katilnya dia akan menyanyi lagu-lagu yang bersifat Islam. Sikapnya agak peramah dengan jururawat dan bertanya soalan yang bukan bukan. Nasib baik jururawat buat tak tahu sahaja.

Setiap pagi atau petang ada sesi taklimat dari jururawat yang hendak pulang kepada jururawat yang akan mengambil alih tugas. Biasanya perkara itu berlaku berhampiran katil saya (K 3-6). Segala butir taklimat boleh saya dengar. Jururawat yang akan tamat tugas akan membaca dari fail pesakit seorang demi seorang apa-apa rawatan yang telah dibuat terhadap pesakit berkenaan. Apabila sampai kepada fail saya, jururawat akan menyebut nama saya dan mengatakan pok cik ni dengan menunjukkan kepada saya. Banyak kali loghat yang diguna ialah loghat Kelantan maka fahamlah saya bahawa majoriti jururawat adalah datang dari Kelantan. Manalah agaknya jururawat dari Pahang atau Lipis? Dalam hal ini saya berjumpa dengan salah seorang anak murid saya yang menjadi jururawat tetapi di menjaga wad lain.

Satu kelucuan yang biasa didengar ialah “Masuk Hospital Dua Tahun”. Ini biasa terdengar pada 1 Januari 2014 dan hari seterusnya. Bagi mereka yang masuk wad pada atau sebelum 31 Disember 2013 sudah tentulah apabila masuk bulan Januari 2014, mereka menghuni wad itu dua tahun. Tahun 2013 dan 2014. Oleh itu aku masuk dalam ketegori ini.

Pada 2 Januari 2014, sebelum asar aku dimasukkan drip kali ketiga. Drip itu tamat pada jam 6.30 petang. Kira-kira aku bolehlah melakukan solat asar selepas itu. Walaupun cecair yang didripkan telah habis tetapi jururawat tidak mencabut saluran di venofix. Aku memangil seorang pembantu jururawat (merah), dia datang menanggalkannya saluran drip itu tetapi setiap kali drip dilakukan selain tiup dipasang di venofix terdapat juga ECG dipasang didada aku. Pembantu jururawat tak boleh menanggalkan alat ECG itu. Aku menunggu Jururawat Kanan (biru) tetapi tak juga datang. Akhirnya aku meminta seorang sahabat yang menziarah aku memberitahu jururawat kanan untuk mencabut alat ECG kerana aku nak solat asar. Jam 6.55 petang baru dicabut. Dalam hal ini aku agak terkilan kepada sikap mereka yang tidak menghormati hak aku untuk bersolat. Oleh kerana solat maghrib masuk jam 7.15 malam, maka aku sempat membuat asar terakhir.

Sekian dahulu anekdot kali ini. TK

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: